Pendek kata selepas membaca hujah mereka, sama ada saya semakin teguh menyatakan ia BID'AH, atau saya akan berubah menyatakan ia sunat. Mana satukah yang saya pilih selepas membaca hujah mereka?
Mudah saya ringkaskan di sini, selepas membaca hujah-hujah itu, dan merujuk sumber asal hujah-hujah 'penyokong' kenduri arwah, maka saya bertambah yakin kenduri arwah adalah bid'ah. Bahkan saya semakin meyakini 'penyokong kenduri arwah' adalah manusia pembohong yang suka-suka mencantas perkataan para ilmuan Islam, lalu memaksudkan apa yang tidak dimaksudkan.
Di sini saya akan kongsikan apa yang saya temui.
a) Penyokong kenduri arwah berhujah dengan apa yang tertulis di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi huraian kepada Sunan at-Tirmizi susunan al-Imam al-Mubarakfuri. Di sini saya quote apa yang ditulis oleh penyokong kenduri arwah:
قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير ، وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، قال في عون المعبود : داعي امرأة ، كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة . انتهى
Shaikh al-Mubarakfuri menyebutkan: Aku berkata: Terdapat di dalam kitab al-Misykat lafaz perkataan 'wakil isterinya/isteri si mati' yang mana perkataan 'perempuan' diidhofahkan/disandarkan kepada dhamir (huwa/dia yang membawa maksud isteri si mati). Ia adalah tidak sahih. Bahkan yang sahih adalah 'wakil seorang perempuan' tanpa disandarkan (maksudnya tak disebutkan itu isteri si mati). Dalilnya terdapat di dalam Sunan Abu Daud 'wakil perempuan' tanpa disandarkan (kepada si suami). Berkata penulis di dalam Aun al-Ma'bud: 'wakil seorang perempuan', sama sebagaimana yang disebutkan dalam nas yang ada. Di dalam al-Misykat: 'wakil perempuan si mati/isteri si mati).
، وروى هذا الحديث الإمام أحمد في مسنده ص 293 ج 5 ، وقد وقع فيه أيضا : داعي امرأة بغير الإضافة ، بل زاد فيه بعد داعي امرأة لفظ : من قريش ، فلما ثبت أن الصحيح في حديث عاصم بن كليب هذا لفظ : داعي امرأة بغير إضافة امرأة إلى الضمير ، ظهر أن حديث جرير المذكور ليس بمخالف لحديث عاصم بن كليب هذا فتفكر . هذا ما عندي ، والله تعالى أعلم .
Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini di dalam Musnadnya, muka surat 293 jilid 5. Di dalamnya juga terdapat: 'Wakil perempuan' tanpa disandarkan (kepada suami). Bahkan ditambah selepas lafaz 'wakil perempuan'dari Quraisy (bermaksud perempuan itu perempuan Quraisy. Oleh kerana itu terbukti yang sahih di dalam hadis 'Ashim Bin Kuliab ialah lafaz ini "Wakil perempuan' tanpa disandarkan kepada dhamir (yang mana ini menunjukkan tiada bukti wanita itu isteri si mati). Yang kelihatan ialah hadis Jarir yang disebutkan (hadis arahan untuk buat makanan untuk keluarga jenazah) tidaklah bertentangan dengan hadis 'Ashim bin Kulaib. dan inilah pendapatku.
http://islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1808&idto=1809&bk_no=56&ID=699
b) Penyokong kenduri arwah berhujah dengan apa yang tertulis di dalam kitab al-Mughni susunan al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi:
فأما صنع أهل الميت طعاما للناس ، فمكروه ; لأن فيه زيادة على مصيبتهم ، وشغلا لهم إلى شغلهم ، وتشبها بصنع أهل الجاهلية
Adapun, apabila keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai. Maka ia adalah makruh. Ini kerana hal tersebut penambahan ke atas musibah dan kesibukan mereka. Ia juga menyerupai (perbuatan) orang jahiliah.
وروي أن جريرا وفد على عمر ، فقال : هل يناح على ميتكم ؟ قال : لا . قال : فهل يجتمعون عند أهل الميت ، ويجعلون الطعام ؟ قال : نعم . قال : ذاك النوح . وإن دعت الحاجة إلى ذلك جاز ; فإنه ربما جاءهم من يحضر ميتهم من القرى والأماكن البعيدة ، ويبيت عندهم ، ولا يمكنهم إلا أن يضيفوه
Jarir bertanya kepada 'Umar: Apakah diratap jenazah kalian? Jawab beliau: Tidak. Apakah mereka berkumpul-kumpul bersama ahli keluarga jenazah, dan mereka (ahli keluarga jenazah) menghidangkan makanan. Jawabnya: Ya. Beliau berkata: Itulah ratapan. Jika ada keperluan yang menuntut kepada hal tersebut (menghidangkan makanan), maka ia dibenarkan. Boleh jadi di antara mereka yang hadir menziarahi jenazah ada yang datang dari kampung dan tempat yang jauh.Mereka (penziarah tadi) menginap bersama keluarga si mati, maka tidak mungkin kecuali (keluarga si mati) menyediakan makanan untuk mereka.http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1312&idto=1312&bk_no=15&ID=1267
Apa yang Imam Ibn Qudamah nukilkan dalam al-Mughni bukan hujah untuk kenduri arwah, bahkan sebaliknya ia adalah hujah menyatakan kenduri arwah ialah salah satu bentuk ratapan. Hukum ratapan haram, jadi kenduri arwah? [haram atau tidak?]
Sebaliknya tulisan Ibn Qudamah juga menolak kepercayaan karut bahawa keluarga si mati tak boleh makan di rumah si mati. Ini juga salah satu kepercayaan karut. Dah lah sedih, tak boleh makan pula.
--------
Ini juga menonjolkan kejahatan pembela kenduri arwah, saya dapat qaul dari al-Mughni ni daripada mereka sendiri, tetapi mereka cantas sikit, mereka hanya sebut perkataan Ibn Qudamah kata makruh (jadi kata mereka bukan haram), dan mereka bawakan kalam Ibn Qudamah kata boleh sedia makanan untuk tetamu yang ada (tapi mereka buang perbualan sebelumnya yang menyebutkan berkumpul-kumpul di rumah jenazah, dan ahli keluarga menghidangkan makanan adalah ratapan).
------
Dengan kesediaan mendengar hujah-hujah 'penyokong kenduri arwah', saya bertambah yakin ia bukan sunat, bahkan ia bid'ah.
Wallahua'lam.
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment