Sunday, October 12, 2014

Janggut

Hadis 1:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " انْهَكُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى " .
'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Potonglah misai, dan biarkan janggut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis no: 5470]

Hadis 2:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ ، وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ " ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا حَجَّ أَوِ اعْتَمَرَ قَبَضَ عَلَى لِحْيَتِهِ فَمَا فَضَلَ أَخَذَهُ
'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Selisihilah kaum Musyrikin. Biarkan janggut lebat dan potonglah misai. Apabila Ibn Umar melakukan haji atau umrah, dia akan menggenggam janggutnya, dan memotong apa yang lebih (daripada segenggam itu).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis no: 5469]

Hadis 3:
عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، " عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ : قَصُّ الشَّارِبِ ، وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ ، وَالسِّوَاكُ ، وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ ، وَقَصُّ الأَظْفَارِ ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ ، وَنَتْفُ الإِبِطِ ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ ، وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ " ، قَالَ زَكَرِيَّاءُ : قَالَ مُصْعَبٌ : وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ ، إِلَّا أَنْ تَكُونَ : الْمَضْمَضَةَ
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Memotong misai, membiarkan janggut, menggosok gigi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan menggunakan air (ketika istinja'). Perawi bernama Mus'ab berkata: Aku lupa yang kesepuluh, boleh jadi ia ialah berkumur-kumur.
[Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 389]

Hadis 4:
عَنْ أَبِي مَعْمَرٍ ، قَالَ : قُلْنَا لِخَبَّابٍ : " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قُلْنَا : بِمَ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ ذَاكَ ؟ قَالَ : بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ
Daripada Abi Ma’mar, kami bertanya kepada Khabbab: Apakah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membaca di dalam solat Zuhur dan Asar. Jawabnya: Ya. Kami bertanya lagi: Bagaimana kalian tahu hal tersebut? Khabbab menjawab: (dengan melihat) pergerakan janggutnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 707]


____
Huraian:
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan hadis no 1 (dipetik secara ringkas untuk mudahkan faham):
وهو بمعنى الترك
Ia bermaksud meninggalkan/membiarkan (iaitu tanpa dicukur atau dipotong).


قد تقدم هناك بيان من فسر قوله عفوا يكثروا 
Perkataan ((أَعْفُوا )) juga bermaksud banyakkan/lebatkan.

وقال ابن دقيق العيد : تفسير الإعفاء بالتكثير من إقامة السبب مقام المسبب ، لأن حقيقة الإعفاء الترك ، وترك التعرض للحية يستلزم تكثيرها 
Imam Ibn Daqiq al-Eid berkata: Penafsiran dengan maksud ((Membanyakkan/melebatkan)) adalah termasuk dalam meletakkan sebab pada tempat musabbab. Ini kerana hakikat maksud Al-I'fa' ((الإعفاء)) ialah membiarkan. Membiarkan janggut kebiasannya akan menyebabkan janggut itu banyak/lebat.

Jika kita lihat hadis no 4. Ia menjelaskan bahawa janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam memang lebat/tebal/panjang. Kerana jika ia nipis atau sedikit, bagaimana makmum di belakang boleh lihat janggut itu bergerak-gerak ketika nabi sallallahu 'alaihi wasallam membaca sesuatu.

Imam an-Nawawi yang bermazhab Syafie menukilkan dalam Al-Majmu':
قال الخطابي وغيره هو توفيرها وتركها بلا قص: كره لنا قصها كفعل الاعاجم
Imam al-Khattabi dan selainnya berkata: Ia bermaksud membanyakkan (janggut itu) dan membiarkan ia tanpa dipotong. Adalah makruh di sisi kami untuk memotong janggut seperti mana perbuatan orang-orang 'Ajam.

Kemudian Imam an-Nawawi menukilkan pula perkataan Imam al-Ghazali yang berhujah dengan hadis no 2:

قال الغزالي في الاحياء اختلف السلف فيما طال من اللحية فقيل لا بأس أن يقبض عليها ويقص ما تحت القبضة: فعله ابن عمر ثم جماعة من التابعين: واستحسنه الشعبى وابن سيرين.
Imam al-Ghazali berkata dalam Al-Ihya': Ulama salaf telah berbeza pendapat tentang janggut yang panjang. Dikatakan bahawa tidak mengapa untuk menggenggam janggut itu, dan memotong apa yang di bawah genggaman itu. Ibn 'Umar melakukan hal ini (sebagaimana dalam hadis no 2), kemudian sekelompok tabiin turut melakukannya. Ia disukai oleh Imam al-Sya'bi dan Ibn Sirin.

كرهه الحسن وقتادة: وقالوا يتركها عافية لقوله صلي الله عليه وسلم واعفو اللحي 
Imam al-Hasan al-Basri dan Qatadah memakruhkan (memotong janggut). Mereka berkata membiarkan janggut itu lebih sejajar dengan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ((Biarkan janggut)).

Apakah alasan Imam al-Ghazali menyatakan boleh dipotong yang lebih segenggam?

قال الغزالي والامر في هذا قريب إذا لم ينته إلى تقصيصها لان الطول المفرط قد يشوه الخلقة هذا كلام الغزالي
Ini kerana panjang yang melampau pada janggut itu akan menyebabkan tidak cantik.

