Wednesday, December 26, 2012

Tahap Sabar

<Mengenali Martabat Sabar>

Shaikh Salih al-Munajid r.h.m berkata :


والصبر مراتب فالصبر على طاعة الله أعلى منزلة من الصبر عن المعاصي 

Sifat sabar itu ada peringkat-peringkatnya. Bersabar dalam mentaati Allah adalah lebih tinggi darjatnya daripada bersabar dalam meninggalkan maksiat.

والصبر عن المعاصي أعلى منزلة من الصبر على الأقدار. 

Bersabar dalam meninggalkan maksiat lebih tinggi darjatnya daripada bersabar atas apa-apa (musibah) yang telah ditakdirkan.

فالصبر على الواجبات أعلى أنواع الصبر لأن جنس فعل الواجبات أعلى درجة عند الله من جنس ترك المحرمات ،

Bersabar dalam melaksanakan hal-hal yang wajib adalah setinggi-tinggi jenis sabar. Ini kerana darjat melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ada lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada perbuatan meninggalkan maksiat.

وأجر ترك المحرمات أكبر من أجر الصبر على المصائب ،

Pahala meninggalkan perkara haram itu lebih besar daripada pahala bersabar apabila menghadapi musibah.

لأن الصبر على الواجب والصبر على ترك الحرام عملية اختيارية،

Ini kerana bersabar dalam melaksanakan kewajipan dan meninggalkan perkara haram merupakan perbuatan yang kita mempunyai pilihan (untuk melakukannya atau tidak).

لكن لما نزلت به المصيبة ، شيء بدون اختياره، ليس له إلا كف النفس والصبر.

Sedangkan apabila turunnya musibah, ia merupakan sesuatu yang hadir tanpa pilihannya. Tiada jalan lain kecuali menahan dirinya dan bersabar.

فقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله عن يوسف عليه السلام: " كان صبر يوسف عن مطاوعة امرأة العزيز على شأنها الذي دعته إليه من الحرام أكمل من صبره على إلقاء أخوته له في الجبّ"،

Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata tentang Nabi Yusuf Alaihissalam : Sabarnya Yusuf terhadap godaan isteri Al-Aziz yang mengajak dirinya melakukan perkara haram itu lebih sempurna daripada sabarnya ketika saudara-saudaranya mencampakkan dia ke dalam perigi.

[Silsilah A'mal al-Qulub (Koleksi amalan hati) oleh Shaikh Salih al-Munajid, jilid 2, m/s 27]

No comments:

Post a Comment