Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saya mendapat satu soalan yang nampak mudah, tetapi soalan
itu buat saya terdiam. Tak tahu nak kata apa perasaan saya. Nak marah, bukan
marah. Lebih kepada kecewa dan sedih…
Soalan itu: Apa beza minta tolong daripada orang yang telah
mati dengan orang yang masih hidup….
Atau jika kita mahu mudah faham, kalau minta tolong orang
hidup boleh dan tidak syirik, kenapa tidak boleh pula minta tolong orang yang
telah mati ?
Meminta tolong kepada makhluk hidup yang secara fitrahnya
kita tahu mampu membantu adalah salah satu fitrah manusia.
Bahkan Allah memberikan pula dalil wahyu... Lalu di mana
dalil fitrah memohon pertolongan orang mati ? Lalu mana dalil wahyu memohon
pertolongan orang mati...
Wallahu Musta'an....
الثاني: دعاء المسألة، فهذا ليس كله
شركاً، بل فيه تفصيل، فإن كان المخلوق قادراً على ذلك، فليس بشرك، كقوله: اسقني ماء
لمن يستطيع ذلك. قال : "من دعاكم فأجيبوه"(1)، وقال تعالى: وإذا حضر القسمة
أولو القربى واليتامى والمساكين فارزقوهم منه [النساء: 8[.
فإذا مد الفقير يده، وقال: ارزقني،
أي: اعطني، فليس بشرك، كما قال تعال: فارزقوهم منه، وأما أن دعا المخلوق بما لا يقدر
عليه إلا الله، فإن دعوته شرك مخرج عن الملة.
مثال ذلك: أن تدعو إنساناً أن ينزل
الغيث معتقداً أنه قادر على ذلك.
Kedua: Doa masalah. Untuk hal ini bukan kesemuanya menjadi
syirik (apabila dipohon kepada selain Allah). Sebaliknya terdapat perincian
padanya. Seandainya makhluk itu memang mampu ke atas apa yang dipohon, maka
tidaklah ia menjadi syirik. Ia umpama perkataan: Berilah aku minum… kepada
sesiapa yang mampu untuk memberi minuman itu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wassalam bersabda: Sesiapa yang meminta kepada kalian, tunaikanlah
permintaannya [Musnad Ahmad, Abu Daud,, an-Nasaie, dan al-Hakim]. Allah Taala
jua berfirman: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim
dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu
Apabila seorang yang miskin menadahkan tangannya (kepada
manusia), lalu berkata: Berikanlah rezeki kepada aku, ini bukanlah syirik. Ini
sebagaimana firman Allah di atas: Berikanlah rezeki kepada mereka. Adapun jika
seseorang memohon kepada makhluk sesuatu yang tiada sesuatu berkuasa ke atasnya
melainkan Allah, maka permohonan atau doanya itu merupakan syirik yang
mengeluarkan seseorang daripada agama.
[al-Qaul al-Mufid]
Mayat itu kalau disepak terajang pun tak mampu buat apa-apa,
tiba-tiba kita minta tolong dekat dia...
Sejauh mana fitrah kita telah rosak sebegini rupa... ?
Allah mencipta kita dengan akal yang sihat. Allah beri kita
kudrat dengan kehendak Nya.
Allah tetapkan satu sunnatullah, peraturan alam. Makan untuk
kenyang, minum untuk hilang dahaga.
Allah wujudkan fitrah dalam diri bayi yang menyusu kepada
ibunya. Allah jadikan si ibu mempunya kudrat untuk menyusukan anaknya...
Islam bukan agama yang datang lalu hapuskan fitrah....
Anak-anak kecil adalah orang yang memang dengan fitrah,
mereka nak makan mereka minta ibu suapkan, sebab itu fitrah, kalau tidak mereka
akan menangis. Allah dah letak fitrah dalam diri mereka supaya minta ibu atau
kakak atau abang untuk suapkan mereka makan.
Allah tak timbulkan fitrah dalam diri mereka untuk pergi
dekat pokok, kubur, pintu rumah untuk minta susu.
Manusia sudah binasakan fitrah ini.... Anak-anak ini rosak
fitrahnya apabila dibesarkan dan diajar dengan soalan-soalan yang bukan
fitrah...
Soalan: Apa beza minta tolong daripada orang hidup dengan
minta tolong daripada orang mati....?
Ya soalan yang nampak logik, tetapi adakah itu soalan fitrah
?
Ya, soalan itu nampak logik tetapi adakah soalan itu hasil
daripada fitrah atau hasil daripada fitrah yang telah dirosakkan ?
Ya, soalan itu nampak logik tetapi adakah itu soalan yang
hasil daripada fitrah manusia atau soalan yang dipaksa-paksakan kepada akal
manusia untuk bertanya selepas fitrah dirosakkan ?
Ya Allah, ampuni kami, bantu kami, beri hidayah kepada
kami......
Dakwah kita debat, cakap, bahas, akhirnya benci...
Kita tiada doa. Pernah tak kita minta kepada Allah agar beri
hidayah kepada orang yang berdebat dengan kita, berbahas dengan kita, orang
yang kita nampak dah hampir ke tahap kritikal akidahnya...
Kita kurang doa, tak macam nabi sallallahu 'alaihi wasallam.....
Mulakan balik daripada asas dakwah kita, kembali kepada asas
dakwah...
Tauhid, solat, tauhid, solat...............
___________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment