Showing posts with label Akidah Dan Manhaj. Show all posts
Showing posts with label Akidah Dan Manhaj. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

Nisfu Sya'ban

Assalamualikum WBT. Bulan sya’ban dah nak sampai pertengahannya.
Apa ada dengan pertengahan sya’ban? Apa ada dengan nisfu sya’ban?
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.

Thursday, December 3, 2015

JAMPI, BERUBAT DAN TAWAKKAL

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:
عَنْ زَيْنَبَ ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : إِنَّ الرُّقَى ، وَالتَّمَائِمَ ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ : قُلْتُ : لِمَ تَقُولُ هَذَا ؟ وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ وَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلاَنٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِينِي فَإِذَا رَقَانِي سَكَنَتْ ، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ : إِنَّمَا ذَاكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَاهَا كَفَّ عَنْهَا ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim, dan tiwalah adalah syirik. Zainab berkata: Kenapa engkau berkata begitu? Sesungguhnya mata aku sering berair, lalu aku pergi menemui seorang yahudi dan dia menjampi aku. Apabila dia menjampi aku, maka mata aku, mata aku akan kembali tenang. Lalu ‘Abdullah pun berkata: Sesungguhnya itu adalah kerja syaitan yang mana dia mengusik dengan tangannya, apabila bomoh itu menjampinya, maka syaitan itu berhenti. Sesungguhnya cukup untuk engkau membaca apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering baca: Hapuskanlah kesusahan wahai Tuhan kepada manusia, sembuhkanlah sesungguhnya engkau Maha Penyembuh. Tiada penyembuh melainkan sembuhan Mu yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit [Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Sunday, November 29, 2015

Halaqah Tauhid 1- Apakah Maksud Tauhid

Apakah tujuan penciptaan manusia?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Allah s.w.t berfirman: Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku [adz-Dzariyat : 56]

Syarah:
Daripada ayat ini dapat kita ketahui bahawa tujuan Allah menciptakan jin dan manusia ialah untuk menyembahnya.

Apakah maksud ibadah?
Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya al-‘Ubudiyyah membawakan satu definisi yang sangat indah. Beliau berkata:

العبادةهياسمجامعلكلمايحبهاللهويرضاهمنالأقوالوالأعمالالباطنةوالظاهرة .
Ibadah ialah merupakan sesuatu yang merangkumi kesemua yang dicintai dan ditedhai Allah daripada aspek perkataan dan amalan, yang batin mahupun zahir.[1]

Monday, March 16, 2015

Menjawab Fitnah

Sudah lama saya tak berhadapan dengan kelompok Ahbash atau kelompok yang telah dipengaruhi oleh pendakwah-pendakwah Ahbash.

Tetapi, isu ini timbul semula.

Pertama, saya akui sebahagian ayat saya tulis itu mungkin menimbulkkan kekeliruan pembaca hingga ada sangkaan saya menghalalkan liwat, bahkan hal ini tempiasnya kena kepada guru kami Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Begitu juga, dengan mesej pendek saya dalam ruangan chat kenapa saya enggan takwil ayat sifat sebagaimana Imam an-Nawawi dan Imam Ibn Hajar. Lalu saya jawab saya mahu ikut Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebab setahu saya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak takwil. Jawapan itu akhirnya dimanipulasi sama ada kerana silap faham atau sengaja diputar belit, kononnya saya kafirkan Al-Imam Ibn Hajar.

Wednesday, October 1, 2014

Al-Fiqh Al-Manhaji VS Sifat Solat Nabi



~Sifat Solat Nabi VS Al-Fiqh Al-Manhaji~

Sifat Solat Nabi (SSN) susunan Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah merupakan sebuah kitab monumental beliau. Ia 'meletupkan' nama beliau dalam dunia Islam. Sebuah kitab yang kecil, tetapi tersebar di merata dunia. Seorang insan yang kariernya membaiki jam, akhirnya Allah muliakan dengan khidmatnya dalam membela sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Buku SSN benar-benar mengubah corak berfikir saya tentang agama. Bahagian paling disukai ialah bahagian mukadimah kitab itu yang mana beliau membawakan kalam-kalam ulama empat mazhab berkaitan kewajipan berpegang kepada dalil. Slogan-slogan popular daripada kalam-kalam Imam 4 mazhab mula tersebar, slogan itu ialah "Apabila sahih sesuatu hadis, itulah mazhab ku", "Apabila bertentangan pendapat ku dengan sunnah, campaklah pendapat ku ke dinding..."

Friday, November 22, 2013

Pemuda Janggut Panjang, Seluar Singkat...


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

“Potonglah janggut itu biar pendek, nampak tua sangat…”[1]

“Memanglah sunnah, tetapi kalau orang susah nak dekat dengan kita buat apa ?...”

“Kau tak segankah pakai seluar singkat atas buku lali ini, ramai ulama kata harus kalau tidak riak..”[2]

Ini semua dialog-dialog yang sering aku dengari. Ibu bapa aku antara yang pernah menegur soal janggut ku. 

Sunday, November 10, 2013

Meminta Tolong Orang Mati



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya mendapat satu soalan yang nampak mudah, tetapi soalan itu buat saya terdiam. Tak tahu nak kata apa perasaan saya. Nak marah, bukan marah. Lebih kepada kecewa dan sedih…

Soalan itu: Apa beza minta tolong daripada orang yang telah mati dengan orang yang masih hidup….
Atau jika kita mahu mudah faham, kalau minta tolong orang hidup boleh dan tidak syirik, kenapa tidak boleh pula minta tolong orang yang telah mati ?

Meminta tolong kepada makhluk hidup yang secara fitrahnya kita tahu mampu membantu adalah salah satu fitrah manusia.

Bahkan Allah memberikan pula dalil wahyu... Lalu di mana dalil fitrah memohon pertolongan orang mati ? Lalu mana dalil wahyu memohon pertolongan orang mati...
Wallahu Musta'an....

الثاني: دعاء المسألة، فهذا ليس كله شركاً، بل فيه تفصيل، فإن كان المخلوق قادراً على ذلك، فليس بشرك، كقوله: اسقني ماء لمن يستطيع ذلك. قال : "من دعاكم فأجيبوه"(1)، وقال تعالى: وإذا حضر القسمة أولو القربى واليتامى والمساكين فارزقوهم منه [النساء: 8[.
فإذا مد الفقير يده، وقال: ارزقني، أي: اعطني، فليس بشرك، كما قال تعال: فارزقوهم منه، وأما أن دعا المخلوق بما لا يقدر عليه إلا الله، فإن دعوته شرك مخرج عن الملة.
مثال ذلك: أن تدعو إنساناً أن ينزل الغيث معتقداً أنه قادر على ذلك.

Puasa 9 Muharam Lambang Jatidiri Muslim


Setiap tahun umat Islam merayakan hari Asyura dengan berpuasa pada 10 Muharam dan 9 Muharam. Bahkan di sesetengah negara, segelintir umat Islam yang terpesong akidahnya menyambut hari tersebut dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya untuk melahirkan rasa cinta dan sedih atas kematian cucu Rasulullah.


Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh dan hukumnya, akan tetapi, jarang sekali kita membicarakan maksud tersirat yang melibatkan akidah Islam di dalam hal ini.

Saturday, November 9, 2013

Melampau Mencintai Nabi

Assalamualaikum w.b.t





Apalah sangat kata-kata sahabat memanggil nabi sallallahu 'alaihi wasallam dengan panggilan tuan berbanding gambar-gambar di atas. Jika perbuatan kecil sahabat ini pun ditegur, yang di atas ini ?

<Kita Semua Cinta Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam>

Monday, November 4, 2013

Buat Bid'ah Belum Tentu Berdosa

Orang awam yang baca doa awal dan akhir tahun sebab mereka percaya kepada  ustaz, dan ustaz pula kata benda itu sunat.. 

Mereka tidak berdosa Insya-Allah. Allah tak zalim macam manusia. Bukan salah mereka. Mereka dah patut perintah Allah : Tanyalah ahlul zikr (orang berilmu) jika kalian tidak tahu.......

Tak berdosa sebab mereka tidak tahu, tetapi untuk ustaz-ustaz, terutama yang sebar fadhilat sana sini walau sudah diingatkan ? Semoga Allah beri hidayah :)

Selamat membaca :)

http://lobaitampin.blogspot.com/2011/04/ketika-pelaku-bidah-mendapat-pahala.html

Sunday, November 3, 2013

Doa Awal dan Akhir Tahun: Benarkah Bid'ah ?


