Wednesday, December 26, 2012

Muslim Dan Krismas

Adakah kita kecil hati jika kawan kita non-Muslim tidak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada kita? Jika kita kecil hati, maksudnya jiwa kita kacau, akal bermasalah, fikiran tidak waras.

Sejauh mana seorang non-Muslim itu akan kecil hati jika kita tidak 'wish' raya mereka, adakah dibina atas andai-andaian kita sahaja semata-mata?

Anda melayu tulen, mak ayah Melayu Muslim, bini anda melayu tulen. Hari Krismas anda sibuk mahu 'wish', lainlah anda mualaf, mak ayah anda Kristian, atau anda kahwin mualaf, mak mentua anda Kristian.

365 hari dalam setahun, apakah dakwah kita kepada mereka untuk mentauhidkan Allah? Tiba hari Krismas kita sibuk 'wish' mereka dengan alasan DAKWAH.

Aku terima alasan dakwah itu bila ia datang daripada pendakwah yang aktif ajak non-Muslim kepada Islam. Tetapi kalau jenis bukan ajak rakan non-Muslim kenal Islam, tiba-tiba pula hari Krismas pandai nak cakap tentang dakwah.

Sibuk ucap 'Merry Christmast'. Hati penuh 'racist'. Kutuk bangsa orang belakang-belakang, selalu sangka buruk dengan bangsa bukan Melayu. 

Tiba hari Krismas mahu ucap Merry Christmast lah pulak.

Sama macam apek yang hina wanita Islam yang tidak mahu salam bukan mahram, bila hari raya aidilfitri menyibuk nak ucap raya.

No comments:

Post a Comment