Sunday, March 3, 2013

Jangan Harap Sempurna


<Jangan Harap Sempurna>

Bukan aku harap sempurna,
Kerana manusia tetap manusia,
Adakalanya lupa dan alpa,
Kadang terlena terbuat durjana.


Lelaki soleh adalah manusia,
Malaikat itu bukanlah dirinya,
Kadang terlajak dalam ketawa,
Kadang terjebak dek panahan cinta.

Gadis solehah itu manusia,
Bukan dia bidadari syurga,
Kadang tercabut hijab malunya,
Gurau senda gelak ketawa.

Kita manusia itu hakikatnya,
Sering tersilap terlepas kata,
Mohon maaf pada yang esa,
Jangan dilupa taubat pada Nya.

Wahai teman janganlah lupa,
Bila ku alpa atau terlena,
Cepatlah tegur nasihati jua,
Agar ku tidak teraba-raba.

Jangan dihukum begitu sahaja,
Bila melihat teman yang alpa,
Si kopiah yang leka dek kerana cinta,
Atau si niqab yang hilang malunya.

Tegurlah tegur itu ubatnya,
Nasihatilah dia engkau temannya,
Jangan dilupa perihal dia,
Doakan dia pada yang Esa.

Tidaklah adil begitu sahaja,
Menghukumi manusia sekelip mata,
Dek kerana ketawa gadis dihina,
Dek kerana kasar lebai dicela.

Manusia adalah tetap manusia.

No comments:

Post a Comment