Apalah sangat kata-kata sahabat memanggil nabi sallallahu 'alaihi wasallam dengan panggilan tuan berbanding gambar-gambar di atas. Jika perbuatan kecil sahabat ini pun ditegur, yang di atas ini ?
<Kita Semua Cinta Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam>
عَنْ مُطَرِّفٍ، قَالَ : قَالَ أَبِي
: انْطَلَقْتُ فِي وَفْدِ بَنِي عَامِرٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
فَقُلْنَا : أَنْتَ سَيِّدُنَا .
Abdullah bin
asy-Syikhkhir Radiallahu ‘anhu berkata, “Ketika aku pergi bersama delegasi Bani
‘Amir untuk menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, kami berkata
kepada baginda : Engkau adalah tuan kami.
فَقَالَ " السَّيِّدُ اللَّهُ
تَبَارَكَ وَتَعَالَى " .
Baginda menjawab:
Tuan kita adalah Allah Tabaraka wa Taa'la.
قُلْنَا : وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلاً
.
Kami berkata lagi:
Engkau adalah yang paling utama dan paling mulia.
فَقَالَ " قُولُوا بِقَوْلِكُمْ
أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَجْرِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ
Baginda menjawab :
Berkatalah dengan perkataan yang biasa kalian sebutkan atau seperti sebahagian
ucapan kalian. Jangan sampai syaitan mengheret kalian.
[Sunan Abi Daud,
Kitab al-Adab, Bab (باب فِي كَرَاهِيَةِ التَّمَادُحِ)
Tidak Disukai Memuji Manusia, hadis no : 4806, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
Berkata Shaikh Muhsin al-'Abbad hafizahullah dalam Syarh
Sunan Abi Daud:
السؤدد على الحقيقة إنما هو لله عز وجل؛ لأنه المتصف
بذلك على الإطلاق، فهو الذي الخلق خلقه، والملك ملكه، وهو المتفضل بكل النعم، وهو الذي
يتصرف في الخلق كيف يشاء، وهو صاحب السؤدد على الحقيقة، وغيره ممن حصل سؤدداً إنما
هو سؤدد ناقص وغير كامل؛
Ketuanan yang hakiki sesungguhnya hanyalah milik Allah. Ini
kerana dia merupakan tuan secara mutlak. Dia yang mencipta makhluknya,
menguasai pemerintahannya. Dialah yang memberi segala nikmat, Dialah yang
menjadikan makhluknya sekehendakNya. Dialah pemilik ketuanan yang mutlak.
Selain daripadanya yang mendapat status tuan, sesungguhnya ketuanan itu adalah
tidak sempurna.
ولهذا فإن الرسول صلى الله عليه وسلم أخبر عن نفسه بأنه
سيد ولد آدم عليه الصلاة والسلام، وهو سيدهم في الدنيا والآخرة صلوات الله وسلامه وبركاته
عليه،
Disebabkan itu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam memberitahu bahawa dia adalah Tuan kepada anak Adam, -selawat dan
salam ke atas baginda-, dia adalah tuan mereka di dunia dan akhirat -selawat
dan salam serta keberkatan ke atasnya-.
ولكن السؤدد الذي يليق بالإنسان للرسول صلى الله عليه
وسلم منه الحظ الأكبر والنصيب الأوفر، وأما السؤدد الكامل على الحقيقة فهو لله عز وجل؛
Akan tetapi ketuanan yang bersesuaian dengan sifat
kemanusiaan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, padanya terdapat .....
Adapun ketuanan yang sempurna pada hakikatnya adalah milik Allah.
ولهذا قال: (السيد الله) أي: الله هو المتصف بهذا على
الحقيقة، وهذا لا يعني ألا يقال لغيره عز وجل: سيد؛ لأن النبي نفسه قال: (أنا سيد ولد
آدم)، فأخبر عن نفسه بأنه سيد، وقال عن سعد بن معاذ سيد الأوس: (قوموا إلى سيدكم)،
Oleh kerana itu baginda berkata : Tuan itu adalah Allah.
Bermaksud Allah lah yang berhak dengan sifat ini hakikatnya. Ini tidaklah
bermaksud tidak boleh dipanggil selain Allah dengan panggilan tuan. Ini kerana
nabi sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyebut: Aku adalah tuan anak Adam.
Baginda menyatakan dirinya adalah tuan/sayyid. Baginda pernah menyebutkan
tentang Muaz yang merupakan penguasa bangsa Aus: Bangunlah untuk tuan/sayyid
kamu (merujuk kepada Muaz).
وجاءت نصوص تدل على إطلاق ذلك على المخلوق، ولكن الرسول
صلى الله عليه وسلم لحمايته جناب التوحيد، ولحرصه على ألا يحصل غلو يؤدي إلى محذور
أرشد عليه الصلاة والسلام وبين أن السيد هو الله، وأن السؤدد الحقيقي إنما هو لله سبحانه
وتعالى.
Dalil-dalil yang ada menunjukkan sayyid/tuan itu boleh
digunakan kepada makhluk. Akan tetapi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam
kerana begitu seriusnya dalam memelihara tauhid, dan bersungguh-sungguhnya agar
manusia tidak terjerumus kepada lembah ghuluw/melampau. Jadi ia menyebabkan
baginda memberikan amaran tentangnya.
[Maktabah Syamilah]
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment