Ini teknik saya, bukan teknik dalam kitab-kitab hadis, ini teknik yang saya guna.
Bila jumpa satu hadis di FB, contoh status ini:
Today do something AMAZING. This Hadith is so beautiful. Reported by Jabir (RA): The Prophet (peace be upon him) said, "For him who says: `Subhan-Allahi wa bi hamdihi (Allah is free from imperfection, and I begin with praising Him, and to Him),' a palm-tree will be planted in Jannah.'' [Tirmidhi] So SHARE this and let the HOTD family be part of planting millions of trees in Jannah Insha'Allah! (https://www.facebook.com/HadithoftheDay/posts/10151973520994879)
1) Cari teks arab yang paling unik dalam status ini: Sudah pasti سبحان الله وبِحَمدِه dan palm tree.
2) Saya akan gunakan web www.dorar.net, http://islamweb.net/hadith/hadithsearch.php dan maktabah Syamilah lalu search perkataan
سبحان الله وبِحَمدِه
dalam Sunan at-Tirmizi.
Eh, saya jumpa lafaz
سبحان الله وبِحَمدِه
tetapi tak ada pun hadis yang serupa kata ada pokok di bina di syurga.
3) Lalu saya pun google perkataan ini : سبحان الله وبِحَمدِه palm tree,
maka saya temui satu artikel Bahasa Inggeris, menunjukkan teks hadis yang ada perkataan palm tree, lafaznya ialah
: سبحان الله العظيم وبحمده.
4) Maka saya pun search kembali lafaz سبحان الله العظيم وبحمده
dalam dorar.net, islamweb.net atau maktabah syamilah.
Maka saya dapati, teks hadis yang ada dalam sunan at-Tirmizi sebenarnya ialah lafaz
سبحان الله العظيم وبحمده
dan bukannya,
سبحان الله وبِحَمدِه.
(boleh jadi ada lafaz teks lain dalam riwayat lain, cuma yang saya periksa dalam sunan at-Tirmizi sebab status di atas nisbahkan kepada sunan at-Tirmizi)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sunnah.com
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا الْمُؤَمِّلُ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ " . قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .
Jabir narrated that :
The Prophet said: “Whoever says: ‘Glory is to Allah, the Magnificent, and with His Praise (Subhan Allahil-Azim, Wa Bihamdih)’ a date-palm tree is planted for him in Paradise.” http://sunnah.com/tirmidhi/48/96
www.dorar.net
1 - مَن قال سُبحانَ اللهِ العظيمِ وبحَمدِه غُرِسَتْ له نخلةٌ في الجنةِ
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3464
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح غريب
Maktabah Syamilah:
3801 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا الْمُؤَمِّلُ عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ أَبِى الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِى الْجَنَّةِ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.
5) Eh, hadith of the day bohong? Dusta atas nama nabi, tempah tiket neraka !!!! Sabar. Bukankah kita diajar bersangka baik. Boleh jadi mereka tersilap taip, atau boleh jadi mereka copy paste dari kitab hadis sekunder lain contohnya Riadussolihin:
وعن جابر رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من قال: سبحان الله وبحمده، غرست له نخلة في الجنة". رواه الترمذي وقال حديث حسن.
Jabir (May Allah be pleased with him) reported:
The Prophet () said, "For him who says: 'Subhan-Allahi wa bi hamdihi (Allah is free from imperfection, and I begin with praising Him, and to Him),' a palm-tree will be planted in Jannah."
[At- Tirmidhi]. http://sunnah.com/riyadussaliheen/16/32
(yang ini ustaz-ustaz hadis kena jelaskan, adakah Imam an-Nawawi tersilap, atau ada manuskrip lain teks begini untuk Sunan at-Tirmizi dan lain-lain, saya tak pandai).
Kesimpulan:
Biasanya bila nak menulis hadis di FB, saya akan rujuk sama ada maktabah syamilah, islamweb.net atau dorar.net. Bila jumpa hadis di Fb atau blog, saya akan periksa dekat 3 benda di atas dulu, baru saya kongsi.
Inilah teknik saya. Tak tahu boleh pakai ke tidak, tetapi ini yang saya amal. Sesiapa nak jadi ulama' hadis, sila JANGAN guna teknik saya, silalah duduk di perpustakaan, dan buka kitab-kitab hadis sebenar, takhrijlah hadis sebagaimana sepatutnya
Okey, jika rasa bermanfaat, bolehlah guna teknik saya ini
Kalau ada silap salah, mohon kawan-kawan betulkan.
Wallahua'lam
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment