هل
من يحبّ الله سيدخل النار يوجد كثير من الكفار كاليهود والنصارى يحبون الله وكذلك
المسلم الفاسق
يحبّ الله ولا يقول أبدا إنه يبغض ربه ، هل من إيضاح للقضية ؟
Adakah wujud
insan yang mencintai Allah, tetapi dia akan memasuki neraka? Terdapat ramai
orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani yang mencintai Allah. Begitu juga dengan
orang Islam yang fasiq. Dia mencintai Allah dan dia tidak akan sama sekali
menyatakan bahawa dia membenci Tuhannya. Adakah wujud penjelasan untuk perkara
ini?
Shaikh Saleh
al-Munajid menjawab:
الحمد لله.
قال ابن القيم رحمه الله موضّحا هذه
المسألة : ها هنا أربعة أنواع من الحب يجب التفريق بينها وإنما ضل من ضل بعدم
التمييز بينهما :
Alhamdulillah.
Al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah menerangkan hal ini dengan jelas.
Terdapat empat jenis cinta, wajib untuk membezakan antara jenis-jenis
cinta. Sesungguhnya telah sesat
orang-orang yang gagal membezakan antara jenis-jenis cinta ini.
أحدهما : محبة الله ولا تكفي وحدها في
النجاة من الله من عذابه والفوز بثوابه فإن المشركين وعباد الصليب واليهود وغيرهم
يحبون الله .
Pertama: Mencintai Allah. Akan tetapi cinta ini tidak
cukup untuk mendapat perlindungan Allah daripada azab Nya dan tidak cukup jua
untuk berjaya meraih pahala Nya. Sesungguhnya kaum musyrikin, penganut
Kristian, Yahudi dan selainnya turut mencintai Allah.
الثاني : محبة ما يحب الله وهذه هي
التي تدخله في الإسلام وتخرجه من الكفر وأحب الناس إلى الله أقومهم بهذه المحبة
وأشدهم فيها .
Kedua: Mencintai apa yang Allah cintai. Cinta inilah
yang memasukkan seseorang ke dalam Islam dan mengeluarkannya daripada
kekufuran. Manusia yang paling dicintai Allah ialah yang paling kuat cintanya
dalam hal ini.
الثالث : الحب لله وفيه وهي من لوازم
محبة ما يحب الله ولا يستقيم محبة ما يحب الله إلا بالحب فيه وله .
Ketiga: Cinta kerana Allah. Ia merupakan satu syarat
merealisasikan cinta kepada apa yang Allah cinta. Tidaklah murni cinta kepada
apa yang Allah cintai melainkan cinta itu dilakukan kerana Allah.
الرابع : المحبة مع الله وهى المحبة
الشركية وكل من أحب شيئا مع الله لا لله ولا من أجله ولا فيه فقد اتخذه ندا من دون
الله وهذه محبة المشركين .
Keempat: Mencintai sesuatu bersama-sama Allah. Ia
merupakan cinta yang syirik. Sesiapa yang mencintai sesuatu bersama-sama Allah,
bukan kerana Allah. Sesungguhnya dia telah menjadikan sekutu kepada Allah. Ini
merupakan cinta yang syirik.
وبقى قسم خامس ليس مما نحن فيه وهى
المحبة الطبيعية وهي ميل الإنسان إلى ما يلائم طبعه كمحبة العطشان للماء والجائع
للطعام ومحبة النوم والزوجة والولد فتلك لا تذم إلا إن ألهت عن ذكر الله وشغلته عن
محبته كما قال تعالى :
Terdapat cinta
jenis yang kelima yang tidak termasuk apa yang kita bincangkan.
Ia merupakan cinta tabi’i. Ia merupakan kecenderungan seorang insan kepada apa
yang dia suka secara fitrah. Ia seperti suka nya seorang yang dahaga kepada
air, orang yang lapar kepada makanan, suka kepada tidur, isteri, dan anak.
Cinta ini tidaklah salah melainkan jika ia memalingkan seseorang daripada
mengingati Allah dan menyibukkan seseorang daripada mencintai Allah. Firman
Allah ta’ala:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ
عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ
Wahai orang
beriman, janganlah harta-harta kalian, dan anak-anak kalian memalingkan kalian
daripada mengingati Allah (al-Munafiqun 69 : 3)
وقال تعالى : (رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ
تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ) الجواب الكافي 1/134 .
Allah berfirman:
Insan yang mana perniagaan dan jual belinya tidak memalingkan dia daripada
mengingati Allah (an-Nur 24:37)
[Al-Jawab
Al-Kafi 134/1]
وقال رحمه الله تعالى : والفرق بين الحب في الله والحب مع الله وهذا من أهم الفروق
وكل أحد محتاج بل مضطر إلى الفرق بين هذا وهذا ، فالحب في الله هو من كمال الإيمان
، والحب مع الله هو عين الشرك ، والفرق بينهما أن المحب في الحب تابع لمحبة الله
فإذا تمكنت محبته من قلب العبد أوجبت تلك المحبة ، أن
يحب ما يحبه الله
Al-Imam Ibn
al-Qayyim berkata lagi : Perbezaan antara cinta kerana Allah dan cinta sesuatu
bersama-sama cinta kepada Allah merupakan satu perbezaan yang cukup penting.
Setiap insan perlu tahu untuk membezakan antara jenis cinta ini. Mencintai
sesuatu kerana Allah merupakan sebahagian daripada kesempurnaan iman. Sedangkan
mencintai sesuatu bersama Allah merupakan satu bentuk syirik. Beza antara jenis
cinta ini ialah seseorang yang mencintai apa yang Allah cintai adalah hasil
daripada cintanya kepada Allah. Apabila cinta kepada Allah sudah semakin kukuh
dalam jiwa seseorang, maka perasaan cinta kepada apa yang Allah cintai akan
muncul.
فإذا
أحب ما أحبه ربه ووليه كان ذلك الحب له وفيه كما يحب رسله وأنبياءه وملائكته
وأولياءه لكونه تعالى يحبهم ويبغض من يبغضهم لكونه تعالى يبغضهم ،
Apabila
seseorang mencintai apa yang Tuhannya cintai dan mencintai sesiapa yang menjadi
wali kepadanya, maka itulah cinta kerana Allah. Ia seperti mana cinta kepada
rasul-rasul, nabi-nabi, malaikatnya dan wali-walinya. Dia mencintai semua itu
kerana Allah mencintai semua itu, dan dia membenci sesiapa yang Allah benci kerana
bencinya Allah kepada mereka itu.
وعلامة هذا الحب والبغض في الله أنه
لا ينقلب بغضه لبغيض الله حبا لإحسانه إليه وخدمته له وقضاء حوائجه ولا ينقلب حبه
لحبيب الله بغضا إذا وصل إليه من جهته من يكرهه ويؤلمه ، إما خطأ وإما عمدا مطيعا
لله فيه أو متأولا أو مجتهدا أو باغيا نازعا تائبا .
Petanda kepada
cinta dan benci kerana Allah ialah kebenciannya kepada apa yang Allah benci
tidak akan sama sekali bertukar menjadi cinta walaupun orang yang Allah benci
itu berbuat baik kepadanya, memberi khidmat kepadanya dan menunaikan hajatnya.
Begitu juga cintanya kepada apa yang Allah cinta tidak akan bertukar menjadi
kebencian hanya kerana orang tersebut melakukan perkara yang dia tidak suka
atau melukai hatinya, sama ada ia dilakukan kerana tersilap atau dengan
sengaja, sama ada kesilapan dan melukakan hati itu dilakukan kerana mentaati
Allah atau kerana ada alasan yang lain, atau kerana dia seorang pelaku maksiat
yang belum bertaubat,
والدين كله يدور على أربع قواعد حب
وبغض ويترتب عليهما فعل وترك فمن كان حبه وبغضه وفعله وتركه لله فقد استكمل
الإيمان بحيث إذا أحب أحب لله ، وإذا أبغض أبغض لله ، وإذا فعل فعل لله ، وإذا ترك
ترك لله ، وما نقص من أصناف هذه الأربعة نقص من إيمانه ودينه بحسبه .
Agama ini
berkisar kepada empat prinsip iaitu cinta dan benci, melakukan sesuatu dan meninggalkan
sesuatu. Sesiapa yang cinta, benci, melakukan sesuatu dan meninggalkan
sesuatu kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan imannya. Apabila dia
mencintai sesuatu, dia mencintainya kerana Allah, apabila dia benci kepada
sesuatu, dia membencinya kerana Allah, apabila dia melakukan sesuatu, dia
melakukannya kerana Allah dan apabila dia meninggalkan sesuatu, dia
meninggalkannya kerana Allah. Apabila seseorang mempunyai kekurangan pada empat
prinsip ini, maka kuranglah imannya dan agamanya disebabkan hal itu.
وهذا بخلاف الحب مع الله فهو نوعان :
نوع يقدح في أصل التوحيد وهو شرك ، ونوع يقدح في كمال الإخلاص ومحبة الله ولا يخرج
من الإسلام .
Ini
bertentangan dengan mencintai sesuatu bersama-sama cinta kepada Allah. Ia
terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama ialah jenis cinta yang
merosakkan tauhid iaitu syirik. Bahagian kedua ialah yang merosakkan
kesempurnaan ikhlas dan merosakkan perasaan cinta kepada Allah, akan tetapi dia
tidak terkeluar daripada Islam.
فالأول : كمحبة المشركين لأوثانهم وأندادهم قال تعالى : (وَمِنَ النَّاسِ مَنْ
يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ )
وهؤلاء المشركون يحبون أوثانهم وأصنامهم وآلهتهم مع الله كما يحبون الله فهذه محبة
تأله وموالاة يتبعها الخوف والرجاء والعبادة والدعاء وهذه المحبة هي محض الشرك
الذي لا يغفره الله ولا يتم الإيمان إلا بمعاداة هذه الأنداد وشدة بغضها وبغض
أهلها ومعاداتهم ومحاربتهم وبذلك أرسل الله جميع رسله وأنزل جميع كتبه وخلق النار
لأهل هذه المحبة الشركية وخلق الجنة لمن حارب أهلها وعاداهم فيه وفي مرضاته فكل من
عبد شيئا من لدن عرشه إلى قرار أرضه فقد اتخذ من دون الله إلها ووليا وأشرك به
كائنا ذلك المعبود ما كان ولا بد أن يتبرأ منه أحوج ما كان إليه .
Pertama:
Seperti cinta kaum Musyrikin kepada berhala dan sekutu-sekutu yang mereka beri
kepada Allah. Allah berfirman: Sebahagian manusia ada yang menjadikan selain
Allah sebagai sekutu kepada Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah (al-Baqarah 2:165). Orang-orang musyrikin mencintai
berhala-berhala mereka, dan sesembahan mereka bersama-sama dengan Allah, sebagaimana
mereka mencintai Allah. Cinta ini membawa kepada perasaan takut, harap,
penyembahan dan berdoa kepada yang dicintai. Cinta ini merupakan cinta yang
syirik secara jelas yang mana Allah tidak akan mengampuninya. Keimanannya tidak
akan sempurna melainkan dengan menjadikan sesembahan ini sebagai musuh, dan
sangat-sangat membencinya, serta membenci orang yang menyembahnya, menganggap
orang yang menyembah selain Allah sebagai musuh dan memerangi mereka.
Disebabkan itu Allah menghantar para rasul dan menurunkan kesemua kitab-kitab
Nya dan menciptakan neraka untuk pensyirik cinta ini, dan menciptakan pula
syurga buat mereka yang memerangi dan memusuhi pensyirik cinta kerana Nya dan
untuk meraih keredhaan Nya. Sesiapa yang menyembah sesuatu daripada arsy Nya, sehinggalah
apa yang ada di permukaan bumi, maka mereka telah menjadikan selain Allah
sebagai sesembahan, wali, dan telah syirik kepada Allah, dan apa yang mereka
sembah itu, pasti akan berlepas diri daripada mereka pada saat mereka
sangat-sangat memerlukannya (di akhirat kelak).
