<Doa Tatkala Kesedihan Dan Masalah Menimpa>
عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا قَالَ عَبْدٌ قَطُّ إِذَا أَصَابَهُ هَمٌّ وَحَزَنٌ
Tidaklah seseorang itu yang apabila kesusahan dan kesedihan menimpa dirinya, lalu dia membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَابْنُ أَمَتِكَ ،
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu, anak kepada hamba lelaki dan perempuan Mu,
نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ،
ubun-ubunku ada di Tangan Mu,
مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ،
telah berlalu padaku hukum Mu
عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ،
adil pada ku ketentuan Mu
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ،
Aku meminta kepada Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri Mu
أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ،
atau yang Engkau turunkan dalam kitab Mu
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ،
atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk Mu
أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ،
atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang Engkau miliki.
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ،
Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku
وَنُورَ صَدْرِي ،
dan cahaya dadaku,
وَجِلَاءَ حُزْنِي ،
pengusir kesedihanku
وَذَهَابَ هَمِّي ،
serta penghilang kegundahanku
إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمَّهُ ،
melainkan Allah akan menghilangkan kesusahan yang ada padanya (iaitu pada orang yang membaca doa di atas),
وَأَبْدَلَهُ مَكَانَ حُزْنِهِ فَرَحًا
dan menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، يَنْبَغِي لَنَا أَنْ نَتَعَلَّمَ هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ ؟
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, adakah kami perlu mengajarkannya doa ini kepada orang lain?
قَالَ : " أَجَلْ ، يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهُنَّ أَنْ يَتَعَلَّمَهُنَّ
Baginda sallallahu 'alaihi wassalam menjawab: Sudah tentu! Sesiapa yang mendengarnya wajar mengajarkannya.
[Musnad Ahmad : 4167. Shaikh Ahmad Syakir menyatakan: Isnadnya sahih]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
T : 013-2506391
No comments:
Post a Comment