Semua orang bicara pasal cinta,
Nikah majlis kahwin merata-rata,
Lalu aku ditanya,
Bila pula masanya.
Andai engkau tahu apa dalam jiwa,
Apa yang aku terasa,
Aku yang aku cuba,
Pasti kalian tidak bertanya.
Aku tahu itu sunnah,
Bukan sengaja dilengah-lengah,
Kadang-kala rasa mengah,
Bila usaha terasa lelah.
Dia ada di sana,
Ku tak tahu isi hatinya,
Getaran jiwa sentiasa terasa,
Hanya di simpan dalam dada.
Bukan aku enggan,
Cuma boleh jadi hasrat perlu disimpan,
Sampai waktu ditentukan Tuhan,
Akan ku gapai insan harapan.
Kalau dia baca tulisan ini,
Ku harap dia akan memahami,
Aku tidak pernah berpatah hati,
Aku akan cuba sekali lagi!
Hanya Tuhan yang tahu,
Bila aku rasa tak tentu,
Menahan gelodak nafsu,
Mengawal rasa cinta dan rindu.
Syaitan ketuk hati,
Hantarlah sms hiburkan hati,
Tulislah emel kerap sekali,
Agar dia jatuh hati.
Bila terketuk aku berhenti,
Bila terlalai ku buat lagi,
Wahai Tuhan yang membolakkan hati,
Tolonglah aku mengawal hati.
Jangan Kau biar ku lalai dan lupa,
Memburu hati gadis yang ku cinta,
Hingga aku lupa pada diri Nya,
Yang lebih layak ku berikan CINTA.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (165)
Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai sekutu (kepada Allah); mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat besar siksaan-Nya [al-Baqarah 165]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
E: alkahfi@alkahfi.com.my | mohdmasri87@gmail.com
No comments:
Post a Comment