Sunday, January 20, 2013

Maulid Nabi: What Do I Believe?


Sekadar mahu kongsi apa yang tertulis di FB-FB saya, terutama buat mereka yang tiada FB :)

<Maulid Nabi: What Do I Believe?>


Saya tiada masalah untuk orang sekadar sambut dengan mengingatkan umat kepada Rasulullah s.a.w dengan syarat:

1) Mereka mesti beritahu bahawa sambutan ini bukanlah wajib bahkan BUKAN SUNAT.

2) Mereka mesti menerangkan kepada masyarakat tiada satu fadhilat pun sambutan Maulid Nabi.

3) Mereka menerangkan kepada masyarakat 'selawat-selawat' yang mereka baca ini BUKAN SELAWAT, ia hanya syair. Ini kerana sahabat-sahabat nabi r.a bila mahu selawat mereka akan tanya Nabi s.a.w, "Kaifa Nusolli 'alaika Ya Rasulullah...." tiba-tiba kita zaman sekarang boleh reka 1001 benda yang dipanggil selawat.

4) Mesti menerangkan kepada masyarakat sambutan Maulid ini tidak diajar nabi s.a.w, tidak diajar para sahabat, bahkan tidak diajar generasi Salaf bahkan termasuk yang tidak melakukannya ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal r.a. Ia hanya muncul pada zaman terkemudian. Tidak wujud di zaman awal Islam, ia bukan amalan generasi salaf yang terbaik.


~~~~~
<Bagaimana cara selawat ke atas mu ya Rasulullah?>

Berkata Ibn Abi Hatim: Ka’ab bin ‘Ujrah berkata: Ketika turunnya ayat { Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah dan ucaplah salam ke atasnya}, kami berkata: Ya Rasulullah SAW sesungguhnya kami telah tahu memberi salam ke atas kamu, bagaimanakah pula berselawat kepada kamu. Jawab baginda SAW: Katakanlah.....

Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dia berkata: Kami berkata "Wahai rasulullah SAW, ini adalah salam kepadamu, maka bagaimanakah kami berselawat kepadamu? Rasulullah SAW berkata: Katakanlah ‘.......

Berkata Imam Ahmad: Dari Abu Humaid as-Sa’adi adalah mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Jawab baginda SAW: Katakanlah: .....

Muslim berkata: Abu Mas’ud al-Ansori berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah SAW dan kami bersama Sa’ad bin ‘Ubadah. Bashir bin Sa’id berkata kepadanya: Allah SWT memerintahkan kami untuk berselawat ke atas kamu wahai rasulullah SAW, maka bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? .....


Baca di sini: http://lobaitampin.blogspot.com/2011/03/mari-perbanyakkan-selawat-dengan.html

<Mari Seksa Otak Kita Dengan Isu Maulid :)> http://www.youtube.com/watch?v=1iKSRhozuE0
Provokasi Minda: Sambutan Hari Kematian Rasulullah S.A.W https://www.youtube.com/watch?v=Ne4phaOP3IY
<❤ Kenapa Wajib Cinta Nabi s.a.w? ❤ >

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
“Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka, isteri-isteri mereka dan ibu-ibu mereka.” (QS. Al Ahzab: 6). Baca di sini: http://lobaitampin.blogspot.com/2011/02/kenapa-wajib-mencintai-nabi.html

<ツ Pengorbanan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam ツ>

Malaikat bukit berkata kepada nabi sallallahu ‘alaihi wassalam:

“Hai Muhammad, apa yang kamu mahu? Kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka bukit al-Akhsyabayn (dua buah bukit di Mekah), nescaya akan aku lakukan!”

Jawab nabi sallallahu ‘alaihi wassalam: “Malah aku mengharapkan agar Allah s.w.t mengeluarkan daripada sulbi mereka keturunan orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata dan tidak mensyirikkannya”.

Teruskan membaca di sini:http://lobaitampin.blogspot.com/2012/02/pengorbanan-rasulullah-saw.html
<12 Rabiul Awal Adalah Tarikh Kematian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam>

Tahukah kita wasiat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ketika nazak?

http://lobaitampin.blogspot.com/2012/04/nasihat-nabi-saw-ketika-nazak.html



________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment