Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Walau sudah grad daripada UIA, Allah masih meletakkan rasa cinta dan rindu dalam hati aku kepada UIA.
Bersama-sama menghadiri majlis ilmu, bersama-sama menganjurkan majlis ilmu, bersama-sama membedah khazanah-khazanah ilmu yang tersimpan di dalam wahyu al-Quran dan as-Sunnah as-Sahihah.
Kecintaan ilmu yang dimotivasikan dengan pelbagai sebab. Allah jua mentakdirkan majlis-majlis ilmu semakin berkembang luas, semakin bertambah penganjurnya.
Kenapa? Kenapa perlu menyibukkan diri menghadiri majlis ilmu?
Firman Allah:
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(az-Zumar 39:9)
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ
وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (al-Mujadilah 58:11)
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.”
(Sunan Ibn Majah, shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Ibn Majah: 184)
عَنْ أَبِي مُوسَى ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ ، كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ ، وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا ، وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً ، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا
وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ
“Perumpamaan hidayah dan ilmu yang merupakan sebab Allah mengutusi aku adalah seperti hujan lebat jatuh ke bumi; bumi itu ada yang subur, menyerap air, lalu ia menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga bertakungnya air, maka Allah dengan hal itu, Allah mengurniakan manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakungkann air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama dan memanfaatkan apa yang Allah utuskan bersamaku, dipelajarinya dan diajarkannya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mau memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.”
(Sahih al-Bukhari: 78)
Hanya sahaja: Aku ingin menasihati diriku dan sahabat-sahabatku yang istiqamah menuntut ilmu:
Pertama:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لَا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ ، وَلَا لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ ، وَلَا تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ "
Jangan mempelajari ilmu untuk menyombongkan diri pada ulama, berbangga dengan orang yang jahil, serta memilih-milih majlis. Sesungguhnya barangsiapa yang melakukan hal tersebut, dia akan masuk ke dalam neraka, dia akan masuk ke dalam neraka.
(Sunan Ibn Majah:250, Shaikh al-Albani mensahihkannya)
Kedua:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ ، لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا ، لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ "
Sesiapa yang menuntut ilmu yang dengannya dia dapat memperolehi keredhaan Allah, dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapat ganjaran dunia. Nescaya dia tidak akan dapat menghidu bau syurga pada hari kiamat (Musnad Ahmad: 8255, Shaikh Ahmad Syakir menyatakan isnadnya sahih)
Mari renungi kata-kata hikmah di bawah:
ما شيء أفضل من طلب العلم لله ، وما شيء أبغض إلى الله من طلب العلم لغير الله .
Tiada sesuatu yang lebih afdhal daripada menuntut ilmu kerana Allah, dan tiada sesuatu yang lebih dimurkai di sisi Allah daripada menuntut ilmu kerana selain Allah
ما عقوبة العالم ؟ قال موت القلب ، قيل وما موت القلب ؟ قال طلب الدنيا بعمل الآخرة
Apakah hukuman buat seorang yang berilmu? (hukuman itu) ialah matinya hati. Dan apa pula maksud matinya hati? Iaitu menuntut dunia dengan amal akhirat.
(Hidangan Pemikiran, Huraian Kepada Syair Adab غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب oleh Muhammad Bin Ahmad Bin Salim as-Safaraini http://english.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?bk_no=44&ID=23&idfrom=27&idto=33&bookid=44&startno=2)
No comments:
Post a Comment