<Aku
mahu lihat Dia>
Aku menatap bulan, sungguh indah rupanya,
Aku melihat bunga, sungguh cantik persis namanya,
Aku melihat matahari, sungguh terang cahayanya,
Aku melihat malam, sungguh gelap melelapkan mata.
Aku menatap bulan, sungguh indah rupanya,
Aku melihat bunga, sungguh cantik persis namanya,
Aku melihat matahari, sungguh terang cahayanya,
Aku melihat malam, sungguh gelap melelapkan mata.
Aku mencari Tuhan, tidak nampak di mana Dia,
Aku menunggu saat untuk menatap wajah Maha Pencinta,
Aku tahu dia Tinggi di sana,
Belum masanya aku melihat Dia,
Kerana insan terbaik jua dihijab dek cahaya,
Apatah lagi aku yang hina.
Tetapi Dia berjanji,
Aku boleh melihat Dia,
Bila aku sudah di syurga,
Bila aku melihat Dia,
Akan lupa segala benda,
Seolah-olah yang ada hanya Dia sahaja.
Sahabat-sahabat, ayuh kita baca doa di bawah:
عَنْ قَيْسِ بْنِ عَبَّادٍ ، قَالَ
: صَلَّى عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ بِالْقَوْمِ صَلاةً أَخَفَّهَا ، فَكَأَنَّهُمْ أَنْكَرُوهَا
،
Qais bin
'Ibad berkata: 'Ammar bin Yasir radiallahu 'anhu solat bersama kaum Muslimin,
dan beliau meringankan solat itu. Kelihatan seolah-olah para jemaah tidak
bersetuju dengan tindakan beliau.
قَالَ : أَلَمْ أُتِمَّ الرُّكُوعَ
وَالسُّجُودَ ؟ قَالُوا : بَلَى ،
'Ammar
bertanya kepada mereka: Bukankah aku telah menyempurnakan ruku' dan sujud?
Mereka jawab: Ya, benar.
قَالَ : أَمَّا إِنِّي دَعَوْتُ فِيهَا
بِدُعَاءٍ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهِ :
'Ammar
berkata: Sesungguhnya aku berdoa padanya satu doa yang Rasulullah sallallahu
'alaihi wassalam sering membacanya iaitu:
" اللَّهُمَّ
بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ ،
Ya Allah,
dengan Ilmu Mu berkaitan hal yang ghaib dan keKuasaan Mu ke atas ciptaan Mu.
أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ
خَيْرًا لِي ،
Hidupkanlah
aku seandainya Engkau Tahu kehidupan itu baik buat ku.
وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ
خَيْرًا لِي ،
Matikanlah
aku seandainya Engkau Tahu kematian itu baik buat ku.
وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتِكَ فِي الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ ،
Aku memohon
kepada mu perasaan takut kepada Mu tidak kira dalam keadaan tersembunyi ataupun
terbuka,
وَكَلِمَةَ الإِخْلاصِ فِي الرِّضَا
وَالْغَضَبِ ،
dan (agar
aku berkata-kata dengan) kalimah yang benar di saat aku redha mahu pun marah.
وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لا يَنْفَدُ
،
Aku memohon
kepada Mu nikmat yang tidak habis,
وَقُرَّةَ عَيْنٍ لا تَنْقَطِعُ ،
dan penyejuk
mata yang tidak terputus-putus.
وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بِالْقَضَاءِ
،
Aku memohon
kepada Mu agar aku redha dengan takdir Mu.
وَبَرَدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ
،
dan
kehidupan yang bahagia selepas kematian,
وَلَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى
وَجْهِكَ ،
dan
kelazatan melihat wajah Mu,
وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ
،
dan perasaan
rindu untuk bertemu dengan Mu.
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ ضَرَّاءٍ مُضِرَّةٍ
،
Aku
berlindung dengan Mu daripada kesengsaraan yang memusnahkan,
وَفِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ ،
daripada
fitnah yang menyesatkan.
اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الإِيمَانِ " .
Ya Allah, hiasilah
kami dengan perhiasan keimanan.
وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ
Jadikan kami
penunjuk jalan ke arah kebenaran yang mendapat petunjuk.
[Sunan
an-Nasaie, Kitab al-Masajid, no: 1211]
عَنْ صُهَيْبٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :
Suhaib
radiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
" إِذَا
دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ،
Apabila
penghuni syurga telah memasuki syurga,
قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى : تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ ؟
Allah
Tabaraka wa Ta'ala bertanya kepada mereka: Adakah kalian mahu Aku Tambahkan
apa-apa lagi?
فَيَقُولُونَ : أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا
، أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ ، وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ ؟
Penghuni
syurga menjawab: Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah
Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga? Bukankah Engkau telah selamatkan
kami daripada neraka?
قَالَ : فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ ، فَمَا
أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ " ،
Maka Allah
pun menyingkapkan hijab. Tiada kurniaan yang lebih mereka cintai daripada
melihat Allah Azza wa Jalla.
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي
شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ بِهَذَا
الإِسْنَادِ ، وَزَادَ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الآيَةَ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى
وَزِيَادَةٌ سورة يونس آية 26 .
Kemudian
Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam membacakan ayat ini: Bagi orang-orang
yang melakukan kebaikan, ada ganjaran yang baik (iaitu syurga) dan tambahannya
(iaitu melihat Allah) ' [Yunus: 26]
صحيح مسلم» كِتَاب الإِيمَانِ»بَاب
إِثْبَاتِ رُؤْيَةِ الْمُؤْمِنِينَ فِي الآخِرَةِ
[Sahih
Muslim, Kitab Iman, Bab Orang Beriman Akan Melihat (Allah) di Akhirat, no: 271]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
T : 013-2506391
No comments:
Post a Comment