Showing posts with label Al-Quran Dan Al-Hadis. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran Dan Al-Hadis. Show all posts

Monday, December 7, 2015

:: DUNIA INI HIJAU DAN MANIS ::


:: DUNIA INI HIJAU DAN MANIS ::

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

Wednesday, September 9, 2015

Catatan 1 Daurah Ulum al-Hadis

Catatan Daurah Ulum Hadis Sesi 1 bersama Ustaz Nasaie.

Apakah itu Ulum al-Hadis?

Ulum al-Hadis merupakan satu ilmu yang merangkumi segala jenis ilmu yang berkaitan dengan hadis.

Apakah itu Musthalah al-Hadis?

Friday, August 8, 2014

[Benarkah Perlu Merahsiakan Pertunangan?]


Terdapat sebuah riwayat berbunyi:

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة
Hebahkanlah pernikahan, dan sembunyikanlah pertunangan. 

Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Shaikh al-Albani al-Silsilah ad-Dhaifah menyatakan bahawa riwayat ini lemah.

Sebahagian ulama menggalakkan agar pertunangan dirahsiakan untuk mengelakkan mudharat jika ada orang yang cemburu.

Ini berdasarkan keumuman riwayat berikut:

Thursday, August 7, 2014

[Muslimah Berkain Labuh, Muslimin Berkain Singkat]


عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " .
Ibn 'Umar radiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan Melihat kepadanya pada hari kiamat.

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ " يُرْخِينَ شِبْرًا " . فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفَ أَقْدَامُهُنَّ . قَالَ " فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لاَ يَزِدْنَ عَلَيْهِ " . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Lalu Ummu Salamah radiallahu 'anhu berkata: Apa yang perlu dilakukan oleh kaum wanita dengan hujung kainnya. Baginda menjawab: Labuhkan sejengkal. Ummu Salamah berkata: Jika begitu, kedua kakinya akan terlihat. Baginda berkata: Lalu labuhkan sehasta, dan jangan ditambah melebihi itu.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Libas, hadis no: 1731, hasan sahih]

Dalam riwayat lain:

Tuesday, June 24, 2014

Halaqah Puasa


Mulakan halaqah fiqh puasa tadi dengan hadis qudsi 'Puasa itu milik Aku, dan Aku yang mengagihkan ganjarannya'. Ia satu hadis yang indah.


Pertama: Hakikatnya semua pahala ibadah itu milik Allah, tetapi kenapa puasa diberikan keistimewaan sedemikian rupa. Kenapa puasa dinisbahkan kepada Allah, bukankah ibadah lain itu dan pahalanya turut milik Allah.


Persoalan ini dikaitkan kenapa orang-orang soleh dalam al-Quran dengan ciri-ciri tertentu dipanggail 'Ibad al-Rahman (Hamba-Hamba Tuhan Yang Luas Rahmatnya). Adakah orang jahat, bukan Islam, bukan hamba Allah.

Tuesday, November 5, 2013

Niat Puasa Di Siang Hari


عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ : دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ « هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ». فَقُلْنَا:  لاَ. قَالَ « فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ ». ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ أُهْدِىَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ « أَرِينِيهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا ». فَأَكَلَ.
Ummul Mukminin 'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wasallam masuk menemui ku pada satu hari, lalu bertanya: Adakah kalian memiliki apa-apa (sebagai makanan). Kami pun menjawab : Tidak. Lalu baginda berkata: Jika begitu, aku berpuasa.

Kemudian pada hari yang lain, baginda datang menemui kami, lalu kami berkata: Ya Rasulullah, telah dihadiahkan kepada kita hais (kurma yang dicampur dengan keju dan tepung). Baginda pun menjawab: Tunjukkan makanan itu kepada aku. Sesungguhnya pagi ini aku berpuasa. Kemudian baginda pun makan makanan itu.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab (بَاب جَوَازِ صَوْمِ النَّافِلَةِ بِنِيَّةٍ مِنْ النَّهَارِ قَبْلَ الزَّوَالِ وَجَوَازِ فِطْرِ الصَّائِمِ نَفْلًا مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ) dibenarkan puasa sunat dengan niat di siang hari sebelum matahari tergelincir, dan dibenarkan berbuka puasa sunat tanpa uzur, hadis no: 2771]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menghuraikan:

Sunday, November 3, 2013

Benarkah Muharram Bulan Allah ?


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، - رضى الله عنه – قَالَ:  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏"‏ ‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab (باب فَضْلِ صَوْمِ الْمُحَرَّمِ) Fadhilat Puasa Muharram, hadis no : 2812]

Muharram VS Sya’ban ?

Timbul persoalan, bukankah selepas Ramadhan, bulan yang banyak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ialah bulan Sya’ban, dan bukannya bulan Ramadhan.
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menghuraikan:

Sunday, October 27, 2013

Rapat Tumit Ketika Sujud

<Ini bukan pentarjihan mana lebih kuat, hanya berkongsi pendapat fekah yang saya pegang>

Dalam bab sujud, saya berpegang kepada pendapat ulama yang menyatakan sunnah dirapatkan tumit.


Hadis 1:

Wednesday, October 9, 2013

Teknik Kongsi Hadis di Facebook

<Copy Paste Hadis Facebook>

Ini teknik saya, bukan teknik dalam kitab-kitab hadis, ini teknik yang saya guna.


Bila jumpa satu hadis di FB, contoh status ini:


Today do something AMAZING. This Hadith is so beautiful. Reported by Jabir (RA): The Prophet (peace be upon him) said, "For him who says: `Subhan-Allahi wa bi hamdihi (Allah is free from imperfection, and I begin with praising Him, and to Him),' a palm-tree will be planted in Jannah.'' [Tirmidhi] So SHARE this and let the HOTD family be part of planting millions of trees in Jannah Insha'Allah! (https://www.facebook.com/HadithoftheDay/posts/10151973520994879)


1) Cari teks arab yang paling unik dalam status ini: Sudah pasti سبحان الله وبِحَمدِه dan palm tree.

Thursday, September 26, 2013

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Kelebihan Sepuluh Hari Awal Bulan Zulhijjah

Pahala lebih besar daripada jihad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ " فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ "
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai berbanding pada hari-hari sepuluh (awal Zulhijjah). Para sahabat radiallahu ‘anhu bertanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, dan tiada satu pun yang pulang (iaitu dia mati syahid).
[Sahih al-Bukhari : 922, Sunan at-Tirmizi : 687. Ini merupakan teks dalam Sunan at-Tirmizi]

Dalam Sunan ad-Darimi disebutkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebih dicintai’ oleh Allah.

Friday, September 13, 2013

Apabila Nafsu Dipertuhankan

<Apabila Nafsu Dipertuhankan?>

Kata Allah:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Apakah pandangan engkau tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Apakah engkau dapat menjadi pemelihara atasnya? (43)

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا
Adakah engkau menyangka kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada haiwan ternakan itu) (44) [al-Furqan : 43-44]
Shaikh Abu Bakar al-Jazair menyebutkan:

Monday, August 12, 2013

Zikir Pagi Dan Petang

BACAAN DI WAKTU PAGI

DAN PETANG

Untuk audio bacaan dalam format MP3, klik di sini:

Zikir pagi dan petang (part 1)

Zikir pagi dan petang (part 2)
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

1. Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Wednesday, July 17, 2013

Seluruh Ramadhan Adalah Keampunan

<Seluruh Ramadhan Adalah Rahmat dan Keampunan Kecuali Bagi Insan Yang ..........>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : 
Abu Hurairah radiallahu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا
Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala),

غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 36]

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala),

غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 37]

Oleh kerana itu rugilah insan yang keluar daripada Ramadhan tanpa diampuni dosa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ،
Celakah insan yang aku disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas aku.

وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ ،
Celakah insan yang Ramadhan bertemu dengannya, kemudian Ramadhan pergi begitu sahaja sebelum insan itu diampuni dosanya.

وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
Celakalah insan yang ibu bapanya masih hidup dalam usia tua, tetapi hal itu tidak memasukkan insan tersebut ke dalam syurga.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat (Doa), hadis no:3496, hadis hasan gharib]

Kenapakah ada insan yang keluar daripada Ramadhan tanpa diampuni dosa?

Imam al-Mubarakfuri berkata:

أي بأن لم يتب أو لم يعظمه بالمبالغة في الطاعة حتى يغفر له
Kerana insan itu tidak bertaubat, dan tidak menghormati Ramadhan dengan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan sehingga dia boleh diampuni [Tuhfatul Ahwazi]

Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment ✔ Al-Kahfi

Saturday, July 13, 2013

Maksud Hadis 'Puasa Itu Milik Aku'

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]
Kenapakah Allah membezakan antara puasa dan ibadah yang lain? Kenapa pahala ibadah puasa suatu yang misteri, tidak disebutkan jumlahnya?

Puasa Itu Sabar


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

Sunday, July 7, 2013

Bukan Sekadar Lapar dan Dahaga

Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Boleh jadi ada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan kelaparan. Boleh jadi ada orang yang bangun melakukan qiamullail, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada qiamullailnya melainkan mengantuk. [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam (Puasa), hadis no: 1680. Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan sahih dalam Sahih Ibn Majah]

Thursday, June 6, 2013

Sya'ban Muncul Lagi



Rahsia Bulan Sya’ban:
a) Rahsia Galakan Berpuasa: Kelebihan Beribadah Ketika Manusia Lalai
أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنَ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا 
تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ” ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ 
شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ” .

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie]

Wednesday, April 3, 2013

Agar Hati Tidak Hitam


<Agar Hati Tidak Menjadi Hitam>



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda"

" إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ،
Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan satu dosa, akan ada pada hatinya satu titik hitam.

فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ،
Apabila dia membuangnya, memohon keampunan dan bertaubat, maka bersihlah hatinya

Friday, March 29, 2013

Manusia Yang Lupa Daratan


<Kezaliman Insan Yang Lupa Daratan>

}} وَإِذَا مَسَّ ٱلإِنسَانَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ {{
Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia [kembali] melalui [jalannya yang sesat], seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk [menghilangkan] bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus : 12)

Shaikh As-Sa'di berkata dalam Taisir al-Karim ar-Rahman Fi Tafsir Kalam al-Mannan: