لدي بنت عمرها سبع سنوات وهي تصلي
ولله الحمد ، هل يجب علي إيقاظها لصلاة الفجر ؟ مع العلم أن هذا قد نَفَّرها من الصلاة .
Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur tujuh tahun
dan dia sudah mula mendirikan solat, Alhamdulillah. Adakah saya wajib
mengejutkannya untuk mendirikan solat Subuh? Ini kerana saya tahu bahawa hal
ini membuatkan dia tidak menyukai solat.
الحمد لله
الأب راع في بيته وهو مسئول عن رعيته
، كما أخبر النبي صلى الله عليه وسلم ، وعليه أن يربي أبناءه وينشّئهم على أداء الواجبات
وترك المحرمات ،
Alhamdulillah. Seorang ayah merupakan penguasa di rumahnya.
Beliau bertanggungjawab ke atas mereka yang di bawah tanggungannya. Ini
sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. Seorang ayah wajib mendidik
anak-anaknya untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan
perkara-perkara yang haram.
ومن ذلك : أمرهم بالصلاة إذا بلغوا
سبع سنين ؛ لما روى أبو داود (495) عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مُرُوا أَوْلادَكُمْ
بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ
عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ ) صححه الألباني في صحيح أبي داود .
Di antara perkara tersebut ialah menyuruh anak-anak
mendirikan solat apabila mereka sudah mencapai usia tujuh tahun. Ini
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (495), daripada 'Amru bin
Syu'aib, daripada ayahnya, daripada datuknya: Rasulullah s.a.w bersabda :
Suruhlah anak-anak kalian mendirikan solat apabila umurnya tujuh tahun,
pukullah mereka (apabila mereka enggan solat) apabila umur mereka sepuluh
tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka. [Shaikh al-Albani mensahihkannya
dalam Sahih Abi Daud]
وينبغي أن يتلطف الأب في أمر أولاده
الصغار بالصلاة ، وأن يشجعهم على أدائها بالثناء والهدية والمكافأة ، حتى يعتادوا عليها
ويحبوها .
Seorang ayah itu hendaklah berlembut ketika menyuruh anaknya
yang kecil untuk mendirikan solat. Dia hendaklah menggalakkan mereka untuk
menunaikan solat dengan memberikan pujian, hadiah dan ganjaran.
ولك أن تؤخر إيقاظ ابنتك إلى قرب طلوع
الشمس ، مع ترغيبها في النوم المبكر ليسهل عليها القيام
.
Anda boleh melewatkan mengejutkan anak perempuan anda
tersebut sehingga ke waktu hampir terbitnya matahari. Anda juga boleh
menggalakkannya untuk tidur awal agar dapat memudahkan dia untuk bangun.
ولا حرج عليك إذا تركت إيقاظها في
الأيام التي ترى أنه يشق عليها الاستيقاظ فيها ، لكونها ـ مثلا ـ قد نامت متأخرة ،
أو لشدة البرد ، ونحو ذلك .
Tidaklah berdosa jika anda tidak mengejutkannya pada
hari-hari yang anda melihat susah untuk anak perempuan anda bangun, contohnya
apabila dia tidur lewat, atau keadaan yang terlalu sejuk dan selainnya.
وقد سئل الشيخ ابن عثيمين رحمه الله
: لي ولد عمره حوالي تسع سنوات هل أوقظه لصلاة الفجر؟
Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin ditanya: Saya
mempunyai anak lelaki berumur sembilan tahun. Adakah saya perlu mengejutkannya
untuk bangun mendirikan solat subuh?
فأجاب: "نعم ، إذا كان للإنسان
أولاد ذكور أو إناث بلغوا عشر سنين فليوقظهم ، وما دون ذلك إن أيقظهم ليصلوا في الوقت
فهذا هو الأفضل ، وإلا فلا إثم عليه ، ولكن الاختيار أن يوقظهم ؛ لقول النبي صلى الله
عليه وسلم : ( مروا أبناءكم للصلاة لسبع ، واضربوهم عليها لعشر ، وفرقوا بينهم في المضاجع)
" انتهى من "فتاوى نور على الدرب".
Shaikh menjawab: Apabila seseorang itu mempunyai anak lelaki
atau pun perempuan yang berumur sepuluh tahun, dia hendaklah mengejutkan
mereka. Jika selain daripada itu (iaitu umur kurang sepuluh tahun), seandainya
dia mengejutkan mereka untuk solat pada waktunya, ini adalah sesuatu yang lebih
baik. Jika dia tidak mengejutkannya, tidak lah pula berdosa. Akan tetapi,
pilihlah untuk mengejutkan mereka. Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w : Suruhlah
anak-anak kalian mendirikan solat apabila umurnya tujuh tahun, pukullah mereka
(apabila mereka enggan solat) apabila umur mereka sepuluh tahun, dan
pisahkanlah tempat tidur mereka. [Fatawa Nur 'Ala Ad-Darb]
وسئل أيضا: ابني يبلغ من العمر ثمان
سنوات ، هل أوقظه لصلاة الفجر؟ وإذا لم يصل هل أنا آثم؟
Beliau disoal lagi: Saya mempunyai anak lelaki berumur lapan
tahun. Adakah saya perlu mengejutkannya untuk solat Subuh. Seandainya dia tidak
solat, adakah saya berdosa?
فأجاب : "الظاهر أن هذا يُنظر:
إذا كان مثلاً في أيام الشتاء وأيام البرد والمشقة فلا بأس أن يُترك وإذا قام ، يقال
له: صل. وأما إذا كان الجو معتدلاً ولا ضرر عليه في الإقامة فأقمه حتى يعتاد ويصلي
مع الناس،
Jawapan: Ia bergantung kepada keadaan. Seandainya itu adalah
musim sejuk atau hari yang sangat sejuk, dan sangat menyukarkan (untuknya
bangun), maka tiada masalah anak itu dibiarkan tidur. Seandainya dia bangun,
katakanlah kepada dia : Solat lah. Seandainya cuaca normal, dan tiada masalah
untuk mengejutkannya. Maka kejutkanlah dia sehingga dia terbiasa mendirikan
solat jemaah bersama manusia-manusia lain.
ويوجد والحمد لله الآن صبيان صغار
ما بين السابعة إلى العاشرة نراهم يأتون مع آبائهم في صلاة الفجر، فإذا اعتاد الصبي
على ذلك من أول عمره صار في هذا خير كثير، أما مع المشقة فإنه لا يجب عليك أن توقظهم،
لكن إذا استيقظوا مرهم بالصلاة " انتهى من "اللقاء الشهري" (40/18).
Alhamdulillah, zaman kini kita sudah melihat anak-anak kecil
berumur antara tujuh ke sepuluh tahun pergi mendirikan solat Subuh bersama
ayah-ayah mereka. Apabila anak-anak ini telah terbiasa dengan hal tersebut
sejak awal umurnya lagi, ia akan membawa banyak kebaikan. Adapun jika ia
mendatangkan kesukaran, anda tidak perlu mengejutkan mereka, dan jika mereka
terjaha, suruhlah mereka mendirikan solat. [Al-Liqa' Al-Shahri 40/18]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
T : 013-2506391
No comments:
Post a Comment