Imam an-Nawawi merumuskan:
والصحيح كراهة الاخذ منها مطلقا بل يتركها على حالها كيف كانت للحديث الصحيح واعفوا اللحي واما الحديث عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده ان النبي صلي الله عليه وسلم كان يأخذ من لحيته من عرضها وطولها فرواه الترمذي باسناد ضعيف لا يحتج به 
Yang benar ialah makruh untuk memotong/trim janggut secara mutlak. Bahkan hendaklah dibiarkan ia sebagaimana halnya ia berdasarkan hadis sahih ((Biarkan janggut)). Adapun riwayat 'Amru bin Syu'aib bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memotong janggutnya daripada bahagian lebar dan panjang. Imam at-Tirmizi meriwayatkan dengan sanad yang lemah yang tidak boleh berhujah dengannya.

Ini sekaligus menjawab persoalan 'boleh jadi nabi sallallahu 'alaihi wasallam' pernah trim. Tiada ditemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memotong janggut, yang ditemui ialah hadis no 4 yang mengisyaratkan lebat/panjangnya janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Lebatnya janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam diceritakan dalam banyak riwayat lain. 

Antaranya Jabir bin Samrah radiallahu 'anhu berkata:
وَكَانَ كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ
Baginda mempunyai janggut yang lebat.
[Sahih Muslim, Kitab al-Fadhoil, hadis no: 4333]

Ali bin Abi Tolib radiallahu 'anhu pula berkata:
عَظِيمَ اللِّحْيَةِ
(Baginda) besar janggutnya.
[Musnad Ahmad, Musnad Ali bin Abi Talib, hadis no: 920, Shaikh al-Arnaouth berkata: Hasan lighairihi] 


***Perkara penting yang perlu difahami, perkataan makruh di atas semua merujuk kepada memotong/trim, dan bukannya mencukur.

~~~~~~~~~~~
Apakah hukum mencukur janggut?

Shaikh Muhammad Ibn al-Amin dalam tulisannya di sini http://www.ibnamin.com/beard.htm membawakan pendapat ulama mazhab mengenai hukum mencukur janggut.

Imam al-Syafie dalam Al-Umm ketika menerangkan bab cukur menyebutkan:
وَإِنْ كان في اللِّحْيَةِ لاَ يَجُوزُ 
Jika ia pada janggut, tidak boleh (mencukurnya). 

Shaikh Muhammmad al-Amin berkata yang dimaksudkan di sini ialah makruh, bukan haram. Beliau juga berkata:

والحليمي (ت403) الذي ربما يكون أول من قال بالتحريم من الشافعية،
Imam al-Hulaimi boleh jadi merupakan ulama mazhab Syafie terawal yang menyatakan hukum mencukur janggut adalah haram.

Imam al-Ramli memberikan komentar kepada pendapat Imam al-Hulaimi:
ويكره نتفها أي اللحية إلخ ومثله حلقها فقول الحليمي في منهاجه لا يحل لأحد أن يحلق لحيته ولا حاجبيه ضعيف
Dimakruhkan mencukur janggut. Pendapat Al-Hulaimi dalam Al-Minhaj iaitu: Tidak halal seseorang mencukur janggut dan alisnya adalah lemah. [Hasyiah al-Ramli 'Ala Asna Al-Matholib]

Ini bermaksud Al-Hulaimi antara ulama mazhab Syafie yang menyatakan haram, tetapi yang kuat di sisi mazhab Syafie ialah makruh.

Kata Shaikh Ibn Amin lagi:
وكذلك ليس هناك نص عن مالك ولا وأصحابه، لكن الذي قرره أكثر المتأخرين هو التحريم، وبعضهم قال بالكراهة. 
Tiada bukti Imam Malik dan pengikutnya (mengharamkan mencukur janggut). Akan tetapi sebahagian ulama yang terkemudian menyatakan pengharamannya, dan sebahagian menyatakan makruh.

~~~~~~~
Pendek kata: Sebahagian ulama kata wajib biar kan janggut, haram cukur.
Sebahagian lagi berkata sunat biarkan janggut, makruh cukur.

Paling jauh boleh dibuat ialah memotong/trim janggut apabila ia panjang melebihi segenggam sebagaimana perbuatan Abdullah Ibn 'Umar. Itupun ulama ramai masih kata makruh.

Berkaitan mencukur janggut semata-mata mahu menjaga hati non-Muslim, memudahkan dakwah dan sebagainya. Wajar kita renungi riwayat ini:
'Aisyah r.a menulis kepada Mu'awiah radiallahu 'anhu:

مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءِ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ 
Sesiapa yang mencari keredhaan Allah S.W.T hinggakan manusia marah kepadanya, cukuplah Allah yang melindunginya daripada manusia tersebut. Sesiapa mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia tersebut. 
[Sunan at-Tirmizi : 2352]

Alasan dakwah kepada non-Muslim jua perlu kita renungi. Tokoh dakwah kepada non-Muslim Dr. Zakir Naik, yang sudah mengIslamkan ramai orang, berdebat dengan non-Muslim, sendiri seorang yang tegas dalam hukum janggut ini. Dia tidak menjadikan dakwah alasan untuk mencukur janggutnya. Bahkan beliau menjauhi isbal (iaitu melabuhkan pakaian melebihi buku lali) walaupun ia satu pakaian yang kelihatan pelik di mata non-Muslim.

Di bawah adalah video Dr. Zakir Naik berkaitan janggut.

http://www.youtube.com/watch?v=9BBIinO7cuk
http://www.youtube.com/watch?v=TT2fu3fcpZk
http://www.youtube.com/watch?v=kI6o2uO5oq4












No comments:

Post a Comment