Sunday, December 30, 2012

Nikah, Nikah, Nikah


Assalamualaikum w.b.t

Semalam pergi majlis bertunang sepupu aku. Arghh sudah, sampai sana semua orang bercakap tentang nikah, nikah, nikah.....

Pakcik aku tanya "Engkau bila lagi?" Aku jawab : "Nanti kalau sudah sampai kad jemputannya, Insya-allah itulah masanya".

Akak aku kata, emak aku sudah ada calon untuk aku. Hari itu pun emak ada cakap.

Pandai juga emak aku pilih. Emak aku kata budaknya bertudung labuh (mak aku faham 'taste' aku gamaknya), cantik, masih belajar lagi di peringkat ijazah, dan PANDAI MENJAHIT.

Aku: (...Arghhh pandai menjahit)... Kenapa aku tidak rasa apa-apa dengan kriteria ini?

Aku tidak pernah fikir pun ia termasuk dalam kriteria untuk jadi calon isteri. Patutlah emak aku tidak bising tanya bila mahu nikah, sebab emak kata, masih ada masa, budak perempuan itu pun belajar lagi.

Aku: (Diam seribu bahasa...lalu berkata) Orang suka cari sendiri, nanti kalau sudah jumpa orang beritahu emak.

Ingat juga emak aku ya yang aku ini masih bujang, siap usahakan cari lagi. Sayang emak aku. :)

Pakcik aku semalam kata : Kau pergilah tengok dulu budak yang emak kau berkenan, mana tahu jatuh cinta pandang pertama....

Aku: Hahahahahahha.

~~~~~~~~~~~~~~

Aku ada 'update' status FB aku (maaflah bahasanya 'kureng' sedikit)

Kau sudah jatuh chenta, ada awek cun menggoda jiwa, lalu apa perlu buat?
Ni aku nak ajar walau aku pun tak pernah buat.
1) Terus beritahu budak perempuan itu (tidak kisahlah nak guna orang tengah ke, melalui wali ke).
Apa yang mahu diberitahu?
Beritahu dia "Assalamualaikum w.b.t. Aminah, saya suka awak. Kalau boleh saya mahu awak jadi isteri saya. Kalau awak setuju, saya akan pergi rumah awak jumpa ibu bapa awak".

Okey, simple kan? Tak payah pusing-pusing macam ayat ini "Sudah lama saya lihat awak, hati asyik rasa tidak tenang sahaja, lama juga saya istikharah, mula saya keliru dengan perasaan ini, akhirnya saya tahu awak calon isteri saya.... Haaakkk Ptuiii!

2) Okey mungkin awek tu tak kenal kita sangat, jadi dia pun mintalah resume, maka kita pun tulislah resume macam resume kerja. Janganlah jujur sangat sampai bab bilik bersepah dan suka main campak je pakaian dalam bilik pun mahu cerita.

Cerita yang perlu sahajalah, contoh kedudukan kewangan, latar belakang keluarga. Jangan lupa GAMBAR LATEST.

3) Okey, sekali awek tu minta masa, dan lepas sampai tempoh masa dia kata :"You are rejected, below requirement.... Hahahahha.. Maka frust menonggenglah... Redha jelah, sedih sikit-sikit cukup, ramai lagi awek cun dan solehah.

Kalau dia kata "I accept..." maka pergi ke next step.

4) Jumpa mak ayah dia. Beritahu kita minat anak perempuan dia.

5) Lepas tu pandailah sendiri.

Sebenarnya the 1st step ialah kita tanya ibu bapa kita dulu. Ya walau kita anak lelaki, tetap kena tanya mak ayah kita walau bukan syarat nikah.

Kita nak ke nanti kahwin tapi emak kita tidka redha, ayah kita tidak suka... Bila mak kita setuju untuk kita nikah baru lah kita pergi approach budak perempuan itu.

Ini usha awek punya hebat, nak beritahu mak ayah takut, sekali dah layang jiwang punya gila, mak ayah tidak benarkan nikah sebab duit makan minum pun mak ayah yang tanggung, ada hati nak jaga anak dara orang.

~~~~~~~~~~~~~

Ini bukan pengalaman, ini perkongsian idea, dan ini yang akan aku buat. Maksudnya selagi aku tidak beritahu mak "Emak, orang rasa nak kahwin lah, emak benarkan atau tidak...." selagi aku tidak cakap macam ini dekat mak aku, maksudnya aku belum mahu kahwin lah, dan selagi aku belum cakap dekat mak aku, aku tak akan gatal-gatal pergi approach mana-mana awek.

Update lain: 
Buka FB, nampak status jiwang konon-konon 'ISLAMIK', jual nama Nabi Yusuf. Siap main doa "Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada......".
Sudahlah hari itu, ada yang pi share CINTAN CINTUN Islamik, "Walau kita jauh, aku tidak lupa mendoakan mu dalam sujud ku..."
Macam mana aku tidak angin tengok menatang macam ini. Kau nak buat maksiat? Kau nak angau? Kau nak layan jiwang? Kenapa kau nak perguna nama nabi? Kenapa kau nak perguna nama Islam?

Nak doa sangat? Rindu sangat dekat awek/balak tu. Dalam solat waktu sujud tu, baca doa contohnya begini "Ya Allah, kalaulah si fulanah bte fulan itu gadis solehah yang terbaik untuk aku, mudahkan lah aku menikah dengan dia.."

Kalau nak sangat dengan awek tu, mintalah kepada Allah "Ya Allah, jadikan dia gadis solehah, izinkan aku menikahi dengan dia, mudahkan pernikahan kami.."

Nak doa sangat, doa macam atas tu. Tak payah nak layan jiwang sampaikan salam rindu lah, tolong kejut Qiamullail lah, ingat aku dalam sujud mu lah....

Kenapa takut mahu doa macam di atas? Doa sahajalah, layan jiwang pandai pulak.

AKU TENGAH MARAH NI, SERIYUS

Nak doa sangat? Rindu sangat dekat awek/balak tu. Dalam solat waktu sujud tu, baca doa contohnya begini "Ya Allah, kalaulah si fulanah bte fulan itu gadis solehah yang terbaik untuk aku, mudahkan lah aku menikah dengan dia.."
Kalau nak sangat dengan awek tu, mintalah kepada Allah "Ya Allah, jadikan dia gadis solehah, izinkan aku menikahi dengan dia, mudahkan pernikahan kami.."
Nak doa sangat, doa macam atas tu. Tak payah nak layan jiwang sampaikan salam rindu lah, tolong kejut Qiamullail lah, ingat aku dalam sujud mu lah....
Kenapa takut mahu doa macam di atas? Doa sahajalah, layan jiwang pandai pulak.
AKU TENGAH MARAH NI, SERIYUS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepas solat Subuh pagi tadi, aku kata kepada Ustaz Yasir bin Ramlee.

"Aku tidak berapa gemar ustaz-ustaz kita promosi sangat kahwin muda, tetapi tidak promosi juga tanggungjawab yang perlu dipikul...."

Sebab itu aku 'share' dalam FB aku video geng Langit Ilahi ini:




Aku bukan 'jeles' tengok budak-budak kahwin muda. Tetapi aku terfikir daripada sudut pandang seorang lelaki, ya aku lelaki..

Apa persediaan kita? Mental, Ilmu, Materialistik...



Usahlah beritahu aku ibu bapa perempuan redha. Hatta kalau mereka redha, mana maruah kita sebagai lelaki. Lepas kahwin masih mahu menadah duit daripada ibu bapa? Bukan suruh kaya, tetapi sewajarnya sebelum 'approach' mana-mana 'girl' usaha cari duit.

Kalau aku ada adik perempuan, aku pun akan tanya yang masuk meminang tu "Kau kerja apa sekarang?"

Tidak kisahlah gaji kita berapa, tetapi mana bukti usahanya.

Aku takut promosi kahwin muda ini hanya menjahanamkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan lantaran ia menimbulkan rasa 'jiwa-jiwa' yang amat sangat, tetapi persiapan ke arah itu diabaikan.

Tontonlah video di atas nanti kalian semua faham.



________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment