Saturday, February 2, 2013

Di Mana Muslimah?



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya ada seorang sahabat, dia memberi kuliah mingguan di satu tempat. 99 % yang menghadiri kuliah beliau adalah Muslimah. Muslimah ini hadir dengan pelbagai ragam, dengan pelbagai pakaian, tetapi sahabat saya kata: Ternampak keinginan mereka mahu memahami agama ini.

Selesai kuliah, sahabat saya akan dikerumuni Muslimah ini, bertanyakan pelbagai soalan.


Sms juga datang bertalu-talu, soalan-soalannya mudah-mudah belaka, kadang-kala sukar-sukar belaka, kadang-kadang kita terfikir beberapa kali membaca soalan-soalan Muslimah ini.

Semua ini membuatkan saya dan sahabat saya terfikir, ke mana perginya Muslimah yang bagus-bagus? Ke mana pergi Muslimah yang faham al-Quran dan as-Sunnah?

Sahabat saya berkata satu ketika, ketika saya menziarahi bilik beliau. Saya melihat sebuah buku tebal susunan Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin rahimahullah bertajuk Fiqh Wanita. Sahabat saya kata: Seandainya Muslimah tidak mahu menyampaikan tajuk ini, seandainya Muslimah tidak mahu memikul tanggungjawab kepada sesama Muslimah, biar aku khatam kitab ini, dan biar aku yang sampaikan kepada Muslimah-muslimah di luar sana yang dahagakan ilmu dan bimbingan.

Saya berkata kepada beliau: Aku takut, seandainya Muslimah-muslimah yang memahami al-Quran dan as-Sunnah ini tidak mahu ke depan, aku risau muslimah di luar sana akan memilih rujukan yang salah. Aku risau melihat sebahagian ustazah yang serba ringan fatwanya, memang mendapat sokongan padu Muslimah, tetapi inikah yang kita mahu bawa Muslimah kita?

Sahabat saya menjawab: Benar, aku juga risau fenomena ini. Aku takut Muslimah yang mencari agama tersalah pilih.

Kemudian kami berkata, Muslimin jua ada masalah: Muslimin malas hadir kuliah agama.

Muslimah rajin mencari agama, tetapi kurang ada Muslimah untuk menjadi panutan mereka. Muslimin kurang mencari agama, tetapi individu yang boleh mereka dampingi untuk mendalami agama sangat ramai.

Ujian apakah ini ya Allah?




________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment