Wednesday, February 13, 2013

Kenapa kita berdoa memohon hidayah?

(kredit kepada: http://www.syafiqsalim.com)


} ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ {
Tunjukkan kami jalan yang lurus [al-Fatihah : 6]

Kenapa kita mohon hidayah sedangkan kita sudah menganut agama Islam?

Inilah jawapannya:


فإن العبد مفتقر في كل ساعة وحالة إلى الله تعالى
Sesungguhnya seorang hamba adalah seorang yang faqir lagi miskin yang memerlukan Allah dalam setiap saat dan setiap hal yang dilakukan.

في تثبيته على الهداية، ورسوخه فيها، وتبصره وازدياده منها، واستمراره عليها؛
(Dia memerlukan Allah) untuk menetapkan dirinya di atas petunjuk yang benar, teguh di atasnya, bertambahnya hidayah padanya, serta berterusan atau istiqamah nya dia di atas jalan hidayah itu.

فإن العبد لا يملك لنفسه نفعاً ولا ضراً، إلا ما شاء الله،
Sesungguhnya seorang hamba itu tidak mampu memberi manfaat atau mudharat ke atas dirinya sendiri melainkan jika Allah mengkehendaki.


فأرشده تعالى إلى أن يسأله في كل وقت أن يمده بالمعونة والثبات والتوفيق،
Allah sentiasa membimbing manusia untuk terus meminta kepadaNya pada setiap waktu agar Dia membantu hamba-hamba Nya itu supaya mereka sentiasa istiqamah dan memperolehi petunjuk.

فالسعيد من وفقه الله تعالى لسؤاله؛
Orang yang bahagia ialah sesiapa yang Allah berikan petunjuk kepadanya untuk terus berdoa kepada Nya.

فإنه قد تكفل بإجابة الداعي إذا دعاه،
Sesungguhnya Dia telah menjamin untuk mengabulkan doa seseorang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Nya.

ولا سيما المضطر المحتاج المفتقر إليه آناء الليل وأطراف النهار،
Apatah lagi doa orang yang dalam keadaan terdesak, yang memerlukan kepada Nya tidak kira pada siang mahu pun malam.

[Tafsir al-Quran al-Azhim]

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment