Monday, January 17, 2011

Ketika Muslimah Berpoco-Poco Di Khalayak Ramai

Assalamualaikum wbt.

Saya merupakan penghuni Taman Budi dan Ilmu. Entah kenapa, dua tiga menjak ia digegarkan (atau saya sahaja terasa bergegar) dengan isu bersukan bersama-sama antara lelaki dan perempuan di sebuah kolej, dan baru-baru ini pula isu pelajar perempuan menari poco-poco di khalayak ramai.


1. Ada yang menyatakan ia isu kecil: Bagi saya kecil atau tidak, tatkala mana ia melibatkan apa yang telah digariskan wahyu di dalam al-Quran dan al-Hadis, tanggungjawab kita adalah dengar dan taat.

2. Ada yang menyatakan bahawa kami, orang-orang bukan badan beruniform tidak memahami orang-orang di dalam badan beruniform: Bagi saya, sebelum kita menjadi apa-apa sahaja, sama ada doktor, cikgu, penganggur, pelajar biasa mahupun anggota badan uniform seperti Wataniah, Suksis dan lain-lain, kita adalah seorang Muslim. Prioriti sebagai seorang Muslim hendaklah diberikan keutamaan.

3. Kami terpaksa, pihak atasan universiti yang putuskan: Pihak atasan yang memutuskan hal ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana menjerumuskan ramai pelajar ke lembah tidak sepatutnya. Adapun kita sebagai individu, wajarlah bijak memilih jalan hidup sendiri, sedangkan maksiat yang disuruh ibu bapa kita wajib diingkari.

4. Berdosakah kami? Ahli nerakakah kami: Saya bukanlah pemegang kunci syurga dan neraka, bukan orang yang tahu sahabat-sahabat mendapat pahala atau dosa. Tetapi kita semua ketahui, kemungkaran memudahkan mendapat dosa dan mendekatkan pada neraka, ketaatan memudahkan mendapat pahala, dan mendekatkan kepada syurga.

5. Apa-apa pun kita sama-sama mohon petunjuk Allah, dan keampunanNya. Insya-allah,

13 comments:

  1. assalamualaikom.... kat kawasan perumahan ana ader org cadang nak wat poco2 wanita secara terbuka malah campur laki pompuan...aper lerlu ana buat?

    ReplyDelete
  2. Bila nk buat jahat,disuruhnya tengok pd NIAT..

    mgkin kita patut tanya pndgn mereka..boleh tak para pndakwah mgunakan alasan yg sama..dkwh kami kasar..tp NIAT kami baik.. =]

    ReplyDelete
  3. Bleh x mtk jgn gne name badan beruniform!!!!! xphm2 ke... bkn smue owg dbadan bruniform cm2... ade yg masuk krana niatnya baik... ble asyk dfitnah cmni, sape x sakit ati????? ade otak pk r.... INGAT!!!!.... wat cmni coz nak publisiti ke???? asal x g je kat tv3... if xpn g kat harakah....

    ReplyDelete
  4. Mr/MRs Anonym:

    Assalamualaikum wbt.

    Cuba tengok tulisan saya, part 2 sahaja saya sebut nama UB. Itupun umum.

    Dan itu ditulis sebab ada insan-insan dalam UB yang mempersoal dengan beralasan orang di luar UB mana faham soal orang dalam UB.

    Mungkin yang patut difikir sejak bila dalam Islam dibezakan undang-undang atau hukum untuk mereka di luar UB mahupun di dalam UB.

    ReplyDelete
  5. semua yg masuk ub semua jahat...yg x masuk ub semua baek....betul ker cara berdakwah dgn hanye terus kaitkan sesuatu pihak tanpa usul periksa yg sewajarnyer...sebelum mengenal pasti sesuatu perkara itu btul,saye rase x patut seseorg individu terus menyebarkannyer...kenape tiada seorg pun wakil dari pihak yg bukan ub datang secara face two face...dgn itu mngkin lebih memahami n sepakat utk tidak terjadi salah faham...jika berteruskan masuk blog n fb..kedua dua pihak akan rase x puas hati...semakin bersukalah iblis kerana berjaya memperondak perandakan muslim...pendekatan fb n blog mungkin kurg sesuai...berjumpelah face two face....berani kerana benar...bukan hanye berkongsi cerita dan kisah tanpa membuta tuli..sekian..fikir2 dan selamat beramal

    ReplyDelete
  6. "assalamualaikom.... kat kawasan perumahan ana ader org cadang nak wat poco2 wanita secara terbuka malah campur laki pompuan...aper lerlu ana buat?"

    ???

    ReplyDelete
  7. Byk benda2 yg tak baik belaku dlm Tmn Budi & Ilmu ni, tapi mereka2 ni buat tak nampak je, tapi kalau bdk bdn unifom buat apa saja yg tak mengikut kehendak mereka2 ni, pasti mendapat bantahan yg bertali arus.

    Ramai je bdk lelaki yg tak mengikut peraturan pakaian yg telah ditetapkan, tapi sapa yg nampak?..adakah mereka2 ni buta masa tu?..

    Teguran mereka2 ni bkn tak baik, tapi kena perlu di postkan di sini, apa tujuanya, apakah niat mereka ni sebenarnya...adakah mereka ni berniat baik dgn cara begini.

    ReplyDelete
  8. tak abes2 nak wat controversi..adoih..

    ReplyDelete
  9. Ibnu Ahmad Al-Asghar!!! tak cukup2 lagi ke ape yg ko dah wat kat kitaorng aritu..????

    ReplyDelete
  10. salam bro...awak pegi ke malam closing tu???
    awk ikot x sepanjang USC belangsung???
    kalau nk tau..
    da je bro n sis masa usc berpakaian kurang sopan..yg sis pakai suar fit lari n maen basket..y bro plak pkai suar atas lutut masa maen..xkne masuk post ni lak..
    tq la sbb nk tgo kn tp TOLONG la secara overoll..knpe msti nk focus to UB je???? concern sgt..tima kaseh...

    ReplyDelete
  11. lps sorang,sorang lg nk cite buruk UB...dh2 le...kalo xtau cte sebenar xyh la smpi nk wt cte dlm blog...rugi je dr elok2 pahala bertan2 jd kosong lps fitnah org...adoi...

    ReplyDelete
  12. http://mohdmasri87.blogspot.com/2011/01/oversensitive.html

    ReplyDelete
  13. salam.. sy xde kne mengena dgn UB or ape2 ni.. tp bg sy xelok nk slahkan UB dlm kes ni.. nk sy tegas kan.. klu disebabkan dorg menari poco2 tu nk kecoh smpi mcm ni, knapa acara yg mencampurkan lelaki dan wanita iaitu 3000m diadakan skali.. mereka lari seiringan dan ditontoni oleh sume org. dan fikir balik bila hanya wanita yg menari poco2 yg juga ditontoni oleh org ramai.. klu saudara boleh bezakan kedua2 itu kepada saya.. mgkin sy boleh terima..

    ReplyDelete