Friday, November 9, 2012

Kepada Stalker ....

Assalamualaikum w.b.t

Kepada Stalker yang berasal dari Cheras, yang rajin menulis komen panjang-panjang, yang rajin nakal al-Quran dan al-Hadis, serta perkataan ulama', serta rajin jua melakukan fitnah.

Tiada benda berfaedah yang lainkah yang boleh anda lakukan?

Stalker ini bukan sahaja kerjanya mengendap blog dan fb aku, bahkan fb dan twitter kawan-kawan aku.

Ini komen si stalker di blog aku:


Salam. Merujuk kepada twitter muhd anhar adzfar: https://mobile.twitter.com/AnharAzdfar/tweets masri bekerja merakam kuliah untuk onekuliah. Bagus masri tak charge kamera. Masri bertugas charge kamera dan muhd anhar adzfar yg rakam kuliah. Kenapa masri kerja dengan onekuliah? Kalau masri kerja dgn one kuliah, saya harap masri berhenti kerana one kuliah suka merakam kuliah2 ikhwani. Kalau masri suka rakam kuliah, lebih baik masri bersama dgn abu aqif. Mungkin masri tolong rakam kuliah2 atau pelajaran2 ustaz2 salafi bukan ikhwani dan upload di abuaqif di youtube atau di channel masri sendiri iaitu abuusamah atau masriramli. Wallahua'lam
Salam. Muhd anhar adzfar perli masri. Bagus masri tak charge camera, boleh rakam kuliah jap lagi. Masri berhenti sahaja one kuliah dan tolong abu aqif rakam kuliah2 salafi bukan ikhwani dan upload kat abuaqif channel atau channel baru abu_usamah atau masriramli. Abu aqif insha Allah tak seperti muhd anhar adzfar. Wallahua'lam 
Salam. Masri ialah penulis novel separuh masa. Masri tidak bergantung kepada jualan novel masri untuk mendapat pendapatan tetapi ianya hanya pendapatan sampingan. Pendapatan utama masri ialah guru agama di sekolah agama petang dan keuntungan al-kahfi services sdn bhd. Mungkin masri ingin hasilkan lebih banyak novel di masa akan datang. Wallahua'lam 

Jawapan aku:

1) Syarikat "KAMI" bukan Sdn Bhd.

2) Kau jawab di akhirat nanti ya dengan apa yang kau tulis! Kau tengok tulisan kau boleh bawa masuk syurga atau neraka. Kau fitnah pendapatan aku daripada keuntungan Al Kahfi Sdn Bhd.

Moga Allah lindungi kita semua.







14 comments:

  1. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Pertama sekali saya bukan dari cheras. Saya rasa ada faedah dalam menukilkan al-quran, hadith dan kata2 ulama' bukan ikhwani. Minta maaf jika ada komen yg panjang dan santai. Saya tidak melakukan fitnah. Saya cuma buat andaian berdasarkan pemerhatian saya terhadap blog masri, twitter masri, website al-kahfi services (AKS) dan facebook AKS. Saya tidak stalk. Saya cuma ikut perkembangan blog dan perkembangan terkini ustaz masri melalui facebook al-kahfi services yg saya anggap semuanya tulisan ustaz masri. Andaian saya yg al-kahfi services ialah syarikat sdn bhd yg berdaftar dgn suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) salah. Jadi al-kahfi services ialah pertubuhan kebajikan. Saya terpedaya dgn perkataan services. Bunyi macam jual perkhidmatan. Tidak mengapa ambil upah dalam khidmat agama dgn syarat berpatutan. Seperti mengajar al-quran. Ada imam fiqh dari mazhab empat yg mengharuskan ambil upah atas mengajar al-quran. Jadi kita boleh qiyas dalam khidmat agama yg lain.

    Kerana al-kahfi services pertubuhan kebajikan dan bukan syarikat perkhidmatan sdn bhd, andaian saya yg masri mencari pendapatan dgn al-kahfi services salah. Masri buat kerja di al-kahfi services tanpa mengharapkan apa2 keuntungan atau mungkin upah. Masri hanya mahu dapat mungkin makanan, minuman, ganjaran dari Allah dan penghargaan. Masri berpuas hati dgn makanan, minuman dan ganjaran dan pahala dari Allah. Tetapi kalau masri ambil upah atau service charge pun tiada masalah. Boleh tambah kepada pendapatan masri dari mengajar di sekolah agama petang dan hasil jualan novel. Dengan ini masri al-kahfi services boleh bertahan lebih lama. Lagipun masri kenakan yuran ke atas peserta. Yuran tersebut termasuk upah2 untuk semua yg terlibat dalam menjayakan program masri. Upah mungkin duit yuran tolak kos anjur program seperti sewa masjid, makanan, minuman dan lain2. Yg lebih masri bahagikan antara semua yg menjayakan program tersebut. Dibahagikan atas kesusahan dan kuantiti kerja. Yg kerja susah dan banyak dapat upah lebih banyak dari yg kerja senang dan sikit. Saya cuma buat andaian dan minta maaf kerana ia salah.

