<Ini bukan pentarjihan mana lebih kuat, hanya berkongsi pendapat fekah yang saya pegang>
Dalam bab sujud, saya berpegang kepada pendapat ulama yang menyatakan sunnah dirapatkan tumit.
Hadis 1:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ فَقَدْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ
يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ
وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ " اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ
سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً
عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ " .
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Pada satu malam, aku
mendapati Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tiada di tempat tidur. Aku
mencarinya, lalu tangan ku tersentuh dua kakinya, ketika itu baginda
sallallahu 'alaihi wasallam sedang sujud, kedua-dua kakinya ditegakkan....
[Sahih Muslim,Kitab as-Solat, Bab Apa yang dibaca ketika
ruku' dan sujud (باب مَا يُقَالُ فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ),
hadis no : 486]
Hadis 2:
قَالَتْ عَائِشَةُ زَوْجِ النَّبِيِّ
: فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ مَعِي عَلَى
فِرَاشِي ، فَوَجَدْتُهُ سَاجِدًا رَاصًّا عَقِبَيْهِ ، مُسْتَقْبِلا بِأَطْرَافِ أَصَابِعِهِ الْقِبْلَةَ ، فَسَمِعْتُهُ
، يَقُولُ : " أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ
، وَبِكَ مِنْكَ ، أُثْنِيَ عَلَيْكَ لا أَبْلُغُ كُلَّ مَا فِيكَ " .
Aisyah radiallahu 'anha berkata: Aku kehilangan Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam sedangkan baginda bersama aku di atas katil. Lalu
aku mendapati baginda sedang sujud dengan keadaan tumitnya dirapatkan, dan jari
jemarinya menghadap qiblat.....
[Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab as-Solat, Bab Merapatkan
Tumit Ketika Solat (ابُ ضَمِّ الْعَقِبَيْنِ فِي السُّجُودِ),
hadis no: 637]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadis no : 2 dipertikaikan kesahihannya. Lafaz (رَاصًّا عَقِبَيْهِ) yang bermaksud
'kedua tumitnya dirapatkan' dipertikaikan sebagai lafaz yang 'syaz' kerana
dalam riwayat Sahih Muslim tiada lafaz ini.
Ini antara hujah yang menolak merapatkan tumit kerana bagi
mereka hadisnya tidak sahih.
Saya berpegang kepada pendapat rapat tumit adalah sunnah walau
jika hadis ke 2 tidak sahih. Kenapa ? Kerana saya lebih yakin dengan huraian
Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin dalam hal ini. Kata beliau:
" الذي
يظهر مِن السُّنَّة أن القدمين تكونان مرصوصتين ، يعني : يرصُّ القدمين بعضهما ببعض
، كما في "الصحيح" من حديث عائشة حين فَقَدَتِ النَّبيَّ صلّى الله عليه
وسلّم ، فوقعت يدُها على بطن قدميه وهما منصوبتان ، وهو ساجد
.
واليد الواحدة لا تقع على
القدمين إلا في حال التَّراصِّ .
وقد جاء ذلك أيضاً في "صحيح ابن
خزيمة" في حديث عائشة المتقدِّم : ( أنَّ الرسولَ صلّى الله عليه وسلّم كان رَاصًّا
عقبيه ) .
وعلى هذا فالسُّنَّةُ في القدمين هو
التَّراصُّ ، بخلاف الرُّكبتين واليدين " انتهى.
"الشرح
الممتع" (3/169) .
Yang ditunjukkan oleh sunnah ialah kedua kaki hendaklah
dirapatkan, yaitu dengan merapatkan antara satu kaki kepada yang lain.
Sebagaimana dalam Sahih Muslim daripada hadis Aisyah radiallahu 'anha ketika
beliau kehilangan nabi sallallahu 'alaihi wasallam, lalu tangannya menyentuh
kedua kaki baginda, dan kedua kaki itu sedang ditegakkan ketika sujud.
Satu tangan tidak akan mampu
menyentuh kedua kaki melainkan apabila keduanya dalam keadaan rapat. Diriwayatkan dalam Sahih Ibn Khuzaimah (sebagaimana
dalam hadis ke 2).
Oleh sebab itu, sunnah untuk kedua kaki dirapatkan, berbeza
dengan lutut dan tangan (yang perlu dijarakkan) [Al-Syarh Al-Mumti']
~~~~~~~~~~~~
Pendapat ulama:
1) Majoriti: Kaki/tumit hendaklah direnggangkan. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk ulama mazhab.
2) Minoriti: Dirapatkan. Ini pendapat Shaikh al-Albani dan
Shaikh al-Uthaimin.
Boleh baca penjelasan baik di sini:
Huraian detil hadis ke 2
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment