Friday, December 28, 2012

Kenapa Doa Ilmu?

Copied from FB Al-Kahfi
<Doa Mohon Ilmu Yang Bermanfaat>

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

(Allahumma Inni Asaluka 'Ilman Nafi'a, wa Rizqan Thoyyiba, Wa 'Amalan Mutaqabbala)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ : " اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا " .

Ummu Salamah r.a meriwayatkan Nabi s.a.w membaca semasa solat Subuh ketika memberikan salam : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

[Sunan Ibn Majah : 915]

~~~~

Shaikh Abdul Razak bin Abdul Muhsin al-Badr hafizahullah berkata:

أيها الأخ المسلم تأمل كيف بدأ النبي صلى الله عليه وسلم هذا الدّعاء العظيم بسؤال الله العلمَ النافع قبل سؤاله الرزق الطيب والعمل الصالح

Wahai saudara-saudara seIslam. Mari kita mengkaji kenapa Nabi s.a.w memulakan doa yang agung ini dengan memohon kepada Allah ilmu yang bermanfaat sebelum baginda s.a.w memohon kepadaNya rezeki yang baik dan amal yang soleh.

وفي هذا إشارة إلى أن العلم مقدَّم وبه يبدأ كما قال الله تعالى: ﴿فاعلم أنه لا إله إلا الله واستغفر لذنبك وللمؤمنين والمؤمنات﴾ [محمد: ١٩ ]

Ini merupakan petunjuk bahawa ilmu itu didahulukan, dengannya jua Rasulullah s.a.w memulakannya. Allah s.w.t berfirman : KETAHUILAH! Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan mohonlah ampun untuk diri mu dan orang-orang yang beriman lelaki mahupun perempuan [Muhammad : 19]

فبدأ بالعلم قبل القول والعمل وفي البدء بالعلم النافع حكمةٌ ظاهرة

Baginda s.a.w memulakan dengan ilmu sebelum perkataan dan perbuatan, dan (dikhususkan lagi) dengan ilmu yang bermanfaat merupakan satu kebijaksanaan yang sungguh jelas.

لا تخفى على المتأمل ألا وهي أن العلم النافع به يستطيع المرء أن يميز بين العمل الصالح وغير الصالح ويستطيع أن يميز بين الرزق الطيب وغير الطيب

Bukanlah sesuatu yang kabur bagi insan-insan yang mengkaji, bahawa dengan ilmu yang bermanfaat, seseorang mampu membezakan antara amal yang soleh dengan yang tidak soleh. Dia juga akan mampu membezakan antara rezeki yang baik dengan yang tidak baik.

Sumber huraian: http://www.alukah.net/Sharia/0/25432/#ixzz2GFTJnkjg

No comments:

Post a Comment