عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا
Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala),
غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 36]
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala),
غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 37]
Oleh kerana itu rugilah insan yang keluar daripada Ramadhan tanpa diampuni dosa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ،
Celakah insan yang aku disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas aku.
وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ ،
Celakah insan yang Ramadhan bertemu dengannya, kemudian Ramadhan pergi begitu sahaja sebelum insan itu diampuni dosanya.
وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
Celakalah insan yang ibu bapanya masih hidup dalam usia tua, tetapi hal itu tidak memasukkan insan tersebut ke dalam syurga.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat (Doa), hadis no:3496, hadis hasan gharib]
Kenapakah ada insan yang keluar daripada Ramadhan tanpa diampuni dosa?
Imam al-Mubarakfuri berkata:
أي بأن لم يتب أو لم يعظمه بالمبالغة في الطاعة حتى يغفر له
Kerana insan itu tidak bertaubat, dan tidak menghormati Ramadhan dengan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan sehingga dia boleh diampuni [Tuhfatul Ahwazi]
Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment ✔ Al-Kahfi
No comments:
Post a Comment