Friday, December 28, 2012

Sutrah: Sunnah Yang Dilupai

Hukum Sutrah:
Dalil-dalil berkaitan sutrah:
1)
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :

: " إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيُصَلِّ إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلْيَدْنُ مِنْهَا ،
Apabilah salah seorang daripada kamu mendirikan solat. Hendaklah dia solat ke arah sutrah, dan mendekatkan dirinya kepada sutrah tersebut.

 وَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ ، " .
Janganlah dia biarkan seorang pun melintasi di hadapannya.

فَإِنْ جَاءَ أَحَدٌ يَمُرُّ ، فَلْيُقَاتِلْهُ ، فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
Seandainya ada datang seseorang melintasi di hadapannya, hendaklah dia memerangi orang tersebut. Sesungguhnya dia adalah syaitan. [Sunan Ibnu Majah : 9442. Disahihkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan Shaikh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’]

عَنْ سَهْلِ بْنِ أَبِي حَثْمَةَ ، يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :
Sahl r.a menyatakan Rasulullah s.a.w bersabda:

 " إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى سُتْرَةٍ فَلْيَدْنُ مِنْهَا
Apabila salah seorang daripada kamu solat dengan menghadap sutrah, hendaklah dia mendekatinya (sutrah tersebut).

لَا يَقْطَعِ الشَّيْطَانُ عَلَيْهِ صَلَاتَهُ "
Syaitan tidak akan dapat memotong solatnya. [Sunan Abu Daud : 595. Disahihkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu’]

3)
أَخْبَرَنِي عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ ، عَنْ أَبِيهِ , عَنْ جَدِّهِ , قَالَ : قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Sabrah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:

 " إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَتِرْ لِصَلَاتِهِ وَلَوْ بِسَهْمٍ " .
Apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat. Hendaklah dia menggunakan sutrah ketika solat walau sekadar dengan sebatang anak panah. [Musnad Ahmad : 15041, Isnadnya hasan]

4)
عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، " أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ ،
Ibnu ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w apabila keluar pada hari raya. Baginda s.a.w meminta (dibawakan) tombak.

 فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ ،
Kemudian tombak itu diletakkan di hadapan baginda s.a.w, dan baginda s.a.w solat ke arahnya, dan jemaah manusia pula solat di belakang baginda s.a.w

وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ ، فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الْأُمَرَاءُ "
Baginda s.a.w sering melakukannya ketika bermusafir. Disebabkan hal ini, pemerintah-pemerintah Islam pun melakukan hal tersebut [Sahih al-Bukhari : 467]

5)
عَنِ الْحَكَمِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا جُحَيْفَةَ ، قَالَ : " خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْهَاجِرَةِ إِلَى الْبَطْحَاءِ ،
Abu Juhaifah r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar menuju ke Al-Batha’.

 فَتَوَضَّأَ ، فَصَلَّى الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ ، وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ ،
Baginda s.a.w berwudhu’, kemudian mendirikan solat Zuhur dua rakaat, dan Asar dua rakaat.


وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ " ،
Di hadapan baginda s.a.w ada tombak pendek.


 قَالَ شُعْبَةُ : وَزَادَ فِيهِ عَوْنٌ ، عَنْ أَبِيهِ أَبِي جُحَيْفَةَ ، وَكَانَ يَمُرُّ مِنْ وَرَائِهَا الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ ،
Syu’bah berkata : ‘Aun menambah kenyataan daripada ayahnya iaiatu Abu Juhaifah bahawa kaum perempuan dan keldai melintas di belakang tombak pendek tersebut. [Sahih Muslim : 784]

6)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Dzar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

 " إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي ، فَإِنَّهُ يَسْتُرُهُ ، إِذَا كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ ،
Apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat, kemudian dia menggunakan sutrah iaitu apabila di hadapannya terdapat sesuatu yang seperti pelana unta.

 فَإِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ ، فَإِنَّهُ يَقْطَعُ صَلَاتَهُ ، الْحِمَارُ ، وَالْمَرْأَةُ ، وَالْكَلْبُ الأَسْوَدُ " ،
Apabila tiada di hadapannya sesuatu yang seumpama pelana unta, maka keldai, perempuan dan anjing hitam akan memutuskan solatnya.

 قُلْتُ : يَا أَبَا ذَرٍّ ، مَا بَالُ الْكَلْبِ الأَسْوَدِ ، مِنَ الْكَلْبِ الأَحْمَرِ ، مِنَ الْكَلْبِ الأَصْفَرِ ؟
Abdullah bin Shomit berkata : Wahai Abu Dzar! Apa bezanya anjing hitam dengan anjing merah dan anjing kuning?

قَالَ : يَا ابْنَ أَخِي ، سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، كَمَا سَأَلْتَنِي ، فَقَالَ : " الْكَلْبُ الأَسْوَدُ شَيْطَانٌ "
Abu Dzar r.a menjawab : Wahai anak saudara ku. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana engkau bertanya kepada aku. Jawab baginda s.a.w : Anjing hitam adalah syaitan. [Sahih Muslim : 794]

~~~~~~~~~~~~

Shaikh Saleh Fawzan al-Fawzan hafizahullah berkata :

وقد دلت السنة القولية والفعلية على تأكيد اتخاذ السترة، وقد واظب عليها النبي  ولم يتركها حضراً ولا سفراً،
Sesungguhnya sunnah-sunnah perbuatan dan perkatan Rasulullah s.a.w membuktikan penekanan untuk mempunyai sutrah (ketika solat). Nabi s.a.w sangat mementingkan sutrah sehinggalah baginda s.a.w tidak pernah meninggalkannya sama ada ketika hadir mahupun musafir.

 وأمر بها في عدة أحاديث، حتى ذهب فريق من أهل العلم إلى وجوبها، وهو مروي عن الإمام أحمد رحمه الله، وبه قال ابن خزيمة وبدر الدين العيني والشوكاني وغيرهم، رحم الله الجميع،وهذا قول قوي
Baginda s.a.w memerintahkannya dalam banyak hadis sehingga sebahagian ulama’ berpendapat bahawa hukumnya adalah wajib. Inilah pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad rahimahullah, begitu juga pendapat Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Badruddin al-‘Aini, Imam Asy-Syaukani dan selainnya, semoga Allah merahmati mereka semua, dan inilah pendapat yang kuat.

وإن كان الجمهور قالوا بالسنية، فإن الأمر باتخاذ السترة أمر مطلق لا قرينة معه تصرفه عن الوجوب، فيكون مقتضياً له،
Walaupun majoriti ulama berpendapat ia hanyalah sunat sahaja. Sesungguhnya arahan mempunyai sutrah adalah satu arahan yang mutlaq, dan tiada bukti yang memalingkannya daripada hukum wajib. Maka semua dalil-dalil ini menunjukkan kewajipannya.

(Insha-allah, post ini akan sentiasa diupdate dengan bab sutrah, banyak lagi perbahasannya, saya akan ringkaskan secara perlahan-lahan daripada karya Shaikh Saleh Fawzan al-Fawzan bertajuk Ahkam Hudhuri al-Masajid. Karya Shaikh al-Fawzan sangat berharga buat aku, jika beliau ada di hadapan aku, akan ku kucupi dahinya tanda terima kasih atas ilmu yang beliau taburkan)


No comments:

Post a Comment