Thursday, January 24, 2013

Di Mana Allah?

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak menyibukkan diri dengan isu di mana Allah. Bukan keutamaan, tetapi apabila ada yang membangkitkannya, eloklah kita kongsikan apa yang kita tahu supaya isu ini jelas.

Diskusi secara hikmah, adab, akhlak yang mulia :)

Di bawah ini saya nukilkan tulisan sahabat saya di al-fikrah.net yang beliau nakalkan daripada kitab al-Uluww Imam az-Zahabi dan lain-lain.
~~~~~~~~~~~~

Inilah kalam-kalam para sahabat radiallahu 'anhum ajmai'n yang hidup ketika ayat al-Quran diturunkan, hidup bersama Rasulullah S.A.W dan generasi salaf. Yang mana kita semua sepakat mereka berada di atas jalan kebenaran berserta perkataan ulama terkemudian yang menuruti pandangan dan kefahaman generasi sahabat dalam isu ini.


Dalil al-Kitab (Allah di atas langit/arash):

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ * أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاء...} الملك: 16-17}

Apakah kamu merasa aman terhadap Dia yang di atas langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Apakah kamu merasa aman terhadap Dia yang di atas langit ...

Ahli ilmu mengtafsirkan السماء dengan Arash. Kerana makna samaa' dari segi bahasa ialah bumbung kepada sesuatu. Dan Arash ialah bumbung kepada para makhluk, ianya berada di atas segala makhluk dan segala makluk berada di bawahnya.

Di tafsirkan "fi" dengan 'ala

Abu Bakr Ahmad al-Sibghi (w.342h) berkata: Orang-orang Arab kadang-kadang mengunakan perkataan "fi" untuk makna atas ('ala). Allah berfirman:
{فسيحوا في الأرض} dan {لأصلبنكم في جذوع النخل} bermakna di atas mukabumi dan di atas batang pokok. Begitu juga firman-Nya {في السماء} bermakna di atas arash dan di atas langit sebagaimana perkhabaran yang disahkan dari Nabi s.a.w. Rujuk Al Asma wa al Sifat by Al Baihaqi (p.324)

Al-Baihaqi (w.458h) juga berkata setelah menerangkan perkataan "fi" untuk makna 'ala : Makna makna ayat (أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ) ialah أأمنتم من على العرش - Rujuk Al I'tiqad wal Hidaya ila Sabil al Rashad, al Baihaqi ms 116.

Di tafsirkan "man" ialah Allah azzawajalla

al Tabari (w.310h) di dalam kitab tafsirnya berkata: أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ Dia ialah Allah
Ibn Abi Zamanin (w.399h) berkata di dalam kitab tafsirnya من في السماء iaitu Diri-Nya
Abu al-Mudhaffar as Sam`ani w. 489h) berkata di dalam kitab tafsirnya : أأمنتم ربكم

Dalil al kitab (Keterangan tentang sifat Allah Yang Maha Tinggi الأعلي )

Di dalam Al Quran Allah mensifatkan Diri-Nya dengan sifat Yang Maha Tinggi secara mutlak yang mencakupi Ketinggian pada Zat-Nya, Sifat-Nya, Kekuasaan-Nya.


سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى -الأعلى: 1
Sucikanlah Nama Rabb-mu Yang Maha Tinggi. (al-A’laa: 1)

وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ. - البقرة: 255
dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung. (al-Baqarah: 255)

إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ - الشورى: 51
Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (al-Syura’: 51)

Dalil al Kitab (Keterangan tentang Fauqiyah - ketinggian Allah ke atas makhluk.)

1. " يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ - النحل 50

Mereka takut kepada Rabb mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang
diperintahkan (al-Nahl:50)

pengunaan "min" bersama "fauqa" membawa maksud Zat Allah di atas para makhluk. 

Ibn Khuzaimah rhm berkata: Al Jalilu Jalla wa 'Alaa (Allah) mengkhabarkan kepada kita di dalam ayat ini bahawa Tuhan kita di atas para malaikat, di atas segala makhluk yang di langit dan di bumi, dan mengkhabarkan kepada kita bahawa Malaikat takut kepada Tuhan mereka yang di Atas - rujuk Al Tauhid ms 111, Ibn Khuzaimah.

Di dalam ayat lain:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ - الأنعام 18

Dan Dialah yang berkuasa di Atas sekalian hamba-hamba-Nya. (al-An'am:18).

