Thursday, January 24, 2013

Benarkah Sudah Jatuh Cinta?


<Hakikat Cinta>

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (31)

قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٣٢)

Katakanlah: "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (32) [Ali Imran 3: 31-32]

~~~~~~

Shaikh asy-Shanqitee berkata dalam tafsirnya Adhwa' al-Bayan:



يؤخذ من هذه الآية الكريمة أن علامة المحبة الصادقة لله ورسوله صلى الله عليه وسلم هي اتباعه صلى الله عليه وسلم،

Daripada ayat ini, dapat diambil pengajaran bahawa petanda cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul Nya ialah dengan mengikuti Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam.

فالذي يخالفه ويدعي أنه يحبه فهو كاذب مفتر. :

Sesiapa yang menyalahinya (tidak mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam), dan mendakwa pula bahawa dia mencintainya. Sesungguhnya dia adalah sebenar-benar pendusta.

إذ لو كان محباً له لأطاعه، ومن المعلوم عند العامة أن المحبة تستجلب الطاعة ومنه قول الشاعر

Seandainya benar dia mencintainya, nescaya dia akan mengikutinya. Sudah diketahui umum bahawa cinta membawa kepada ketaatan. Sebagaimana kata penyair:

إن المحب لمن يحب مطيع

Sesungguhnya kecintaan itu buat mereka yang mencintai dengan mentaati.

لو كان حبك صادقاً لأطعته

Seandainya cinta mu benar, nescaya engkau akan mentaatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Iman Itu Manis Apabila....>

Daripada Anas radiallahu ’anhu , Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ 

“Tiga perkara yang seandainya ia wujud pada diri seseorang, nescaya dia akan mendapat kemanisan iman (tiga perkara tersebut ialah): 

أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا

1) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya;

وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ

2) mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah;

وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

3) dan benci kembali pada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan dalam api neraka.” [HR. al-Bukhari no. 16 dan Muslim no. 43]

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment