Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Wednesday, October 1, 2014
Al-Fiqh Al-Manhaji VS Sifat Solat Nabi
~Sifat Solat Nabi VS Al-Fiqh Al-Manhaji~
Sifat Solat Nabi (SSN) susunan Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah merupakan sebuah kitab monumental beliau. Ia 'meletupkan' nama beliau dalam dunia Islam. Sebuah kitab yang kecil, tetapi tersebar di merata dunia. Seorang insan yang kariernya membaiki jam, akhirnya Allah muliakan dengan khidmatnya dalam membela sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Buku SSN benar-benar mengubah corak berfikir saya tentang agama. Bahagian paling disukai ialah bahagian mukadimah kitab itu yang mana beliau membawakan kalam-kalam ulama empat mazhab berkaitan kewajipan berpegang kepada dalil. Slogan-slogan popular daripada kalam-kalam Imam 4 mazhab mula tersebar, slogan itu ialah "Apabila sahih sesuatu hadis, itulah mazhab ku", "Apabila bertentangan pendapat ku dengan sunnah, campaklah pendapat ku ke dinding..."
Wednesday, August 6, 2014
#Pray4Gaza #Boikot
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Tiada hati manusia yang beriman akan redha melihat saudara
seIslam di Gaza diserang sebegitu rupa. Manusia yang beriman umpama bangunan,
umpama satu tubuh badan, satu sakit semua terasa. Jika kita tidak terasa, ada
masalah pada hati nurani kita sebagai seorang Muslim.
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " الْمُسْلِمُونَ كَرَجُلٍ وَاحِدٍ إِنِ اشْتَكَى
عَيْنُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ وَإِنِ اشْتَكَى رَأْسُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ
Nu’man bin Bashir
radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Umat
Islam Islam umpama satu batang tubuh manusia, apabila sakit matanya, maka
sakitlah seluruh tubuhnya, apabila sakit kepalanya, maka sakitlah seluruh
tubuhnya.
[Sahih Muslim,
Kitab al-Birr wa as-Silah wa al-Adab, hadis no: 2586]
Sunday, April 20, 2014
Antara Cinta Dan Kebenaran
![]() |
| gambar HP putih menjadi bukti saya memang memiliki kedua-dua buku ini :) |
[Sebarkan Cinta MU (SCM) VS Sebarkan Kebenaran Mu (SKM)]
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saya merupakan proofreader kepada buku SKM. Ketika mendapat tugasan ini, saya berkata kepada penulis SKM bahawa saya tidak akan melakukannya sehinggalah saya mengkhatamkan buku SCM. Ini kerana buku SKM merupakan sebuah buku yang menjawab kembali kekeliruan yang ditimbulkan dalam novel SCM.
INGAT!
Ini BUKAN nasihat kepada penulis SKM dan SCM. Penulis SKM bebas ditegur secara terbuka di FB, dan saya kenal beliau, dan beliau tidak kisah jika ada menegur tulisan beliau secara terbuka.
Bukan juga nasihat kepada penulis SCM kerana kerana penulis SKM sendiri telah menghantar tulisannya kepada penulis SCM sebelum dihantar kepada penerbit. Saya fikir buku SKM sudah cukup sebagai nasihat yang penuh hikmah dan bashirah kepada penulis SCM.
Lalu, komen saya untuk SIAPA?
Friday, October 11, 2013
Dua Wajah Kehidupan
<Dua Wajah Kehidupan>
Kesunyian kadang kala membawa kita rapat dengan Tuhan,
kadang kala memudahkan kita menjadi rakan syaitan,
kadang kala menimbulkan kerinduan kepada hidup berteman,
kadang kala rasa bahagia tidak dikelilingi rakan-rakan.
Bersendirian itu kadang kala menyeksakan,
kadang kala ia memberikan kebahagiaan,
kadang kala menimbulkan rasa kerinduan,
kadang kala memberikan sedikit kerehatan.
Kerinduan itu sering menyeksakan,
tetapi sering jua menunjukkan kita insan berperasaan,
sering juga membuatkan terjatuh mengikut syaitan,
sering juga membuatkan kita kembali kepada Tuhan.
Kecewa itu sungguh menyakitkan,
sering jua ia menjadi ubat kepada kesalahan,
sering jua ia membangkitkan kesedihan,
sering jua ia mengajar kita erti kesabaran.
Itulah namanya kehidupan,
ia bergantung kepada seorang insan,
mahu menjadikan kehidupan ini 'apa-apaan',
atau menjadikan ia jalan menuju Tuhan.
Terima kasih Tuhan.
- 6 Zulhijjah 1434 Hijrah, Seri Manjung Perak -
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
Tuesday, September 24, 2013
Nasihatku Buat Sahabat-Sahabat Penuntut Ilmu :)
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Walau sudah grad daripada UIA, Allah masih meletakkan rasa cinta dan rindu dalam hati aku kepada UIA.
Bersama-sama menghadiri majlis ilmu, bersama-sama menganjurkan majlis ilmu, bersama-sama membedah khazanah-khazanah ilmu yang tersimpan di dalam wahyu al-Quran dan as-Sunnah as-Sahihah.
Kecintaan ilmu yang dimotivasikan dengan pelbagai sebab. Allah jua mentakdirkan majlis-majlis ilmu semakin berkembang luas, semakin bertambah penganjurnya.
Kenapa? Kenapa perlu menyibukkan diri menghadiri majlis ilmu?
Tuesday, September 3, 2013
Minyak Naik? Jom Istighfar
Harga
minyak naik? Jom Istighfar
Firman Allah:
Firman Allah:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12 (
Maka
aku (Nabi Nuh) berkata kepada mereka: Istighfar (mohonlah ampun) kepada
Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (10) Dia akan menghantar hujan
kepadamu dengan lebat , dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Dia membuat
untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)
Dalam Fathul Bari disebutkan:
Dalam Fathul Bari disebutkan:
Tuesday, August 27, 2013
Permulaan Kehidupan Beragama
![]() |
| (seluar singkat) |
Hari ini aku mahu menulis tentang transformasi kehidupan beragama yang aku lalui. Boleh jadi juga ia dilalui oleh ramai kawan-kawan di luar sana. Aku melihat ia satu gerak kehidupan yang normal.
Aku bermula sebagai kanak-kanak biasa. Pakai seluar pendek, malas pergi masjid. Didikan agama yang aku terima ialah di rumah. Emak aku mengajar aku mengaji.
Ketika umur aku 11 tahun. Aku mula banyak ke masjid, kerana dipaksa emak aku. Pernah waktu Asar aku tengah tidur dan mengeliat kemalasan untuk ke masjid, emak aku memaksa juga aku bangun daripada tidur, dan solat di masjid. Keluarga aku keluarga biasa-biasa, bukan orang-orang kuat beragama, bukan juga keturunan ulama'.
Cinta Itu Buta (Benarkah?)
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Sudah lama tidak update blog. Dapat cuti raya 6 hari. Merayau-rayau menziarahi keluarga sebelah emak dan abah. Soalan common, "Sudah kahwin kah belum?".
Jumpa kawan-kawan. Hampir semua sudah kahwin, bahkan sudah beranak pinak. Saya dan Aiman saling pandang memandang "Boringnya, raya tahun ini. Kawan semua sudah kahwin.."
Ada juga yang dalam proses, bergelak ketawa, tetapi akhirnya di sebalik ketawa riang dia, ada tersembunyi perasaan kecewa, duka.
Tuesday, August 20, 2013
Teaching myself how not to lose hope: Amr Kassem 1987-2013

"Think not of those who are killed in the Way of Allah as dead. Nay, they are alive, with their Lord, and they have provision. They rejoice in what Allah has bestowed upon them of His Bounty and rejoice for the sake of those who have not yet joined them, but are left behind (not yet martyred) that on them no fear shall come, nor shall they grieve. They rejoice in a Grace and a Bounty from Allah, and that Allah will not waste the reward of the believers." (Ale Imran; 169-171)
My husband, Amr Mohamed Kassem who was 26 years old, returned to his Lord on Friday after Asr. He was shot through his chin and the bullet exited the back of his neck. He was at a protest in Alexandria, calling for justice for all those who had been killed mercilessly by the army in the previous days and weeks all over Egypt.
Sunday, August 18, 2013
The Road Less Travelled (2)
Ummu
Hajar
Semua
orang mahukan kehidupan yang bahagia. Sanggup melakukan apa sahaja untuk
mengecapi kebahagiaan. Apa sahaja unsur atau elemen yang ada potensi untuk
mengancam cita-citanya dalam mencapai kebahagiaan akan ditolak, dan kalau
boleh, diperangi habis-habisan. Antara elemen yang sering digambarkan menjadi
sumber ancaman kebahagiaan manusia adalah poligami! Maka, tidak hairanlah
kenapa begitu ramai yang menolaknya, memboikotnya malah memeranginya.
Labels:
Kehidupan,
The Road Less Travelled
Tuesday, August 13, 2013
The Road Less Travelled (1)
Oleh Umm Hajar
Demi menyahut seruan Ustaz Masri, saya rasa terpanggil untuk
berkongsi pengalaman hidup saya tentang bagaimana dan kenapa saya memilih untuk
menceburi dimensi hidup yang dinamakan poligami sebagai isteri kedua.
Setelah saya berjaya mendapatkan talak fasakh untuk bercerai
dengan suami pertama, sejujurnya saya tidak memikirkan sangat untuk menikah
lagi. Ketika itu, saya sangat bersemangat untuk fokuskan masa dan tenaga
membantu kaum isteri yang dianiaya oleh suami-suami dan tidak mendapat bantuan
yang sewajarnya daripada pihak berkuasa agama. Walaupun begitu, perancangan
Allah adalah yang terbaik.
Labels:
Kehidupan,
The Road Less Travelled
Sunday, April 28, 2013
Lebah atau Lalat
Assalamualaikum w.b.t
Semalam Ustaz Zulramli beri pengisian di Musolla Siti Maryam, beliau menyebut perihal lebah dan lalat. Lebah, pergilah ke pusat pembuangan sampah, dia akan cari yang wangi jua. Lalat, terbanglah ke kebun bunga, dia cari tahi ayam jua.
Maksudnya kita perlu jadi manusia yang sering lihat kebaikan, dan bukan mencari keburukan.
Selesai 3 minggu aku bersama Al-Ikhsan. Seronok, tertekan, gembira, sedih semua bercampur-campur.
Sunday, April 14, 2013
Dunia Baru

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan dunia perguruan ini, tahun lalu aku memohon untuk menjadi guru J-Qaf. Alhamdulillah, aku diterima. Tetapi, aku terpaksa akur, emak aku tidak membenarkan aku pergi. Kenapa? Kerana aku dihantar mengajar di Sabah. Selepas dinasihati akak aku, dan aku sendiri rasa tidak sedap hati apabila emak aku menangis mendapat berita itu, aku terus memutuskan untuk tidak pergi ke Sabah.
Assalamualaikum w.b.t
Sudah seminggu aku melangkah ke dunia baru. Kerjaya baru. Hampir dua tahun aku di dalam dunia perguruan walau sekadar menjadi guru KAFA yang dipandang sebelah mata. Walau gajinya kecil, orang sering bertanya kenapa dulu memilih menjadi guru KAFA, aku hanya mampu menjawab aku suka. Mula-mula sekadar mencuba, lalu akhirnya aku tahu, mengajar itu dunia aku.
Monday, April 8, 2013
Tuesday, March 26, 2013
Memburu Cinta
Semua orang bicara pasal cinta,
Nikah majlis kahwin merata-rata,
Lalu aku ditanya,
Bila pula masanya.
Sunday, March 24, 2013
Saturday, March 23, 2013
Kerana Cinta....
Wahai gadis-gadis semua, jangan dibuang ibu bapa kerana pemuda yang engkau cinta.
Wahai jejak-jejaka, jangan kau heret si gadis keluar daripada mentaati ibu bapanya.
Wahai gadis-gadis, bagaimana kau rela korbankan cinta yang terbukti setia daripada ibu bapa,
hanya untuk mencapai cinta yang belum terbukti setia atau dusta.
Wahai jejaka-jejaka, jika engkau benar cinta, kenapa kau heret si gadis ke lembah neraka?
Wahai ibu bapa, anak-anak mu mempunyai rasa cinta, mereka menahan ujian di dalam jiwa, hanya kerana mahu mentaati orang tua, kasihanilah mereka.
Sunday, March 3, 2013
Jangan Harap Sempurna
<Jangan Harap Sempurna>
Bukan aku harap sempurna,
Kerana manusia tetap manusia,
Adakalanya lupa dan alpa,
Kadang terlena terbuat durjana.
Mohon Allah lindungi kita
<Ia tidak sahih tetapi isinya benar>
Saya pernah terbaca sebuah riwayat doa yang tidak sahih yang berbunyi:
Ya Allah, lindungi aku daripada ujian kaum perempuan.
Ia tidak sahih, jangan dikata ia doa Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam.
Tetapi isinya benar (bukan semua benda yang benar boleh dinisbah kepada Nabi sallallahu 'alaihi wassalam).
Kadang-kala kita mahu buat benda baik, kita terlupa dan alpa, kita sedang buka pintu kepada fitnah besar yang menunggu.
Bila kita kerap berhubung, tembok-tembok malu semakin runtuh. Kita tiada lagi malu bergurau senda atau gelak ketawa walau sebelum ini kita malu-malu belaka.
Tetapi masih belum terlambat, tembok itu masih belum roboh, hentikan hentaman padanya, baiki apa yang telah sedikit rosak, kukuhkan ia, dan jangan benarkan ia dihentam lagi.
Thursday, February 28, 2013
Jangan Tertipu Dengan Aku
Jangan tertipu dengan janggutku,
mahupun tudung labuh yang menutupi dada ku,
kerana itu bukan pengukur kuatnya iman ku.
Subscribe to:
Posts (Atom)