Di dalam hadis riwayat al Nasa'i, Rasulullah s.a.w bersabda kepada kepada Sa'ad bin Mu'adz ketika Sa'ad memberi keputusan terhadap Bani Quraizah:
لقدْ حَكَمَ فيهمُ اليومَ بحُكْمِ اللهِ الذي حَكمَ بهِ مِنْ فوقِ سبعِ سماواتٍ
" Sesungguhnya engkau telah menetapkan hukum pada hari ini dengan hukum Allah yang telah Allah tetapkan dengannya dari atas tujuh langit"

Dalil al Kitab (Keterangan tentang diangkat Nabi Isa a.s, amalan yang baik, juga naik Malaikat kepada-Nya)


وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناً *بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللّهُ عَزِيزاً حَكِيماً - النساء 157-158

mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya . Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana - al Nisaa' (157-158).


إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ - آل عمران 55


Ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir (Ali Imran:55)

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ " فاطر 10
Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amalan yang shalih
dinaikkanNya (Faathir:10)

تَعْرُجُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ - المعارج: 4

Malaikat- malaikat dan Jibril naik kepada Rabb-nya dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun. (al-Ma’arij: 4)

Dalil al Kitab (Keterangan turunnya malaikat dengan perintah dari-Nya and turunnya al Quran dari-Nya)

يُنَزِّلُ الْمَلآئِكَةَ بِالْرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ - النحل 2
Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) wahyu dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya (al Nahl:2)

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ - مريم 64
Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu. Kepunyaan-Nya-lah apa-apa yang ada di hadapan kita, apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya (Maryam:64)

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ- غافر: 2
Diturunkan Kitab ini (Al Qur'an) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui (Ghafir:2)

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ - الزمر: 1
Kitab (al-Quran ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al Zumar:1)

قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ - النخل: 102
Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Qur'an itu dari Rabb-mu dengan benar (al-Nahl:102)

Dalil al Kitab ( Perintah Fir'aun membuat binaan yang tinggi)

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ اْلأَسْبَابَ. أَسْبَابَ السَّمَوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّيَ لأَظُنُّهُ كَاذِبًا - غافر: 36

Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta”.
(Ghafir: 36)

Berkata Uthman al Darimi (w.280h): Di dalam ayat ini terdapat keterangan dan dalil yang jelas bahawa Musa a.s berdakwah kepada Firaun kepada mengenal Allah bahawa Dia fauqa(di atas) langit(arash). Maka dengan sebab itu Fir'aun memerintahkan supaya dibina menara yang tinggi dan ingin melihat-Nya – al Rad ‘ala al Jahmiyah ms 37.

Ibn Jarir al Tabari (w.310) berkata di dalam tafsirnya pada ayat {وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا} dia(fir’aun) berkata “dan sesungguhnya aku memandang Musa seorang pendusta pada percakapannya dan dia mendakwa baginya Tuhan yang di atas langit dan mengutuskannya kepada kita. - Jami’ al Bayan 21/378.

Berkata Ibn Khuzaimah (w.311): Di dalam firman-Nya {وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا} ialah dalil Nabi Musa a.s memberitahu Fir’aun bahawa Tuhannya Jalla wa ‘Ala, tingi dan fauqa (di atas) – Kitab al Tauhid 1/254.

Berkata Ibn Abdul Bar (w.463h): Maka ia membuktikan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata: Tuhanku di atas langit(arash), sedangkan Fir’aun memandangnya pendusta. Al Tamheed 7/133

Athar Sahabah Ibn Abbas r.a:

عَنِ ابنِ عبَّاسٍ رضي الله عنهما أنَّه دخلَ على عائشةَ رضي الله عنها وهيَ تموتُ، فقالَ لهَا: «كنتِ أحبَّ نساءِ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم ولمْ يكُنْ يُحِبُّ إلَّا طيِّبًا،وأنزلَ اللهُ براءَتَكِ منْ فَوْقِ سَبْعِ سماواتٍ 



Ibnu Abbas r.d menemui Aisyah ketika ia baru saja meninggal. Ibnu Abbas berkata padanya:
“Engkau adalah wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W . Tidaklah engkau dicintai melainkan kebaikan (yang ada padamu). Allah pun menurunkan perihal kesucianmu dari ATAS petala langit yang tujuh."

diriwayatkan oleh Imam al Darimi rhm dgn bersanad hasan melalui kitab Rad 'alal Jahmiyyah

juga athar Ibn Abbas 

وقال رضي الله عنه فِي قولهِ تَعَالَى: {ثُمَّ لآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ} [الأعراف: 17]: لم يستطعْ أنْ يقولَ: منْ فوقهم؛ عَلِمَ أنَّ الله منْ فوقهم 


Ibn Abbas r.a berkata pada firman al A'raf:17 "Kemudian sungguh-sungguh aku akan mendatangi mereka dari arah depan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan kiri mereka" iaitu 
"Iblis tidak mampu mengatakan : (mendatangi mereka) dari ATAS mereka, karena dia tahu bahwa Allah BERADA DI ATAS mereka"

diriwayatkan oleh Imam al Lalakaie di dalam syarah usul sunnah dengan bersanad hasan

Athar Zainab bint Jashyn r.a

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه أَنَّ زَيْنَبَ بِنت جَحْشٍ كَانَتْ تَفْخَرُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم تَقُولُ: «زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللهُ تَعَالَى مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سماوات» وفي لفظٍ: كانتْ تقولُ: «إِنَّ اللهَ أَنْكَحَنِي فِي السَّمَاءِ»] 

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa:
Dia (Zainab) pernah berbangga di depan isteri-isteri nabi s.a.w yang lain, kata beliau, kamu semua dikahwinkan (dengan nabi) oleh keluarga kamu, tetapi aku Allah ta'ala yang di ATAS (fauqa) 7 petala langit, mengahwinkan aku (dengan Nabi), dlm lafaz lain - Sesungguhnya Allah menikahkan aku dari atas langit (arash).