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Doa awal dan akhir tahun timbul lagi. Ya setiap tahun ia muncul. Bid'ahkah ia?

Sahabat-sahabat sekalian, sudah banyak tulisan berkaitan hal ini. Sudah jelas dan terang.

Kenapa ia dikatakan bid'ah? Kerana manusia mencipta satu masa yang khusus untuk doa-doa tertentu.

Doa boleh dilakukan pada setiap masa. Dan ada waktu yang mana doa sangat diberatkan dan dinyatakan sebagai waktu doa mustajab. Antaranya ialah doa ketika sujud, doa ketika sepertiga malam, doa ketika hujan turun, doa ketika musafir dan lain-lain. Kenapa kita menyatakan dan menyebarkan kepada masyarakat bahawa pada saat-saat itu sunnah berdoa, doa mustajab? Kerana ada dalilnya. ada petunjuk wahyu menyatakan sedemikian.

Tuesday, October 1, 2013

Berkat Oh Berkat

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini aku baca bab 8 daripada Kitab at-Tauhid, berkaitan mengambil berkat dengan pokok batu. Betapa seronoknya apabila dibaca dengan huraian oleh seorang ulama yang sangat aku sayangi, Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin rahimahullah.

Di bawah ini beberapa catatan di facebook aku yang sempat aku catatkan.

Status 1:

<Berkat?>

البركة: هي كثرة الخير وثبوته
Berkat = Kebaikan yang banyak dan berterusan
[al-Qaul al-Mufid]

Status 2:

Sunday, September 15, 2013

Apabila Habib Berhujah Mempertahankan Kenduri Arwah....

Inilah kelebihan membaca dahulu walau apa yang dihujahkan bertentangan dengan apa yang saya pegang. Saya mendapat satu link yang isinya membela kenduri arwah. Pendek kata ia jauh 180% daripada pendirian saya. Saya berpegang bahawa kenduri arwah bid'ah, sedangkan si penulis menyatakan ia sunat. Jadi saya membaca tulisan beliau, mana tahu ada ilmu baru yang boleh diperolehi. Seperti saya sebutkan sebelum ini, dengan terbuka dan mendengar atau membaca dahulu, kita akan menemui dua natijah iaitu sama ada a) Kita akan semakin teguh dengan pendirian saya atau b) Saya akan memilih pendirian yang bertentangan dengan pendirian sebelum ini.

Pendek kata selepas membaca hujah mereka, sama ada saya semakin teguh menyatakan ia BID'AH, atau saya akan berubah menyatakan ia sunat. Mana satukah yang saya pilih selepas membaca hujah mereka?

Sunday, September 1, 2013

Benarkah Cinta Kerana Allah?


هل من يحبّ الله سيدخل النار يوجد كثير من الكفار كاليهود والنصارى يحبون الله وكذلك المسلم الفاسق
 يحبّ الله ولا يقول أبدا إنه يبغض ربه ، هل من إيضاح للقضية ؟

Adakah wujud insan yang mencintai Allah, tetapi dia akan memasuki neraka? Terdapat ramai orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani yang mencintai Allah. Begitu juga dengan orang Islam yang fasiq. Dia mencintai Allah dan dia tidak akan sama sekali menyatakan bahawa dia membenci Tuhannya. Adakah wujud penjelasan untuk perkara ini?

Shaikh Saleh al-Munajid menjawab:

Wednesday, March 27, 2013

Madad?


Al-Madad Ya Rasulullah!


(Video ini bukan untuk disebarkan, jika mahu sebarkan, sertakan dengan tulisan di bawah)

Apa maksud Madad?

Thursday, February 21, 2013

Aku Mahu Lihat Dia...



<Aku mahu lihat Dia>

Aku menatap bulan, sungguh indah rupanya,
Aku melihat bunga, sungguh cantik persis namanya,
Aku melihat matahari, sungguh terang cahayanya,
Aku melihat malam, sungguh gelap melelapkan mata.

Thursday, February 14, 2013

Engkau Maha Agung



Sungguh agung diri Mu Allah, sungguh Penyayang diri Mu Allah. Aku boleh mengungkit amal soleh aku kepada Mu, Engkau tidak Murka, bahkan engkau akan mengabulkan permintaan aku.

Sungguh agung diri Mu Allah, Engkau Raja segala Raja, mahu meminta kepada Mu aku tidak perlukan perantara, bukan seperti raja di dunia. Mahu berjumpa penuh dengan segala perantara, kerenah birokrasi berjela-jela.

Sungguh agung diri Mu Allah. Engkau Malu ketika hamba Mu menadah tangan memohon kepada Mu, Engkau Malu untuk tidak mengabulkan permintaan mereka ketika mereka mengemis kepada Mu. Bukan umpama manusia, yang memandang hina kepada insan yang meminta.

Sungguh agung diri Mu Tuhan, aku berdosa, dan Engkau yang akan menyucikan diri ku, bukan ulama' mahupun ustaz.

Sungguh agung diri Mu Tuhan, ketika aku sedih Engkau sentiasa mendengar luahan hati ku, Engkau tidak Tidur mahupun Mengantuk, sedangkan sahabat-sahabat, aku takut mengadu jika ia mengganggu jiwa hati mereka itu.

Sungguh agung diri Mu Tuhan, ketika aku berdosa sebesar lautan, lalu aku memohon kemaafan Mu, Engkau tidak kedekut memberikan kemaafan seluas lautan, walau permohonan maaf ku hanyalah sebesar telapak tangan.

Sungguh agung diri Mu Tuhan, aku mampu meminta kepada Mu, secara terus tanpa risau Engkau Mendengar atau tidak, kerana Engkau pasti Mendengar apabila aku meminta, Engkau pasti menjawab segala apa yang dipinta.



Monday, February 11, 2013

Bab 2- Kitab at-Tauhid


باب فضل التوحيد وما يكفر من الذنوب وقول الله تعالى: (الَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يَلْبِسُواْ إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ) (13) الآية.
Bab 2- Kelebihan Tauhid Dan Dosa-Dosa Yang Diampuni Kerananya. Firman Allah Taala: Iaitu orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan keimanan mereka dengan kezaliman [Al-An’am : 86]
Huraian:
1) Apakah yang dimaksudkan dengan kezaliman dalam ayat di atas?
قوله: بظلمٍ، الظلم هنا ما يقابل الإيمان، وهو الشرك، ولما نزلت هذه الآية شق ذلك على الصحابة، وقالوا: أينا لم يظلم نفسه؟ فقال النبي: "ليس الأمر كما تظنون، إنما المراد به الشرك، ألم تسمعوا إلى قول الرجل الصالح – يعني لقمان - : إن الشرك لظلمٌ عظيم.
Kezaliman yang dimaksudkan di sini ialah lawan kepada iman iaitu syirik. Apabila ayat di atas diturunkan, sebahagian sahabat mula berasa ragu-ragu. Mereka bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Siapakah orang yang tidak pernah menzalimi dirinya sendiri? Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Hal ini bukanlah seperti yang kalian sangkakan. Yang dimaksudkan dengan (kezaliman) di sini ialah syirik. Adakah kalian tidak pernah mendengar orang soleh, iaitu Luqman, berkata: Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar. [Sahih al-Bukhari] (Al-Qaul Al-Mufid)

Huraian Ringkas Kitab at-Tauhid


(huraian ringkas ini saya petik daripada Fathul Majid dan al-Qaul al-Mufid)
Kitab at-Tauhid:

وقول الله تعالى: (وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ)

Allah s.w.t berfirman: Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku [adz-Dzariyat : 56]
Huraian:

1) Apakah maksud tauhid?

Jawapan:

Monday, February 4, 2013

Ya Allah, Kami Redha, Kami Sabar....



Assalamualaikum w.b.t

Sahabat,
Kita semua pernah melalui saat, apa yang kita harapkan, tidak ditemui. Ketika kita sudah berkeyakinan kita akan mencapai sesuatu, tiba-tiba ia pergi begitu sahaja.

Kadang-kala kita sudah berusaha, tanda-tanda positifnya ada terzahir (atau boleh jadi kita tidak nampak tanda-tanda negatifnya), tetapi apabila keputusannya keluar, ia sesuatu yang diluar jangkauan kita.

Kita terdiam, terpaku, terduduk, sedih, kecewa. Persoalan KENAPA KENAPA dan KENAPA akan terus hadir dan hadir.