Friday, November 23, 2012

Kepada Stalker 2

Sang Stalker menulis:

Salam. Masri, merujuk kepada pautan ini: https://www.facebook.com/AlKahfiServices/info mungkin masri tidak bercakap benar pada post yang lepas iaitu kepada stalker. Masri kata syarikat masri bukan sdn bhd. Untuk pengetahuan masri, semua syarikat ialah sdn bhd. Mana ada syarikat yg tak sdn bhd. Kalau masri boleh kemukakan syarikat yg tak ada sdn bhd di belakang, mungkin masri boleh beritahu saya. Syarikat masri berdaftar di suruhanjaya syarikat malaysia. Syarikat masri ada laman web yg berakhir dgn .com.my yg digunakan oleh syarikat2 sdn bhd. Sudah tentu syarikat akan ada keuntungan. Antara kos syarikat masri ialah kos bayar sewa domain website, bayar designer website kalau masri tak design sendiri, bayar server website dan lain2 kos. Keuntungan dapat kepada pemilik syarikat al-kahfi services sdn bhd. Masri mungkin pemilik atau pekerja. Kalau pekerja, masri dapat gaji dgn bekerja untuk al-kahfi services. Kalau masri pemilik, masri dapat keuntungan selepas tolak kos dari revenue

Saya:

Ada sesiapa di sini rajin untuk menerangkan kepada stalker ini beza syarikat sendirian berhad dan enterprise?


No comments:

Post a Comment