Bagaimana Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan
kanak-kanak?
Tulisan kali ini, Al Kahfi akan berkongsi dengan pembaca
semua hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan kanak-kanak.
1) Rasulullah s.a.w menangis apabila Ibrahim meninggal
dunia
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
, قَال : " دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام
Anas bin Malik r.a berkata:
“Kami bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al
Qayyinn yang (isterinya) telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah
s.a.w)
فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ،
Lalu Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya.
ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ
يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ ,
Kemudian setelah itu pada waktu yang lain kami
mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua
mata Rasulullah s.a.w berlinangan air mata.
فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ,
Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda
s.a.w : “Engkau menangis wahai Rasulullah?”
فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا
رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى ،
Baginda s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya
(tangisan) ini adalah rahmat (lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan
tangisan.
فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ
الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
Kemudian baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata
telah mencucurkan air mata, hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan
menyebut apa-apa kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami.
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ
لَمَحْزُونُونَ "
Kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”.
[Sahih al-Bukhari : 1227]
2) Rasulullah s.a.w dikudai cucunya ketika solat ;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ ، عَنْ أَبِيهِ
، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي
إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ : الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ ،
Syaddad r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar untuk (solat
jemaah) bersama kami pada salah satu solat di waktu petang, (tidak pasti) Zuhur
atau Asar.
وَهُوَ حَامِلٌ الْحَسَنَ أَوْ الْحُسَيْنَ ، ،
Baginda s.a.w sedang mendukung (cucunya) iaitu Hasan atau
Hussain r.a.
فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ
Baginda s.a.w bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam) dan
meletakkan cucunya.
ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلَاةِ ، فَصَلَّى ،
Kemudian baginda s.a.w mengangkat takbir untuk solat, lalu
mendirikan solat.
فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً
أَطَالَهَا
Baginda s.a.w sujud di tengah-tengah solatnya dengan sujud
yang sangat panjang.
فَقَالَ : إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي ، فَإِذَا الصَّبِيُّ
عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ ،
Syaddad r.a berkata : Aku pun mengangkat kepala aku, dan aku
melihat kanak-kanak tadi berada di atas belakang Rasulullah s.a.w ketika
baginda s.a.w sedang sujud.
فَرَجَعْتُ فِي سُجُودِي ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ ،
Aku pun kembali sujud. Apabila Rasulullah s.a.w selesai
mendirikan solat,
قَالَ النَّاسُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ
سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِكَ هَذِهِ سَجْدَةً قَدْ أَطَلْتَهَا ، ,
para jemaah bertanya : Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau
telah sujud di tengah-tengah solat mu dengan sujud yang panjang.
فَظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ ، أَوْ أَنَّهُ
قَدْ يُوحَى إِلَيْكَ
Kami menyangka sesuatu telah berlaku, atau wahyu telah
dihantar kepada engkau.
قَالَ : " فَكُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ ، وَلَكِنَّ
ابْنِي ارْتَحَلَنِي ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ " .
Rasulullah s.a.w menjawab : Semua itu tidak berlaku.
Sebaliknya cucu aku ini sedang menunggang ku. Aku tidak suka untuk segera
(bangkit) sehingga dia telah selesai menunaikan hajatnya. [Musnad Ahmad :
15704]
عَنِ الْحَسَنِ ، أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرَةَ ،
أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي ، فَإِذَا
سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ عَلَى ظَهْرِهِ وَعَلَى عُنُقِهِ ،
Abu Bakrah r.a
menceritakan: Rasulullah s.a.w mendirikan solat, apabila baginda s.a.w sujud,
Al-Hasan melompat ke atas belakang dan tengkuknya.
فَيَرْفَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفْعًا رَفِيقًا لِئَلَّا يُصْرَعَ ،
Rasulullah s.a.w
pun bangkit (daripada sujud) dengan lembut supaya Al-Hasan tidak jatuh,
قَالَ : فَعَلَ ذَلِكَ غَيْرَ مَرَّةٍ
، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ
بالْحَسَنِ شَيْئًا مَا رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَهُ !
Baginda s.a.w
melakukan hal itu bukan hanya sekali. Apabila selesai solatnya, para sahabat
bertanya : Ya Rasulullah, kami melihat engkau memperlakukan Al-Hasan dengan
cara yang tidak pernah kami lihat engkau melakukannya.
قَالَ : " إِنَّهُ رَيْحَانَتِي
مِنَ الدُّنْيَا ، وَإِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ
بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ " .
Rasulullah s.a.w
menjawab : Dia adalah permata hati ku di dunia ini. Sesungguhnya cucuku ini
seorang sayyid (pemimpian), boleh jadi Allah akan mendamaikan dua kaum Muslimin
dengan cucuku ini. [Musnad Ahmad : 20027]
3) Rasulullah s.a.w suka mencium cucunya;
: " قَبَّلَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ
بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا ،
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w
mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w
adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.
فَقَالَ الْأَقْرَعُ : إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ
الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ،
Al-Aqra’ r.a
berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun
seorang daripada mereka.
فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ :
Rasulullah s.a.w
melihat kepadanya kemudian bersabda:
" مَنْ لَا يَرْحَمُ
لَا يُرْحَمُ "
Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih
al-Bukhari : 5567]
4) Kemesraan Rasulullah s.a.w dengan cucunya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ،
قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُوقٍ
مِنْ أَسْوَاقِ الْمَدِينَةِ فَانْصَرَفَ فَانْصَرَفْتُ ،
Abu Hurairah
berkata : Aku bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di pasar Madinah. Apabila
Rasulullah s.a.w beredar, aku pun beredar.
فَقَالَ : " أَيْنَ لُكَعُ
ثَلَاثًا ، ادْعُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ " ، فَقَامَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ
يَمْشِي وَفِي عُنُقِهِ السِّخَابُ ،
Nabi s.a.w bersabda
: Di manakah si kecil (iaitu Hasan r.a) ? Sebanyak tiga kali. Al-Hasan r.a pun
bangun dan berjalan, di lehernya terdapat kalung,
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بِيَدِهِ هَكَذَا ، فَقَالَ الْحَسَنُ : بِيَدِهِ هَكَذَا فَالْتَزَمَهُ
،
Nabi s.a.w pun
membuka tangannya, dan Al-Hasan pun melakukan hal yang sama, Rasulullah s.a.w
mendekati Al-Hasan
فَقَالَ : " اللَّهُمَّ إِنِّي أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ
وَأَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ " ،
Baginda s.a.w
bersabda : Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, cintailah dia, dan
cintailah orang yang mencintainya.
وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ، فَمَا كَانَ أَحَدٌ
أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ، بَعْدَ مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ .
Abu Hurairah r.a berkata : Tiada siapa yang lebih dicintai
ku daripada Al-Hasan bin ‘Ali r.a selepas apa yang dikatakan oleh Rasulullah
s.a.w tersebut. [Sahih al-Bukhari : 5463]
5) Rasulullah s.a.w dan anak sulung Abu Musa r.a ;
عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : " وُلِدَ لِي
غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Abu Musa al-Asyaari
r.a berkata : Aku memperolehi seorang anak lelaki, lalu aku terus pergi menemui
Rasulullah s.a.w
فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ
بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ،
Rasulullah s.a.w
menamakannya Ibrahim, mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan
untuknya.
وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ
وَلَدِ أَبِي مُوسَى "
Kemudian baginda s.a.w menyerahkannya kepada aku. Anak itu
merupakan anak sulung Abu Musa [Sahih al-Bukhari : 5759]
6) Rasulullah s.a.w bergurau dengan Abu Umair;
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ،
Anas bin Malik r.a
berkata : Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling bagus akhlaknya.
وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ
قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ،
Aku mempunyai
seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru sahaja tamat tempoh menyusu.
وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ
، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ ،
Apabila baginda
s.a.w datang, baginda s.a.w akan bertanya : Wahai Abu Umair, apa yang sedang
dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu burung kecil yang sering
dia main dengannya.
فَرُبَّمَا حَضَرَ الصَّلَاةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا
Apabila masuknya waktu solat dan ketika itu baginda s.a.w
berada di rumah kami,
، فَيَأْمُرُ بِالْبِسَاطِ
الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ ،
Baginda s.a.w akan
menyuruh agar tikar yang ada dibawahnya di sapu dan dipercikkan air,
ثُمَّ يَقُومُ وَنَقُومُ خَلْفَهُ
، فَيُصَلِّي بِنَا "
Kemudian baginda s.a.w akan berdiri, dan kami akan berdiri
di belakangnya. Kemudian baginda s.a.w akan mendirikan solat bersama kami.
[Sahih al-Bukhari : 5764]
7) Rasulullah s.a.w mendukung Umamah r.a ketika solat;
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ ، أَنَّهُ
سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ ، يَقُولُ :
'Amru bin Sulaim ar-Ruzaqi mendengar Abu Qatadah r.a
berkata:
" بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَمْ يَحْمِلُ أُمَامَةَ
بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Ketika kami sedang duduk-duduk di masjid, Rasulullah s.a.w
keluar menemui kami sambil mendukung Umamah binti Abi Al-As bin Ar-Rabi',
ibunya ialah Zainab binti Rasulullah s.a.w.