athar di atas diriwayatkan oleh imam Bukhari.

Athar Ibn Mas'ud r.a

قالَ ابنُ مسعود رضي الله عنه: «العَرْشُ فَوْقَ المَاءِ، واللهُ فَوْقَ العَرْشِ لا يَخْفَى عليهِ شيءٌ منْ أَعْمَالِكُم

Berkata Ibn Abbas r.a: Arash berada di atas air, sedangkan Allah di ATAS arash, tidak ada suatu amalan yg tersembunyi dari-Nya

Athar ini dikeluarkan oleh Imam al-Baihaqi Asma al Sifat , Ibn Abd Bar - al Tamheed dengan bersanad, al Zahabi mensahihkan sanad di dalam al 'Uluw.

Athar dari Aishah r.a ketika menolak fitnah ke atas-nya berkata:


قالتْ رضي الله عنها: «وأيمُ اللهِ إنِّي لأَخْشَى لو كُنْتُ أُحِبُّ قَتْلَهُ لَقَتَلْتُ - تعني عثمان ـ، وَلَكِنْ عَلِمَ اللهُ مِنْ فَوْقِ عَرْشِهِ أَنِّي لَمْ أُحِبَّ قَتْلَهُ 

Demi Allah, sesungguhnya aku tau, jika betul aku inginkan dia terbunuh, nescaya aku bunuhnya, iaitu Uthman r.a -tapi Allah, yang berada di atas arsh-Nya Tahu, yang aku tidak mahu dia terbunuh.

dikeluarkan oleh al Darimi al rad 'alal Jahmiyyah dgn sanad sahih, juga Abdul Al Razzak, Bukhari di dalam Khalkhun af 'al 'ibad.

Athar Abu Zhar al Ghifari:

عَنِ ابنِ عباسٍ رضي الله عنهما قالَ: «لمَّا بَلغَ أبا ذرٍّ مَبعثُ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قالَ لأخيهِ: ارْكَبْ إلى هذا الوادِي فاعْلَمْ لي عِلْمَ هذا الرَّجُلِ الذي يَزْعُمُ أنَّهُ نَبِيٌّيَأْتِيهِ الخَبَرُ مِنَ السَّمَاءِ


dari Ibn Abbas r.a. Dia berkata: Apabila sampai berita kebangkitan nabi s.a.w (di Makkah), beliau berkata kepada abangnya pergilah engkau melalui wadi ini, dan beritahu kpdku khbbar tentang seorang lelaki yg mendakwa dirinya Nabi di mana datang khabar (wahyu) kepadanya daripada langit. 

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Athar Ibn Umar r.a:

عن زيدِ بنِ أَسْلَمٍ قالَ: مَرَّ ابنُ عمرُ براعٍ فقال: هلْ منْ جَزَرَةٍ؟ فقالَ: ليسَ هاهنا ربُّها، قالَ ابنُ عمر: تقولُ لهُ: أكلَهَا الذئبُ. قالَ: فرفَعَ رأسَهُ إلى السَّماءِ وقالَ: فَأَيْنَ اللهُ؟ فقالَ ابنُ عمر: أنا واللهُ أحقُّ أنْ أقولَ: أَيْنَ اللهُ؟ واشترى الراعي والغنمَ، فأعتقهُ، وأعطاهُ الغنمَ

Dari Zaid bin Aslam dia berkata: Ibn Umar melewati seorang pengembala, kemudian bertanya, ada tak kambing boleh disembelih? Jawab pengembala: Tuannya tidak ada di sini. Lantas Ibn Umar berkata, katakan kepadanya ia telah dimakan serigala. Lalu pengembala itu mendongak ke langit dan berkata: Allah di mana? Maka Ibn Umar berkata: Demi Allah aku lebih berhak untuk bertanya di mana Allah? Maka dia membeli pengembala berserta kambingnya, memerdekakannya dan diberikannya seekor.

athar dikeluarkan oleh al Zahabi dgn bersanad.

nota: sepertimana hadis Jariyah riwayat muslim, dimerdekakan hamba bila dia beriman Allah di atas langit/arash, begitu juga dgn kes yg berlaku pada ibn Umar.

