Saturday, March 26, 2011

Kejahatan Penyokong Kenduri Arwah, Memutar Belit Perkataan Ulama'.

Inilah kelebihan membaca dahulu walau apa yang dihujahkan bertentangan dengan apa yang saya pegang. Saya mendapat satu link yang isinya membela kenduri arwah. Pendek kata ia jauh 180% daripada pendirian saya. Saya berpegang bahawa kenduri arwah bid'ah, sedangkan si penulis menyatakan ia sunat. Jadi saya membaca tulisan beliau, mana tahu ada ilmu baru yang boleh diperolehi. Seperti saya sebutkan sebelum ini, dengan terbuka dan mendengar atau membaca dahulu, kita akan menemui dua natijah iaitu sama ada a) Kita akan semakin teguh dengan pendirian saya atau b) Saya akan memilih pendirian yang bertentangan dengan pendirian sebelum ini.

Pendek kata selepas membaca hujah mereka, sama ada saya semakin teguh menyatakan ia BID'AH, atau saya akan berubah menyatakan ia sunat. Mana satukah yang saya pilih selepas membaca hujah mereka?




Mudah saya ringkaskan di sini, selepas membaca hujah-hujah itu, dan merujuk sumber asal hujah-hujah 'penyokong' kenduri arwah, maka saya bertambah yakin kenduri arwah adalah bid'ah. Bahkan saya semakin meyakini 'penyokong kenduri arwah' adalah manusia pembohong yang suka-suka mencantas perkataan para ilmuan Islam, lalu memaksudkan apa yang tidak dimaksudkan.

Di sini saya akan kongsikan apa yang saya temui.

a) Penyokong kenduri arwah berhujah dengan apa yang tertulis di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi huraian kepada Sunan at-Tirmizi susunan al-Imam al-Mubarakfuri. Di sini saya quote apa yang ditulis oleh penyokong kenduri arwah:

Mengenai makan dirumah duka, sungguh Rasul saw telah melakukannya, dijelaskan dalam Tuhfatul Ahwadziy :


حديث عاصم بن كليب الذي رواه أبو داود في سننه بسند صحيح عنه عن أبيه عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي لحافرا أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه فجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا الحديث رواه أبو داود والبيهقي في دلائل النبوة هكذا في المشكاة في باب المعجزات فقوله فلما رجع استقبله داعي امرأته الخ نص صريح في أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أجاب دعوة أهل البيت واجتمع هو وأصحابه بعد دفنه وأكلوا
“riwayat Hadits riwayat Ashim bin Kulaib ra yg diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam sunannya dengan sanad shahih, dari ayahnya, dari seorang lelaki anshar, berkata : kami keluar bersama Rasul saw dalam suatu penguburan jenazah, lalu kulihat Rasul saw memerintahkan pada penggali kubur untuk memperlebar dari arah kaki dan dari arah kepala, ketika selesai maka datanglah seorang utusan istri almarhum, mengundang Nabi saw untuk bertandang kerumahnya, lalu Rasul saw menerima undangannya dan kami bersamanya, lalu dihidangkan makanan, lalu Rasul saw menaruh tangannya saw di makanan itu kamipun menaruh tangan kami dimakanan itu lalu kesemuanyapun makan. Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi dalam Dalail Nubuwwah, demikian pula diriwayatkan dalam AL Misykaah, di Bab Mukjizat, dikatakan bahwa ketika beliau saw akan pulang maka datanglah utusan istri almarhum.. dan hal ini merupakan Nash yg jelas bahwa Rasulullah saw mendatangi undangan keluarga duka, dan berkumpul bersama sahabat beliau saw setelah penguburan dan makan”.
(Tuhfatul Ahwadziy Juz 4 hal 67).