وَهِيَ صَبِيَّةٌ ،
Ketika itu Umamah masih bayi.
يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ ، فَصَلَّى رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ
Baginda s.a.w mendukungnya di atas bahu baginda s.a.w,
Rasulullah s.a.w pun solat dalam keadaan Umamah r.a berada di atas bahunya.
يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ
،
Baginda s.a.w akan meletakkannya (di bawah) apabila baginda
s.a.w ruku', dan mengembalikan dia (di atas bahu baginda s.a.w) apabila baginda
s.a.w berdiri
حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا "
Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian rupa sehinggalah
baginda s.a.w menyelesaikan solatnya.
[As-Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi : 558]
8) Rasulullah s.a.w mendahulukan kanak-kanak daripada
orang dewasa;
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ
، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ،
Sahl bin Sa’ad r.a
meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada seorang budak
lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua.
فَقَالَ لِلْغُلَامِ : أَتَأْذَنُ
لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ،
Rasulullah s.a.w
bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk
memberikan minuman ini kepada mereka?
فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا ، وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ
بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا "
Budak lelaki itu pun menjawab : Tidak. Demi Allah aku tidak
akan mendahulukan orang lain ke atas diri ku untuk apa-apa yang datang daripada
mu.
فَتَلَّهُ فِي يَدِهِ
Maka Rasulullah
s.a.w pun meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut. [Sahih
al-Bukhari : 2428]
7) Rasulullah
s.a.w meringkaskan solat kerana tangisan kanak-kanak
عَنْ أَبِيهِ أَبِي قَتَادَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنِّي لَأَقُومُ فِي الصَّلَاةِ
أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا ،
Abu Qatadah
meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengimami sekumpulan manusia
dalam solat, dan aku mahu memanjangkan solat itu,
فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ
فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ "
Lalu aku terdengar
tangisan seorang bayi, aku pun meringkaskan solat aku kerana aku takut ia akan
merisaukan ibu bayi tersebut. [Sahih al-Bukhari : 670]
8) Rasulullah
s.a.w menghentikan khutbah kerana melihat cucunya;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ
، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَجَاءَ
الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَيْهِمَا قَمِيصَانِ أَحْمَرَانِ يَعْثُرَانِ فِيهِمَا
،
Buraidah r.a
berkata: Nabi s.a.w sedang berkhutbah. Tiba-tiba datang al-Hasan dan al-Husain
r.a yang sedang memakai baju berwarna merah dan mereka bertatih berjalan,
فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ كَلامَهُ ، فَحَمَلَهُمَا ، ثُمَّ عَادَ إِلَى الْمِنْبَرِ
،
Rasulullah s.a.w
pun turun (dari mimbar) dan menghentikan khutbahnya. Rasulullah s.a.w
mengangkat kedua-duanya, kemudian kembali ke mimbar.
ثُمَّ قَالَ : " صَدَقَ اللَّهُ
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ سورة التغابن آية 15 ، " .
Kemudian baginda
s.a.w menyebut : Sungguh benar perkataan Allah. Sesungguhnya harta-harta kalian
dan anak-anak kalian adalah ujian [at-Taghabun : 15].
رَأَيْتُ هَذَيْنِ يَعْثُرَانِ فِي قَمِيصَيْهِمَا
فَلَمْ أَصْبِرْ حَتَّى قَطَعْتُ كَلامِي فَحَمَلْتُهُمَا
Aku melihat kedua
cucuku ini bertatih berjalan dalam pakaian mereka, aku tidak sabar, lalu kerana
itu aku menghentikan khutbahku dan mengangkat mereka berdua.
[Imam an-Nasaie
dalam as-Sunan al-Kubra : 1721]
9) Rasulullah
s.a.w mengajar adab makan kepada kanak-kanak
عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ
غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ
يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ " .
‘Umar bin Abi
Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu
ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w
bersabda kepada ku: Wahai anak, sebutlah
nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada
mu.
[Sahih al-Bukhari :
4984]
____________________________
Ringkasan daripada مواقف نبوية مع الأطفال, http://www.islamweb.net/mohammad/index.php?group=articles&lang=A&id=174047
Rujukan teks hadis
dan terjemahan:
Ensiklopedia Hadis,
http://www.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php
فتح الباري شرح صحيح البخاري, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1&idto=13851&lang=&bk_no=52&ID=1
Comprehensive
Hadith Database with interactive Chain, http://qaalarasulallah.com/
Kitab 9 Imam Hadis, http://125.164.221.44/hadisonline/hadis9/
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
T : 013-2506391
No comments:
Post a Comment