Sunday, January 13, 2013

Fawaid Daripada Kuliah Dr. MAZA

Assalamualaikum w.b.t


-full house-

Semalam hadir kuliah hadis Riadussolihin Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Sempat mengambil banyak faedah daripada isi kuliah beliau. Sempat juga diupdate pada FB aku. Jadi di sini aku hanya copy dan paste apa yang telah aku update di FB aku. Semalam masuk bab menjaga rahsia saudara seIslam.




1#Isu Nama Allah..


Dr. MAZA menghuraikan. Aku pendekkan. 


#Tiada masalah pun jika kerajaan mahu mengharamkan orang bukan Islam guna nama Allah apabila melihat ia boleh mengancam keselamatan, mengganggu gugat keharmonian.
Kerajaan berhak buat undang-undang itu sebagaimana kerajaan berhak buat undang-undang jalan raya.

#Yang kita bantah ialah apabila kita menyatakan seolah-olah memang Islam melarang orang bukan Islam guna nama Allah, apatah lagi dengan kata-kata sebahagian tokoh agama yang menghukum murtad mereka yang membenarkan bukan Islam guna nama Allah.

2#Manusia paling jijik yang apabila melakukan hubungan seksual dengan isterinya, dia pergi cerita kisah seksualnya kepada orang lain.


حدثنا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَعْدٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " 

Abu Sa'id radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ ، عَنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah kedudukannya pada hari Kiamat adalah

الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ،

suami yang melakukan hubungan seks dengan isterinya, dan isteri yang melakukan hubungan seks dengan suaminya,

ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا " .

kemudian si suami itu pergi menyebarkan rahsia isterinya (iaitu kisah hubungan seks mereka).

[Sahih Muslim, Kitab an-Nikah, Bab Pengharaman Menyebarkan Rahsia Isteri, hadis no : 2605]


3# Dr. MAZA mencadangkan wanita yang berpendidikan tinggi yang mahu bernikah, jika mahu, boleh letakkan syarat bahawa dia boleh bekerja walau selepas nikah.

Saya: SETUJU. Biar semua benda 'crystal clear' sebelum nikah.


4# Tidak salah seorang ayah meminang lelaki soleh untuk anak perempuannya.

سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يُحَدِّثُ ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ حِينَ تَأَيَّمَتْ حَفْصَةُ بِنْتُ عُمَرَ مِنْ خُنَيْسِ بْنِ حُذَافَةَ السَّهْمِيِّ

'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhu menceritakan perihal 'Umar al-Khattab radiallahu 'anhu ketika anak perempuannya Hafsah bin Umar radiallahu 'anha menjadi balu kerana kematian suaminya, Hunais bin Huzafah al-Sahmiy.

وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَتُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ ،

(Suami Hafsah) itu merupakan seorang sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wassalam, beliau meninggal dunia di Madinah.

فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : أَتَيْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ فَعَرَضْتُ عَلَيْهِ حَفْصَةَ

Umar radiallahu 'anhu berkata : Aku pergi menemui Uthman bin 'Affan radiallahu 'anhu, lalu aku menawarkan Hafsah kepadanya (untuk dijadikan isteri)

فَقَالَ : سَأَنْظُرُ فِي أَمْرِي ، فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ ثُمَّ لَقِيَنِي ، فَقَالَ : قَدْ بَدَا لِي أَنْ لَا أَتَزَوَّجَ يَوْمِي هَذَا ،

Uthman radiallahu 'anhu menjawab : Biar aku fikir-fikir dahulu. Selepas beberapa malam, Uthman radiallahu 'anhu datang menemuiku, beliau berkata : Aku rasa aku belum mahu kahwin buat masa sekarang.

قَالَ عُمَرُ : فَلَقِيتُ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ ، فَقُلْتُ : إِنْ شِئْتَ زَوَّجْتُكَ حَفْصَةَ بِنْتَ عُمَرَ ، فَصَمَتَ أَبُو بَكْرٍ فَلَمْ يَرْجِعْ إِلَيَّ شَيْئًا وَكُنْتُ أَوْجَدَ عَلَيْهِ مِنِّي عَلَى عُثْمَانَ ،

Umar radiallahu 'anhu berkata : Aku pun pergi menemui Abu Bakar as-Siddiq radiallahu 'anhu, aku bertanya: Seandainya engkau mahu, aku akan nikahkan engkau dengan Hafsan bin Umar radiallahu 'anha. Abu Bakar radiallahu 'anhu mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang jawapan pun. Aku sangat marah kepadanya melebihi kekecewaan aku ke atas (penolakan) Uthman radiallahu 'anhu.

فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ ثُمَّ خَطَبَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَنْكَحْتُهَا إِيَّاهُ ،

Maka berlalulah beberapa malam. Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam meminang Hafsah, lalu aku nikahkan Hafsan kepada baginda sallallahu 'alaihi wassalam.

فَلَقِيَنِي أَبُو بَكْرٍ ، فَقَالَ : لَعَلَّكَ وَجَدْتَ عَلَيَّ حِينَ عَرَضْتَ عَلَيَّ حَفْصَةَ فَلَمْ أَرْجِعْ إِلَيْكَ شَيْئًا ، قَالَ عُمَرُ : قُلْتُ : نَعَمْ ،

Abu Bakar radiallahu 'anhu datang menemui ku lalu berkata : Boleh jadi engkau marah kepada aku kerana ketika engkau menawarkan Hafsah kepada aku, aku tidak memberi sebarang jawapan pun. Umar radiallahu 'anhu menjawab : Benar (memang aku marah pun!).

قَالَ أَبُو بَكْرٍ : فَإِنَّهُ لَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَرْجِعَ إِلَيْكَ فِيمَا عَرَضْتَ عَلَيَّ إِلَّا أَنِّي كُنْتُ عَلِمْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ ذَكَرَهَا ،

Abu Bakar radiallahu 'anhu menjelaskan : Sesungguhnya tiada apa pun yang menghalang aku daripada memberikan jawapan kepada tawaran mu itu kecuali kerana aku tahu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam pernah menyebut-nyebut tentang Hafsah.

فَلَمْ أَكُنْ لِأُفْشِيَ سِرَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَلَوْ تَرَكَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَبِلْتُهَا " .

Aku tidak mahu menjadi orang yang menyebarkan rahsia Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. Seandainya Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam tidak jadi melamarnya, sudah pasti aku akan menerima tawaran itu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Nikah, Bab Menawarkan Anak Perempuan Atau Adik Beradik Perempuan Kepada Orang Yang Baik, hadis no : 4755]


Apa kaitan hadis di atas dengan bab menyimpan rahsia?

Dr. MAZA berkata pendalilannya pada bahagian akhir di mana Abu Bakar r.a tahu Nabi s.a.w ada menyebut-nyebut nama Hafsah r.a tetapi Abu Bakar r.a tidak memberitahu hal tersebut kepada Umar r.a.

Hal ini penting difahami. Kata Dr. MAZA, ulama bahas kenapa Abu Bakar r.a tidak beritahu? Boleh jadi dia tidak mahu terlalu memberi harapan yang besar kepada Umar r.a ditakuti Nabi s.a.w tidak jadi meminang Hafsah r.a, pasti Umar r.a akan sangat kecewa selepas harapan menggunung tinggi.

Pengajaran:

Seandainya kawan-kawan kita ada sebut nama mana-mana perempuan, seolah-olah ada kecenderungan sudah jatuh cinta dengan perempuan itu. Tidak sewajarnya kita pergi beritahu perempuan tersebut. Takut-takut bila diberi harapan, perempuan itu serius, sekali rupanya lelaki itu suka sikit-sikit sahaja, lepas tidur hilang perasaan suka itu.


________________________

Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

No comments:

Post a Comment