Ini pula hasil semakan saya kepada Tuhfatul Ahwazi, ini adalah perenggan seterusnya selepas apa yang dipetik oleh penyokong kenduri arwah, dan penyokong kenduri arwah tidak memetik perenggan tersebut sedangkan itulah ayat yang jelas menyatakan pendirian al-Imam al-Mubarakfuri:


قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير ، وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، قال في عون المعبود : داعي امرأة ، كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة . انتهى


Shaikh al-Mubarakfuri menyebutkan: Aku berkata: Terdapat di dalam kitab al-Misykat lafaz perkataan 'wakil isterinya/isteri si mati' yang mana perkataan 'perempuan' diidhofahkan/disandarkan kepada dhamir (huwa/dia yang membawa maksud isteri si mati). Ia adalah tidak sahih. Bahkan yang sahih adalah 'wakil seorang perempuan' tanpa disandarkan (maksudnya tak disebutkan itu isteri si mati). Dalilnya terdapat di dalam Sunan Abu Daud 'wakil perempuan' tanpa disandarkan (kepada si suami). Berkata penulis di dalam Aun al-Ma'bud: 'wakil seorang perempuan', sama sebagaimana yang disebutkan dalam nas yang ada. Di dalam al-Misykat: 'wakil perempuan si mati/isteri si mati).

، وروى هذا الحديث الإمام أحمد في مسنده ص 293 ج 5 ، وقد وقع فيه أيضا : داعي امرأة بغير الإضافة ، بل زاد فيه بعد داعي امرأة لفظ : من قريش ، فلما ثبت أن الصحيح في حديث عاصم بن كليب هذا لفظ : داعي امرأة بغير إضافة امرأة إلى الضمير ، ظهر أن حديث جرير المذكور ليس بمخالف لحديث عاصم بن كليب هذا فتفكر . هذا ما عندي ، والله تعالى أعلم .

Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini di dalam Musnadnya, muka surat 293 jilid 5. Di dalamnya juga terdapat: 'Wakil perempuan' tanpa disandarkan (kepada suami). Bahkan ditambah selepas lafaz 'wakil perempuan'dari Quraisy (bermaksud perempuan itu perempuan Quraisy. Oleh kerana itu terbukti yang sahih di dalam hadis 'Ashim Bin Kuliab ialah lafaz ini "Wakil perempuan' tanpa disandarkan kepada dhamir (yang mana ini menunjukkan tiada bukti wanita itu isteri si mati). Yang kelihatan ialah hadis Jarir yang disebutkan (hadis arahan untuk buat makanan untuk keluarga jenazah) tidaklah bertentangan dengan hadis 'Ashim bin Kulaib.  dan inilah pendapatku.

http://islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1808&idto=1809&bk_no=56&ID=699 


b) Penyokong kenduri arwah berhujah dengan apa yang tertulis di dalam kitab al-Mughni susunan al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi:


فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنع أهل الجاهلية

Bila keluarga mayyit membuat makanan untuk orang maka makruh, karena hal itu menambah atas musibah mereka dan menyibukkan, dan meniru niru perbuatan jahiliyah.
(Almughniy Juz 2 hal 215)

(MAKRUH.. BUKAN HARAM)

Lalu shohibul Mughniy menjelaskan kemudian :
وإن دعت الحاجة إلى ذلك جاز فإنه ربما جاءهم من يحضر ميتهم من القرى والأماكن البعيدة ويبيت عندهم ولا يمكنهم إلا أن يضيفوه

Bila mereka melakukannya karena ada sebab/hajat, maka hal itu diperbolehkan, karena barangkali diantara yg hadir mayyit mereka ada yg berdatangan dari pedesaan, dan tempat tempat yg jauh, dan menginap dirumah mereka, maka tak bisa tidak terkecuali mereka mesti dijamu
(Almughniy Juz 2 hal 215)

(DISINI HUKUMNYA BERUBAH MENJADI MUBAH KARENA ADA HAJAT, BUKAN JAMUAN UNTUK MENGUNDANG ORANG BANYAK)


Saya meninjau pula di dalam kitab al-Mughni, jadi saya terjumpa perenggan yang 'digelapkan'. Apa yang saya 'bold' dan gariskan adalah apa yang tidak dipetik oleh penyokong kenduri arwah. Bahkan dia sendiri kontradik dengan penghujahannya apabila menyebutkan kalam ini : (DISINI HUKUMNYA BERUBAH MENJADI MUBAH KARENA ADA HAJAT, BUKAN JAMUAN UNTUK MENGUNDANG ORANG BANYAK) sedangkan kenduri arwah yang berlaku ialah jamuan yang menjemput orang ramai.