    Masri kumpul duit yuran yg termasuk yg dapat biasiswa kerana yuran mereka dibayar oleh orang kaya. Masri tolak jumlah yuran yg dikumpul dgn kos seperti sewa masjid, makanan dan lain2 kos. Duit yg baki masri bahagikan antara yg menjayakan dgn adil. Yg banyak kerja dan kerja susah dapat banyak bahagian dan yg sikit kerja dan kerja senang dapat sedikit bahagian upah. Masri adil dan saksama antara orang2 yg menjayakan program. Semoga semua yg menjayakan program berpuas hati dgn masri dan remaja2 yg mengikuti mendapat ilmu dan faedah dari program masri. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam. Kenapa ingin mencetuskan kontroversi dgn menyiarkan komen2 saya di post ini. Ini adalah nasihat secara sirr atau sembunyi dan bukan terang-terangan. Saya cuma mahu ustaz masri bersama dgn sekretariat ilmuan malaysia yg seperti al-kahfi services, satu pertubuhan kebajikan. Mungkin masri boleh mensalafikan al-kahfi services dan menyah-ikhwanikan al-kahfi services. Selepas itu al-kahfi services boleh saling bantu-membantu dgn sekretariat ilmuan malaysia atau bergabung. Kalau tak boleh bantu-membantu dan bergabung, maka mungkin masri masuk sekretariat ilmuan malaysia dan tinggalkan al-kahfi services. Di sana ada one kuliah dan abuaqif. One kuliah dan gengnya atau konco2nya selerti worldkuliah dan onetajdid lebih kepada merakam kuliah2 ikhwani berbanding abuaqif yg lebih cenderung kepada merakam kuliah2 salafi. Mungkin masri lebih baik berhenti dari merakam kuliah2 ustaz2 ikhwani dan kalau minat dalam merakam, masri rakam kuliah2 ustaz2 dan ulama' salafi. Mereka ialah ulama' yg insha Allah berada di atas kebenaran dan ikhlas dalam berdakwah kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan mengajarkan ilmu kepada penuntut2 ilmu agama islam dan orang awam. Mereka mengambil upah kerana itu harus bagi mereka berdasarkan pendapat imam fiqh. Apakah kita hendak mengharamkan apa yg dihalalkan Allah? Jadi mereka ikhlas dan ambil upah sebagai penghargaan kepada usaha mereka. Upah mencukupi untuk menanggung kos mereka seperti petrol dan lain2 dan yg lebih ialah dari kos ialah upah untuk pendapatan mereka membayar sewa rumah atau hutang beli rumah dan lain2. Bantulah abu aqif kalau minat rakam kuliah dan rakam kuliah dan upload di channel abu aqif atau channel masri sendiri yg mungkin bernama channel abu usamah di youtube yg hanya merakam kuliah2 dan video2 salafi anti ikhwani. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kenapa masri nak timbulkan kontroversi? Orang boleh tuduh masri sengaja mengada-adakan cerita untuk timbulkan kontroversi tetapi masri sertakan bukti2 yg menunjukkan komen2 yg masri terima adalah benar iaitu bukti log web. Harap masri tidak suka kepada kontroversi dan lebih suka kepada menuntut ilmu. Kita tak mahu timbulkan kontroversi. Kita nak supaya umat islam di malaysia tahu di malaysia yg salafi ialah yg bukan ikhwani. Yg salafi ialah seperti ustaz fathul bari dan lain2. Yg ikhwani ialah seperti dr asri dan lain2. Salafi taat kepada pemerintah dalam perkara2 yg ma'ruf dan tidak taat pada perkara yg tidak ma'ruf. Negara kita malaysia ada kekurangan. Tetapi adakah itu membolehkan kita keluar dari pemerintah dan menentang pemerintah sehingga mengasaskan sebuah parti? Ini tidak dilakukan di zaman sahabat, khulafa' ar-rasyidin, bani umayyah dan bani 'abbasiyah. Ianya bid'ah yg dimulakan hasan banna, seorang guru bahasa arab di mesir. Kita tak mahu huru-hara dan kacau-bilau di negara kita. Kita mahukan keamanan dan kesejahteraan. Ini boleh didapati dgn tidak melawan kerajaan yg ada sekarang. Kalau ada kekurangan kita beri nasihat dgn baik. Di sana ada ruang untuk memberi nasihat. PAS melawan kerana kerajaan tidak islamik dan parti keadilan melawan kerana kerajaan tidak adil dan zalim. Melawan kerajaan bukan jalannya. Menasihati ialah jalannya. Semoga Allah memberi hidayah kepada perdana menteri kita najib tun razak. Semoga beliau suka kepada islam dan minat kepada islam dengan didakwah oleh ustaz fathul bari, dr fadlan dan lain2. Beliau, dato' najib tun razak cuba melaksanakan islam di malaysia sekadar kemampuan dan memerintah dgn seadil yg mungkin kerana beliau seorang yg berpegang kepada agama islam. Setelah mendapat da'wah ustaz fathul bari dan dr fadlan, beliau makin dekat kepada Islam. Beliau insha Allah seorang yg solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat, berkorban dan buat lain2 kewajipan agama. Beliau sudah menunaikan umrah dan haji. Jadi kita sokong usaha ustaz fathul bari dan dr fadlan dalam menda'wah dato' seri najib tun razak. Semoga da'wah berkesan dan beliau dato' najib menjadi pemerintah yg adil. Kita berdo'a untuk pemerintah kita supaya beliau diberi taufiq dan hidayah untuk menjadi pemerintah yg adil dan melaksanakan islam sekadar yg termampu. Itu pendekatan kita. Bukan pendekatan melawan, berdemonstrasi dan lain2. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Masri cari kebenaran dari tafsir al-quran dan kitab2 penerangan hadith, kitab aqidah, kitab fiqh. Semoga masri temui kebenaran. Tuntut ilmu dan elak kontroversi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Salam. Bagus masri ada slot 10 sahabat dijamin syurga. Tak tahu jika ada masa untuk cerita tentang semua sepuluh sahabat atau cerita beberapa sahaja secara lanjut atau detail. Kena lihat berapa lama masa yg diperuntukkan untuk slot tersebut. Mungkin cukup untuk memperkenalkan 10 sahabat secara ringkas dan seorang sahabat seperti abu bakar radiallahu 'anh secara lanjut. Sirah atau biografi abu bakar boleh ambil banyak iktibar dan pengajaran. Mungkin masri yg bertugas menyampaikan slot tersebut. Mungkin masri berpandukan sumber yg sahih tenttang biografi 10 sahabat dijamin syurga dan biografi detail abu bakar. Mungkin ada rujukan dlm bahasa indonesia atau melayu. Kalau tiada, maka masri rujuk siyar a'lam nubala' karangan al-haafidz az-zahabi. Ada di perpustakaan UIA dan juga boleh dapat naskah pdf di internet. Ini akan memberi mereka semangat untuk mencotohi abu bakar as-siddiq. Mungkin di program2 akan datang masri boleh ceritakan tentang sahabat2 lain, al-fuqahaus sab'ah, imam mazhab empat, ulama' seperti sufyanain iaitu sufyan ibn 'uyaynah, sufyan ath-thauri, hammadain iaitu hammad ibn salamah dan hammad ibn zaid, abul bistham syu'bah ibn al-hajjaj, imam bukhari, imam muslim dan lain2. Kita boleh ambil pengajaran dari sejarah hidup mereka dan biografi mereka. Biografi imam bukhari penuh dgn iktibar dan pengajaran. Ini akan memberi mereka semangat untuk mencontohi kesungguhan mereka. Para sahabat dalam menegakkan islam, berjihad, mengumpul al-quran dan lain2. Para ulama' dalam menuntut ilmu, mengajarkannya, mengumpul hadith, menulis kitab2 ilmiah yg ada di antaranya banyak jilid. Ini kerana mereka mempunyai kesungguhan yg tinggi dan boleh mencari masa untuk mengajar di masjid dan menulis kitab2 yang banyak jilid. Al-haafidz ibn hajar al-'asqalani dan lain2. Ulama' meninggalkan ilmunya selepas mereka mati dalam bentuk anak2 murid dan kitab. Jadi mungkin dalam slot yg sejam atau lebih di program masri tersebut, masri ceritakan tentang abu bakar sehingga mereka bersemangat. Mungkin masri selitkan kisah saayer yg belajar ijazah kedoktoran di jepun dalam ilmu enjin di jerman yg telah diceritakan kpd masri. Semoga ada di kalangan yg mengikut program masri yg jadi penuntut ilmu agama islam dan ada yg dlm pengkhususan lain seperti kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan lain2. Mereka belajar bersungguh2 untuk berkhidmat untuk negara islam malaysia. Mereka mementingkan keagungan dan kemuliaan malaysia sebagai negara islam sebagaimana saayer mementingkan keagungan dan kemuliaan jepun. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Salam. Harap2 kem remaja ini tidak akan dirakam oleh one kuliah, supermeknik, one tajdid, worldkuliah, anhar adzfar dan lain2 channel ikhwani. Masri tidak mahu ada unsur ikhwani di dalam kem remaja ini. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Salam. Kenapa masri menimbulkan kontroversi seperti ini. Mungkin masri akan delete post ini sebagaimana masri delete post kem remaja soleh di alang sedayu. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. Salam. Masri telah menambah kontroversi dgn menerima komen2 saya. Saya tidak tahu jika masri mengenali diri saya atau tidak. Saya ingat masri akan menolak komen2 saya, kerana itu saya tulis komen. Masri mungkin buat kerja ini ikhlas kerana Allah ta'ala. masri tidak mengharapkan ganjaran wang ringgit. Kalau diberi mungkin masri menolak dan suruh diberi balik dalam bentuk bukan wang kepada peserta2. Ganjaran masri selepas habis dan selesai program ialah main PS3 dgn rakan2 dgn permainan pro evolution soccer dan lain2 atau main foosball iaitu bola sepak meja dgn memusingkan pemegang2 atau bowling atau snooker atau badminton atau pig pong dan lain2. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Salam. Saya harap tidak ramai yg baca blog masri. Tidak tahu jika ramai yg baca blog masri. Ini kerana tidak mahu menimbulkan kontroversi. Saya anggap masri seorang pemuda salafi anti ikhwani yg bersama dgn ustaz fathul bari, ustaz rasul dahri dan lain2 pendakwah salafi bukan ikhwani. Ada ungkapan2 atau nukilan2 dari tulisan para ikhwani seperti 'aaidh al-qarni, al-qaradhawi, hasrizal abdul jamil di website al-kahfi services dan facebook al-kahfi services. Al-kahfi services ada unsur ikhwani dan masri ingin bersihkan al-kahfi dari unsur ikhwani. Mungkin ada yg menemani masri dalam membersihkan al-kahfi services dari unsur2 ikhwani. Itu kawan baik masri yg masri keluar dengannya untuk main bowling, snooker, playstation 3 pro evolution soccer, foosball dan lain2. Kawan tersebut mungkin abu hafiz atau ustaz roesfan. Mungkin kalau masri tak boleh bersihkan al-kahfi services dari unsur2 ikhwani, masri akan keluar.

    Mungkin juga masri yg mengasaskan al-kahfi services. Masrilah yg ungkapkan atau nukilkan tulisan2 ikhwani seperti 'aaidh al-qarni, al-qaradhawi dan hasrizal. Kalau begitu, diharapkan masri tinggalkan fikrah ikhwani dan jadi seorang salafi seperti ustaz fathul bari dan lain2. Maka manhaj al-kahfi services bukan lagi ikhwani tetapi salafi. Masri nukilkan tulisan ustaz fathul bari dari blognya, ustaz rasul dahri dari buku2nya di facebook al-kahfi services dan tidak nukil dari tulisan2 para ikhwani lagi. Mereka ada tulisan yg menyucikan jiwa dan menenangkan hati. Al-kahfi services bekerjasama dgn sekretariat ilmuan malaysia dan mungkin bergabung kalau boleh bergabung kerana kedua2nya bermanhaj salafi bukan ikhwani. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Masri bukan seorang yg suka kontroversi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. Salam. Merujuk kepada post ini: http://lobaitampin.blogspot.com/p/novel-gadis-berniqab.html
    Masri membuat penghantaran ke pelajar2, staf akademik, staf pengurusan, pekerja2 seperti pekerja2 kafeteria di UIA. Mungkin masri ambil upah ketika membuat penghantaran. Ia tidak percuma. Mungkin masri ambil RM2 untuk menghantar di dalam kawasan UIA. Jadi harga RM22. Mungkin upah lebih mahal kerana RM2 murah sangat. Novel masri masih ada stok dgn naskah2 yg ada di apartment masri. Kalau saya tengok di dua MPH, novel masri habis dijual. Ia hanya boleh didapati online di laman web MPH. Mungkin novel masri boleh diperolehi di kinokuniya, times dan borders. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Salam. Masha Allah. Masri tengok cv assistant professor MEDIU ini: http://studentform.mediu.edu.my/index.php/admin/cv_details/07
    Beliau mengajar online dan tinggal di ad-daqahliah, mesir. CV ustaz fathul bari juga akan menjadi seperti beliau bila beliau dapat phd. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. Salam. Saya tidak tahu jika abu aqif memerlukan bantuan masri untuk merakam kuliah2 seperti ini: http://youtube.com/watch?v=whx8CCG5J2Q
    Kalau dia tak perlu bantuan masri, maka dia tolak tawaran masri untuk membantu. Kalau dia terima, maka masri bantu rakam. Mungkin dapat upah rakam. Mungkin buat pendapatan dgn rakam kuliah, khutbah jumaat dan lain2. Mungkin ustaz bagi upah atau UMNO atau kerajaan malaysia bagi upah. Kalau dapat upah, itulah yg baik kerana susah nak kerja seperti kerja pejabat kalau selalu rakam kuliah2. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  13. Salam. Merujuk kepada twitter dr asri: https://mobile.twitter.com/realDrMAZA/tweets
    Dia ada rehlah atau musafir dgn kereta dari kuala lumpur ke kelantan dan melalui pahang dan terengganu dalam pengembaraan. Mungkin masri berminat untuk musafir dgn ustaz fathul bari dan lain2 ulama' salafi bukan ikhwani dgn kereta ke negeri2 di malaysia seperti perlis, johor, terengganu, pulau pinang dan negeri2 di luar malaysia yg boleh sampai dgn kereta seperti selatan thailand dan singapura. Pergi untuk berda'wah kalau ada peluang, melancong dan berkawan. Masri bawa kereta dan mungkin ustaz duduk di sebelah atau masri duduk di belakang dgn ustaz dan ada kawan masri pandu kereta. Masri mungkin berbual, bertanya soalan2 yg masri kumpulkan dari talaqqi ilmu masri dan bacaan masri terhadap kitab2 ilmu. Mungkin masri catatkan jawapan ustaz di buku nota atau rakam audio jawapan. Insha Allah masri dapat banyak ilmu dalam rehlah. Tetapi jangan terlalu banyak soalan pada satu masa. Bahagikan soalan2. Contohnya pada satu masa sedikit soalan. Masa lain sedikit soalan.

    Dr asri juga mengikuti perkembangan semasa. Dr asri mungkin ingin memberi ulasan terhadap pilihanraya presiden amerika syarikat dari kacamata al-quran dan as-sunnah. Dia ingin menyatakan ayat2 al-quran dan hadith2 yg berkaitan dgn kepimpinan, memilih pemimpin, keadilan pemimpin dan lain2. Orang lain memberikan ulasan berdasarkan pembacaan sejarah amerika syarikat, ekonomi amerika syarikat, kajian politik amerika syarikat dan lain2. Dr asri dari kacamata quran dan sunnah. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. Salam. Kalau boleh rakam video jawapan ustaz semasa rehlah dan musafir di dalam kereta juga mungkin boleh kalau ustaz benarkan. Untuk rujukan masri dan kalau dibenarkan boleh upload di youtube untuk dikongsi. Kalau tidak dibenarkan, hanya audio dan masri buat rujukan jawapan2 ustaz terhadap soalan2 masri. Wallahua'lam.

    ReplyDelete