Athar Umar bin Al-Khattab r.a:

قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.

"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas 7 petala langit, inilah Khaulah binti Thalabah"

dikeluarkan oleh al-Baihaqi dlm sanadnya.

Athar abu Hurairah r.a:

" قال: " لما ألقي إبراهيم في النار قال: اللهم إنك في السماء واحد وأنا في الأرض واحد أعبدك 


Abu Hurairah berkata: ketika dicampakkan nabi Ibrahim a.s ke dalam api dia berkata, Ya Allah sesungguhnya Engkau di ATAS langit, Esa, sedangkan aku di atas bumi keseorangan, menyembah-Mu.

diriwayatkan oleh imam al Darimi rhm di kitab beliau النقض على المريسي dengan bersanad

Athar Abu Bakar r.a diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar:

لما مات النبي صلى الله عليه وسلم، صعد أبو بكر رضي الله عنه المنبر فحمد الله وأثنى عليه ثم قال: «أيها الناس! إن كان محمدٌ إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم محمدًا قد مات، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت، ثم تلا: {وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ}


setelah kewafatan Nabi s.a.w, naik Abu Bakar ke atas mimbar dan memuji Allah dan berkata: wahai manusia, jika Muhammad itu tuhan yg engkau sembah, ketahuilah tuhan kamu telah mati, tapi jika Tuhan engkau yang berada di ATAS langit, sesungguhnya Tuhan kamu tidak mati, kemudian dia membawa ayat وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ

diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaibah, al Darimi - al Rad Alal Jahmiyyah dan Al-Bazzar dalam musnadnya.

Athar Masruq r.a


كَانَ مسروقٌ إِذَا حَدَّثَ عنْ عائشةَ قَالَ: حدَّثتني الصِّدِّيقةُ بنتُ الصِّدِّيقِ، حبيبةُ حبيبِ اللهِ، المُبَرَّأَةُ منْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَاوَاتٍ


Masruq bisa saja menyebut pasal Aishah r.a dia berkata: 
“’Aisyah -wanita yang shidiq anak dari orang yang shidiq (Abu Bakr), kekasih di antara kekasih Allah, yang disucikan oleh Allah yang berada di atas langit yang tujuh.

dikeluarnya oleh al Zahabi di dalam al 'uluw - disahihkan sanadnya.

Athar Ibn Abbas r.a:

عن مجاهد قال : قيل لإبن عباس إن ناسا يقولون في القدر . قال : يكذبون بالكتاب لئن أخذت بشعر أحدهم لأنصونه إن الله كان على عرشه قبل أن يخلق شيئا فخلق الخلق فكتب ما هو كائن إلى يوم القيامة فإنما يجري الناس على أمر قد فرغ منه

Drp Mujahid dia berkata: dikatakan kpd ibn Abbas bhw sebahagian org bercakap tentang al Qadar (menginkari). Lalu
dia berkata, mrk mengingkari al Kitab. Jika aku dapat pegang rambut salah seorg drp mrk secara aku penggalkannya.
Sesungguhnya Allah azzawajalla, Dia di ATAS arash sebelum mencipta yang lain, kemudian Dia ciptakan kejadian. Dan Dia
menulis setiap yang akan berlaku sehingga hari kiamat. sesungguhnya manusia menjalani urusan-urusannya yang telah selesai/tertulis.

Dikeluarkan oleh imam al Zahabi dgn bersanad di dlm al Uluw, juga oleh al Aajuri, Al Laalakaie, Ibn Qudamah.

Athar Umar al Khattab r.a:

عن قيس قال: (لما قدم عمر رضي الله عنه الشام استقبله الناس وهو على بعيره فقالوا: يا أمير المؤمنين لو ركبت برذونا يلقاك عظماء الناس ووجوههم؟ فقال عمر رضي الله عنه: ألا أريكم ههنا إنما الأمر من ههنا فأشار بيده إلى السماء


Dari Qais, dia berkata : Ketika Umar baru balik dari Syam, orang-ramai berdepan dengannya, sedangkan dia masih lagi di atas unta tunggangannya. Mereka berkata : “Wahai Amirul-Mukminin, jika saja engkau menunggang kuda tunggangan yang perkasa, nescaya para pembesar dan tokoh-tokoh masyarakat akan menemuimu”. Maka Umar menjawab : “Tidakkah kalian lihat, bahwasannya perintah itu datang dari sana ? – Dan dia (Umar) menginsyaratkan dengan tangannya ke langit” Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, al Khalal, al Zahabi - dia berkata sanadnya terang bagai matahari(sahih)"

Kesimpulan: Telah terang bagaikan mentari, inilah akidah para sahabat berkaitan di mana Allah, tinggi di atas langit, di atas arsyNya.
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment