Friday, October 11, 2013

Dua Wajah Kehidupan


<Dua Wajah Kehidupan>

Kesunyian kadang kala membawa kita rapat dengan Tuhan,
kadang kala memudahkan kita menjadi rakan syaitan,
kadang kala menimbulkan kerinduan kepada hidup berteman,
kadang kala rasa bahagia tidak dikelilingi rakan-rakan.

Bersendirian itu kadang kala menyeksakan,
kadang kala ia memberikan kebahagiaan,
kadang kala menimbulkan rasa kerinduan,
kadang kala memberikan sedikit kerehatan.

Kerinduan itu sering menyeksakan,
tetapi sering jua menunjukkan kita insan berperasaan,
sering juga membuatkan terjatuh mengikut syaitan,
sering juga membuatkan kita kembali kepada Tuhan.

Kecewa itu sungguh menyakitkan,
sering jua ia menjadi ubat kepada kesalahan,
sering jua ia membangkitkan kesedihan, 
sering jua ia mengajar kita erti kesabaran.

Itulah namanya kehidupan,
ia bergantung kepada seorang insan,
mahu menjadikan kehidupan ini 'apa-apaan',
atau menjadikan ia jalan menuju Tuhan.


Terima kasih Tuhan.

- 6 Zulhijjah 1434 Hijrah, Seri Manjung Perak -
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

No comments:

Post a Comment