والنوع الثاني : محبة ما زينه الله للنفوس من النساء والبنين والذهب والفضة والخيل
المسومة والأنعام والحرث فيحبها محبة شهوة كمحبة الجائع للطعام والظمآن للماء فهذه
المحبة ثلاثة أنواع :
Kedua: Cinta
kepada sesuatu yang Allah telah jadikan menarik hati manusia seperti isteri,
anak-anak, emas, perak, kuda, haiwan ternakan dan tanah yang subur. Cinta
kepada semua ini adalah cinta syahwat sebagaimana cinta seorang yang lapar
kepada makanan, orang yang haus kepada air. Cinta ini terbahagi kepada tiga
jenis:
فإن أحبها لله توصلا بها إليه
واستعانة على مرضاته وطاعته أثيب عليها وكانت من قسم الحب لله توصلا بها إليه
ويلتذ بالتمتع بها وهذا حالة أكمل الخلق الذي حبب إليه من الدنيا النساء والطيب
وكانت محبته لهما عونا له على محبة الله وتبليغ رسالته والقيام بأمره .
Pertama:
Seandainya seseorang mencintai perkara itu kerana Allah, dan sebagai satu jalan
untuk dia mencintai Allah dan jalan untuk membantunya mendapat keredhaan Allah
dan mentaatiNya, maka dia akan memperolehi pahala. Ini merupakan bahagian
daripada cinta kerana Allah yang membantu seseorang mendekati Allah, dalam masa
yang sama dia dapat berseronok-seronok dengannya. Inilah keadaan Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana antara perkara yang baginda sukai ialah
wanita dan wangian. Cintanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada
wanita dan wangian ini membantunya untuk mencintai Allah, menyampaikan risalah
dakwah dan melakukan suruhan Allah.
وإن أحبها لموافقة طبعه وهواه وإرادته
ولم يؤثرها على ما يحبه الله ويرضاه بل نالها بحكم الميل الطبيعي كانت من قسم
المباحات ولم يعاقب على ذلك ولكن ينقص من كمال محبته لله والمحبة فيه .
Kedua:
Seandainya dia mencintai sesuatu kerana ia selari dengan fitrah dan kehendak
nafsunya, akan tetapi ia tidak memberi sebarang kesan pun atas cintanya kepada
Allah atau usahanya untuk menggapai keredhaan Allah. Bahkan dia merasainya
hanya kerana tabiat seorang manusia, maka itu adalah cinta yang harus. Dia tidak
berdosa di atas perkara tersebut. Akan tetapi ia akan mengurangkan kesempurnaan
cintanya kerana Allah.
وإن كانت هي مقصودة ومراده وسعيه في
تحصيلها والظفر بها وقدمها على ما يحبه الله ويرضاه منه كان ظالما لنفسه متبعا
لهواه .
Ketiga: Jika
cinta kepada selain Allah itu menjadi matlamat kehidupan, dan dia berusaha pula
mendapatkannya sehingga dia mengutamakan hal itu melebihi apa yang Allah cintai
dan Allah redhai. Maka orang tersebut telah menzalimi dirinya sendiri kerana
mengikuti hawa nafsunya.
فالأولى محبة السابقين ، والثانية محبة المقتصدين ، والثالثة محبة الظالمين
. الروح لابن القيم 1/254، وصلى الله على نبينا محمد ، والله تعالى اعلم .
Cinta yang
pertama itulah cinta golongan as-Sabiqun (iaitu orang-orang yang mendahului
dalam melakukan kebaikan), cinta yang kedua pula ialah golongan al-Muqtasidun
(golongan pertengahan) dan cinta yang ketiga ialah cinta az-Zolimun
(orang-orang yang zalim) [al-Ruh oleh Ibn al-Qayyim]
Sumber:
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment