Wednesday, April 27, 2011

Sunday, April 24, 2011

Salam Dan Peluk Shaikh Sudais Dapat Berkat? Bolehke

http://4.bp.blogspot.com/_BddSM12Bn2E/S9BnNTL4vMI/AAAAAAAAAyE/6A-6wwm9UtY/s400/tabarruk2.jpg 

Sudah diketahui umum bahawa semua orang khususnya kaum muslimin mengharapkan barakah di dalam hidupnya. Usaha untuk mendapatkannya, yang sering diistilahkan sebagai “Tabarruk” atau mencari barakah, ternyata sangat berkait rapat dengan tauhid seorang muslim.

Oleh kerana itu perlu bagi kita mengenali permasalahan besar ini. Ini kerana sering berlaku keinginan untuk mendapatkan barakah menjadi jalan untuk mendatangkan murka daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala Yang Maha Mendatangkan Barakah, dan menodai tauhid seseorang. Wal ‘iyadzubillah.

Intisari Tazkirah Shaikh Sudais



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya untuk bertemu Shaikh Sudais, duduk di hadapan beliau, menjadi makmum solat Maghrib dan Isya' yang diimami beliau.

Sungguh! Saya memang tertunggu saat itu. Allah jua memudahkan saya dapat duduk di sisi kanan shaikh sambil merekod tazkirahnya dengan menggunakan camcorder saya. Itulah yang saya sering lakukan, ini peluang kali kedua selepas bersama Dr. Bilal Philips. Cumanya, saya tidak berpeluang bersalaman apatah lagi memeluk Shaikh Sudais. Apakah ia sesuatu yang perlu disedihkan? Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah, kerana mengurniakan para asatizah seperti Dr. Mohd Asri, Dr. Arif Nazri, Ust. Subhan Khadafy, Ustaz Hasyimi, dan ramai lagi. Kerana mereka telah mendidik saya bahawa bukan begitu cara hormat dan menghargai orang alim. Hakikat hormat kita ialah dengan menyebarkan dan mengamalkan ilmu yang mereka ajar. Saya memang mahu bersalaman, tetapi keadaan sekitar yang terlalu 'bahaya', saya memendamkan hasrat tersebut.

Tuesday, April 19, 2011

Mahukan Kemaafan Allah? Maafkan Orang Lain



Oleh Shaikh Salman al-Aodah
 
Seandainya kita mahu Allah memaafkan kita, kita sewajarnya memaafkan orang lain rela melupakan kesalahan-kesalahan mereka. Ini merupakan sebahagian daripada maksud berbuat baik kepada insan lain. Allah menerangkan ciri hamba-hambaNya yang beriman:

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada waktu lapang mahupun sempit, orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang melakukan kebaikan. (Ali Imran 3: 134).

Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Kenapa Mereka Menentang Revolusi Bahrain

Hanya sekadar berkongsi maklumat tentan Bahrain. Boleh jadi link di bawah akan meluraikan kekusutan kenapa shaikh al-Qaradawi yang pro- revolusi Mesir tidak setuju dengan revolusi Bahrain, begitu juga ilmuan Malaysia seperti Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.

Begitu ia sedikit menerangkan kepada kita kenapa pemerintah Arab Saudi menghantar tentera membantu kerajaan Bahrain menghadapi revolusi. Selamat membaca :)

Itu Isu Remeh Temeh

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya terbaca satu tulisan seorang Muslimah yang sangat kental dakwahnya, sangat berani menzahirkan pembelaan ke atas isu-isu Islam bila ada yang menyerangnya, terutama apabila melibatkan isu-isu wanita Islam.

Cuma saya sedikit kurang setuju tatkala dia memberi komen tentang segelintir manusia yang menulis tentang isu cukur bulu kening, isu sanggul perempuan dan sebagainya. Katanya itu isu-isu kecil, banyak lagi benda besar yang perlu dibincangkan.

Menjawab Syubhat Prof. Quraish Shihab tentang Jilbab




Prof. Dr. Quraisy Shihab dalam tanya jawab di Metro TV (live) menyatakan bahwa jilbab bukanlah suatu kewajiban, karena masih ikhtilaf (kontroversi). Maka ia tidak menganjurkan anak-anaknya agar berjilbab. Karenanya, para putri Quraisy Shihab tidak berjilbab, hanya putri sulung saja yang berjilbab.

Friday, April 15, 2011

Berwudhu Dengan Menyapu Di Atas Kasut Atau Stokin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtALyAsnAybtodjkN5jOh1LRfQEdnsQeNeOR-95F4QJv1gw6RD1LexxOF3mHcjhzaK_J8nTX1vsKBqf_SPTUAxwvpmEivaT20R-iQ0vqXkmSYP0AyGY3jcfSS-0-FLqyNIi6DlmxLjT7A/s400/Tadaaaa+030.JPG
Tulisan ini saya cuba terjemahkan dari tulisan di islamqa.com di url ini:
www.islamqa.com/en/cat/2035


Isu: Hukum Menyapu Stokin Yang Dipakai Ketika Tidak Dalam Keadaan Suci

Saya telah menyapu di atas stokin saya walaupun saya memakainya dalam keadaan saya belum bersuci. Ini kerana saya tidak mengetahui tentang hukum hal tersebut. Oleh kerana itu, apakah status hukum solat yang saya dirikan ketika itu?

jawapan:

Wednesday, April 13, 2011

Kenapa Hijab Dimusuhi?



Serangan ke atas pemakaian menutup aurat bukanlah sesuatu yang baru. Rentetan sejarah umat Islam menunjukkan bagaimana ia sangat-sangat di musuhi oleh golongan kuffar. Hijab hanya sejenis pakaian yang Allah tuntut kepada wanita beriman. Tetapi ‘fesyen’ itu menimbulkan kegerunan dan kecemburuan mereka yang memusuhi Islam, sama ada di kalangan yang jelas kafirnya, mahupun mereka yang masih menggunakan nama Islam di dalam kad pengenalan mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnTV_42wmqeOnuXIie5IJqFsUOLskkzBfxY9CEL7frTWRzvSWjPyG8n_owit6GOUnoVOoVKdpiviW4_7g1l-QjnRGxBgfDrWzrWZ51ePi354wOZcru9RHlNpg50HsYm-MhviTx8sJkOjZO/s400/marwa.jpg.bmp
1 Julai 2009. Peristiwa berdarah berlaku di khalayak ramai, di dalam mahkamah yang sepatutnya membawa keadilan. Marwa al-Sharbini dibunuh oleh seorang pemuda di dalam mahkamah, di hadapan hakim, peguam serta pihak polis. Ditikam sebanyak lapan belas kali. Ketika itu dia sedang mengandungkan anaknya.
Sebelum itu, seribu satu peristiwa lagi mencatatkan permusuhan musuh Islam kepada tatacara berpakaian Islam.

Wednesday, April 6, 2011

Ketika Pelaku Bid'ah Mendapat Pahala



Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,

Berkata As-Syaikh Al-Allamah Muhammad ibn Sholeh Al-Uthaimin rahimahullah dalam kitabnya Al-Qoulul Mufid jilid 1 hal 385

إن البدعة شر ولو حسن قصد فاعلها, ويأثم إن كان عالما أنها بدعة ولو حسن قصده, لأنه أقدم على المعصية, كمن يجيز الكذب والغش ويدعي أنه مصلحة, أما لو كان جاهلا فإنه لايأثم, لأن جميع المعاصي لا يأثم بها إلا مع العلم,
Sesungguhnya bid’ah itu buruk walaupun pelakunya berniat baik. Dia berdosa jika dia tahu ia adalah bid’ah walaupun niatnya baik. Ini kerana dia telah mendahulukan maksiat, sebagaimana orang yang berdusta dan menipu dan memanggil (perbuatan tersebut) adalah maslahah .Adapun apabila dia tidak tahu, maka dia tidak berdosa. Ini kerana semua maksiat tidaklah berdosa kecuali dengan ilmu (mengetahui itu adalah maksiat) .

Tuesday, April 5, 2011

Audio Yang Baru di Upload



kuliah-kuliah agama
Untuk download sila ke http://audiosunnah.blogspot.com

Sunday, April 3, 2011

Baru Terasa Nak Belajar Arab Balik


Assalamualaikum wbt.


Entah, kenapa sekarang baru jiwa rasa nak belajar B.Arab lebih mendalam lagi, bermimpi nak bertutur dengan fasih, membaca baris dengan betul. Tu lah dulu kelas Yazid asyik ponteng je, latihan pun asyik tak buat. Bila dah grad tiba-tiba rasa nak belajar balik.

Alhamdulillah, kawan aku Abdul Qayyum, dia yang banyak motivasi aku untuk belajar bahasa Arab, beri aku web ni

http://www.lqtoronto.com/

Boleh download buku Bahasa Arab, dengan rakaman video kuliah. Buku ini silibus Madinah untuk budak-budak yang bahasa pertuturan bukan B. Arab. Mula dengan buku 1 yang sangat asas, macam belajar form 1 dahulu. Aku sekarang sedang dok rajin download dan tonton video untuk buku 2. Semalam tonton video DVD 1 bahagian 1 tentang huruf inna, isim inna dan khabar inna dan 'adik beradik inna' seperti laalla, anna, dan sebagainya.

Aku sangat cadangkan sahabat-sahabat masuk web ini, download buku latihan, dan tonton video. Insya-allah faham. Video dan audio dalam English. :)

Yang aku nampak point dia, nak belajar Arab, nak masuk isim inna ke apa, pastikan isu mubtada' (subjek) dan khabar (predikat) dah okey dan faham. Kalau tak celaru, jadi elok mula buku satu.

Wallahua'lam.