Wednesday, March 27, 2013

Madad?


Al-Madad Ya Rasulullah!


(Video ini bukan untuk disebarkan, jika mahu sebarkan, sertakan dengan tulisan di bawah)

Apa maksud Madad?



 • مَدَد (ج. أَمْدَاد)

[اسم] عون

[n] help, aid

• إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)

[اسم\مص.] معونة

[n/src] help, assistance

[اسم\مص.] تزويد

[n/src] equipping, providing

Fatwa berkaitan Madad:

Soalan:
نسمع أقواما ينادون: مدد يا رسول الله، أو مدد يا نبي، فما الحكم في ذلك؟
Kami mendengar sekelompok manusia menyeru: Madad Ya Rasulallah, Madad Ya Nabi. Apakah hukum perbuatan tersebut?

هذا الكلام من الشرك الأكبر، ومعناه طلب الغوث من النبي- صلى الله عليه وسلم-
Perkataan ini merupakan satu syirik yang besar. Ia bermaksud memohon pertolongan daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

وقد أجمع العلماء من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم- رضي الله عنهم- وأتباعهم من علماء السنة على أن الاستغاثة بالأموات من الأنبياء وغيرهم، أو الغائبين من الملائكة أو الجن وغيرهم، أو بالأصنام والأحجار والأشجار أو بالكواكب ونحوها من الشرك الأكبر
Ulama'-ulama; daripada kalangan sahabat radiallahu 'anhum ajma'in, dan jua anak-anak murid mereka daripada kalangan ulama' Sunnah telah Ijma' (sepakat) bahawa memohon pertolongan daripada si mati daripada kalangan nabi-nabi dan selain mereka, malaikat, jin dan selainnya, berhala, batu-batu, pokok-pokok mahupun bintang-bintang dan selainnya merupakan syirik besar.

Fatwa penuh di sini:
http://www.binbaz.org.sa/mat/229

<Ya Allah, selamatkan umat Islam daripada kesyirikan yang terhasil daripada kejahilan. Aku bukan membenci Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Aku membenci perbuatan meminta tolong kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam selepas baginda sallallahu 'alaihi wasallam wafat.

Ya Allah, bantulah kami untuk memahami hakikat doa masalah ya Allah. Sungguh aku sedar memohon kepada yang hidup tidak sama seperti memohon kepada yang telah meninggal dunia.

Satukan hati-hati kami di atas tauhid, cerai beraikan ikatan syirik dan bid'ah, ampuni kami dan mereka, pisahkan kami jika itu yang terbaik untuk Tauhid ya Allah>

Petikan daripada Al-Qaul Al-Mufid oleh Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

الثاني: دعاء المسألة، فهذا ليس كله شركاً، بل فيه تفصيل، فإن كان المخلوق قادراً على ذلك، فليس بشرك، كقوله: اسقني ماء لمن يستطيع ذلك. قال : "من دعاكم فأجيبوه"(1)، وقال تعالى: وإذا حضر القسمة أولو القربى واليتامى والمساكين فارزقوهم منه [النساء: 8].
فإذا مد الفقير يده، وقال: ارزقني، أي: اعطني، فليس بشرك، كما قال تعال: فارزقوهم منه، وأما أن دعا المخلوق بما لا يقدر عليه إلا الله، فإن دعوته شرك مخرج عن الملة.
مثال ذلك: أن تدعو إنساناً أن ينزل الغيث معتقداً أنه قادر على ذلك.
Kedua: Doa masalah. Untuk hal ini bukan kesemuanya menjadi syirik (apabila dipohon kepada selain Allah). Sebaliknya terdapat perincian padanya. Seandainya makhluk itu memang mampu ke atas apa yang dipohon, maka tidaklah ia menjadi syirik. Ia umpama perkataan: Berilah aku minum… kepada sesiapa yang mampu untuk memberi minuman itu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang meminta kepada kalian, tunaikanlah permintaannya [Musnad Ahmad, Abu Daud,, an-Nasaie, dan al-Hakim]. Allah Taala jua berfirman: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu

Apabila seorang yang miskin menadahkan tangannya (kepada manusia), lalu berkata: Berikanlah rezeki kepada aku, ini bukanlah syirik. Ini sebagaimana firman Allah di atas: Berikanlah rezeki kepada mereka. Adapun jika seseorang memohon kepada makhluk sesuatu yang tiada sesuatu berkuasa ke atasnya melainkan Allah, maka permohonan atau doanya itu merupakan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada agama.

والمراد بقول الرسول: "من مات وهو يدعو من دون لله نداً" المراد الند في العبادة، أما الند في المسألة، ففيه التفصيل السابق.
ومع الأسف، ففي بعض البلاد الإسلامية من يعتقد أن فلاناً المقبور الذي بقى جثة أو أكلته الأرض ينفع أو يضر، أو يأتي بالنسل لمن لا يولد لها، وهذا - والعياذ بالله - شرك أكبر مخرج من الملة، وإقرار هذا أشد من إقرار شرب الخمر والزنا واللواط، لأنه إقرار على كفر، وليس إقراراً على فسوق فقط.

Jadi, yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Barangsiapa yang mati dalam keadaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah yang dimaksudkan disini ialah penyekutuan dalam doa ibadah. Adapun penyekutuan dalam hal doa masalah, maka ia diperincikan sebagaimana telah disebutkan.

Sungguh menyedihkan, di sebahagian negara Islam, terdapat manusia yang berkeyakinan bahawa seseorang yang telah dikuburkan mampu memberi manfaat atau mudharat, mampu memberikan zuriat kepada mereka yang tiada zuriat. Ini semua – semoga dilindungi Allah- merupakan syirik yang besar yang mengeluarkan seseorang daripada agama. Berkeyakinan dengan kepercayaan ini lebih teruk daripada minum arak, zina mahupun liwat, ini kerana ia merupakan perkara membawa kepada kekufuran dan bukan setakat kepada kemaksiatan sahaja.

~~~

Mereka akan menjawab: Kami hanya bertawassul dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, bukan meminta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Contoh tawassul yang ulama' khilaf:

Aku memohon KEPADA ALLAH dengan kemuliaan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Beza kan tawassul dengan minta KEPADA RASULULLAH sallallahu 'alaihi wasallam yang telah wafat.

Jelas bezanya bagaikan mentari. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus.

~~~~

Mereka akan kata: Niat kami bukan mahu syirikkan Allah...

Jawapan: Boleh atau tidak saya berkata:

Wahai batu, bantulah aku (dalam hati niat wahai Tuhan kepada batu, bantulah aku).

~~~~~

Mereka akan kata: Engkau menyamakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan batu dan pokok!

Jawapan:
Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba Allah dan rasul Nya. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam telah meninggal dunia.

Berdoa meminta kepada orang yang telah meninggal dunia adalah syirik, sama seperti meminta kepada batu, pokok, berhala Hindu, berhala Buddha.

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidak sama seperti pokok kerana pokok bukan nabi, bahkan saya pun tidak sama dengan pokok kerana saya manusia, pokok adalah pokok.

Tetapi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, saya, dan pokok berkongsi sifat yang sama iaitu kami MAKHLUK ALLAH.

Meminta kepada orang yang telah meninggal dunia tidak kira siapa dia, sama seperti meminta kepada pokok, patung Buddha, batu, batu nesan, dan sebagainya. Syirik.

"Ya Allah, ampuni kami semua, satu-satukan hati kami di atas Tauhid, cerai beraikan ikatan syirik, jika perpecahan daripada mereka itu baik untuk Tauhid, pecah belahkan lah kami. Ampuni mereka Ya Allah, sesungguhnya mereka tidak tahu. Peliharalah kami Ya Allah, agar terus di jalan Tauhid"


________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

No comments:

Post a Comment