Thursday, December 20, 2012

Bila Mahu Sambung Novel


Orang asyik bertanya, bila aku mahu menulis Gadis Berniqab 2.

Aku memang mahu tulis, idea jalan cerita semua sudah ada. Tetapi ada beberapa benda buat kepala aku pusing.

- Kebanyakan pembaca aku perempuan, itu sudah cukup buat aku seriau. Setakat ini semua okey-okey sahaja.

TETAPI...

Bila sudah ada pembaca yang sms aku, mula-mula aku layanlah cakap terima kasih sebab beli, minta dia beri komen dan sebagainya. Tetapi bila dia asyik aku rimaslah pula.

Bagi aku tidak wajar seorang gadis bermesra-mesra dengan bukan mahram walau melalui sms. Tidak wajar menghubungi bukan mahram tanpa sebarang sebab keperluan.

Aku rasa macam objektif novel aku tidak sampai pula. Aku ingat mahu pembaca sedar bab pergaulan lelaki perempuan, tetapi lain pula jadinya. Silap-silap aku yang tersungkur dek Gadis Berniqab yang dok sms penulis novel ini.

Disebabkan kes ini, aku ada update status di bawah di FB aku:

Beberapa minggu lalu:

Dapat sms daripada pembeli novel, beliau cerita pengalamannya cari novel aku dari satu MPH ke satu MPH, semua habis stok, sampailah ke satu MPH, tinggal satu sahaja. Si pembaca ini menulis dengan penuh 'excited' menceritakan pengalaman beliau memakai purdah.
Apa perasaan saya selepas terima sms? Gembiranya sedikit, takut, risau, dan bingung 90 %.
Moga pembeli itu dapat mengambil pengajaran daripada novel itu.
Niqab bukan sekadar hijab di wajah, bahkan ia wajar menghijabi akhlak, sebagaimana Ummahatul Mukminin bukan sekadar meniqabi dirinya, bahkan menghijabi dirinya daripada bergaul mesra dengan lelaki bukan mahram.
Moga kita semua mendapat hidayah.

Inilah antara punca aku dok tangguh sambung novel kedua.

No comments:

Post a Comment