فأما صنع أهل الميت طعاما للناس ، فمكروه ; لأن فيه زيادة على مصيبتهم ، وشغلا لهم إلى شغلهم ، وتشبها بصنع أهل الجاهلية
Adapun, apabila keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai. Maka ia adalah makruh. Ini kerana hal tersebut penambahan ke atas musibah dan kesibukan mereka. Ia juga menyerupai (perbuatan) orang jahiliah.

وروي أن جريرا وفد على عمر ، فقال : هل يناح على ميتكم ؟ قال : لا . قال : فهل يجتمعون عند أهل الميت ، ويجعلون الطعام ؟ قال : نعم . قال : ذاك النوح . وإن دعت الحاجة إلى ذلك جاز ; فإنه ربما جاءهم من يحضر ميتهم من القرى والأماكن البعيدة ، ويبيت عندهم ، ولا يمكنهم إلا أن يضيفوه
Jarir bertanya kepada 'Umar: Apakah diratap jenazah kalian? Jawab beliau: Tidak. Apakah mereka berkumpul-kumpul bersama ahli keluarga jenazah, dan mereka (ahli keluarga jenazah) menghidangkan makanan. Jawabnya: Ya. Beliau berkata: Itulah ratapan. Jika ada keperluan yang menuntut kepada hal tersebut (menghidangkan makanan), maka ia dibenarkan. Boleh jadi di antara mereka yang hadir menziarahi jenazah ada yang datang dari kampung dan tempat yang jauh.Mereka (penziarah tadi) menginap bersama keluarga si mati, maka tidak mungkin kecuali (keluarga si mati) menyediakan makanan untuk mereka.

http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1312&idto=1312&bk_no=15&ID=1267 


Apa yang Imam Ibn Qudamah nukilkan dalam al-Mughni bukan hujah untuk kenduri arwah, bahkan sebaliknya ia adalah hujah menyatakan kenduri arwah ialah salah satu bentuk ratapan. Hukum ratapan haram, jadi kenduri arwah? [haram atau tidak?]

Sebaliknya tulisan Ibn Qudamah juga menolak kepercayaan karut bahawa keluarga si mati tak boleh makan di rumah si mati. Ini juga salah satu kepercayaan karut. Dah lah sedih, tak boleh makan pula.

--------

Ini juga menonjolkan kejahatan pembela kenduri arwah, saya dapat qaul dari al-Mughni ni daripada mereka sendiri, tetapi mereka cantas sikit, mereka hanya sebut perkataan Ibn Qudamah kata makruh (jadi kata mereka bukan haram), dan mereka bawakan kalam Ibn Qudamah kata boleh sedia makanan untuk tetamu yang ada (tapi mereka buang perbualan sebelumnya yang menyebutkan berkumpul-kumpul di rumah jenazah, dan ahli keluarga menghidangkan makanan adalah ratapan).


------

Dengan kesediaan mendengar hujah-hujah 'penyokong kenduri arwah', saya bertambah yakin ia bukan sunat, bahkan ia bid'ah.


Wallahua'lam.

1 comment:

  1. tulisan yang amat bernas dengan dalil yang mantap. dalam kitab bahrul mazi pon ada keterangan larangan terhadap kenduri arwah. bahkan dalam kitab2 melayu lama pon ada larangan. saya suka juga merujuk ke laman web ust rasul dahri dan clip beliau di youtube. tapi ramai penyokong kenduri arwah ini masih tidak mahu berganjak dengan pandangan adat mereka. bahkan ada antara mereka bergelar ustaz bahkan terkenal namanya. masyarakat kita amat berpegang teguh perkara ini. yang menolak akan dituduh macam2 menyebabkan kita yang menolak terpaksa meluaskan dada untuk hadir (sebab rumah sedara dekat)walaupon dengan hati yang menolak.

    cuma nak mintak sedara penulis blog, bagaimana untuk kita menjawab jika ada yang bagitau "kenduri ni bukan dari duit simati dan bukan juga duit anak yatim, ini duit kami sebagai anak2 untuk buat kenduri arwah, bahkan arwah dah mati lama dah... bertahun dah"... inilah persoalan yang pernah saya hadapi dan agak sukar untuk menjawab dengan pengetahuan yang agak cetek dalam hukum agama.

    sekian. mohon respon

    ReplyDelete