Alangkah hebatnya dirimu wahai Muslimah,
Disaat manusia lain leka bergembira,
Kau berusaha memperkuatkan diri
memastikan momentummu pada Ramadhan yang lalu terus terpelihara,
Ketika manusia lain makan dan minum tanpa henti di Syawal ini,
Kau berusaha menyempurnakan qadha puasamu
sebelum kau buru sunnah berpuasa 6 Syawal,
Walau ia bukanlah sesuatu yang mudah
Namun kau bulatkan tekad demi membuktikan cintamu kepadaNya.
Walau ia bukanlah sesuatu yang mudah
Namun kau bulatkan tekad demi membuktikan cintamu kepadaNya.
Rasa marah yang kadangkala menyapa dirimu
kau leburkan dengan kalimah “sesungguhnya aku berpuasa”,
Kau tidak mahu menjadi penyembah Ramadhan,
Lantaran itu kau gagahkan jua dirimu untuk bangun di malam hari,
Kau teruskan bacaan Al-Quran serta amal kebajikan lain tanpa jemu.
Kerana kau Muslimah,
Itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘masa rehat’
yang Allah berikan padamu ketika Ramadhan lalu,
Allah mahu menjadikanmu muslimah yang kuat ketika manusia lain masih terleka,
Kerana kau adalah seorang isteri ibu dan anak kepada insan-insan disekelilingmu,
Amanah dan tanggungjawab yang berat terpikul di bahumu,
Justeru itu binalah iman dan taqwa di masa senangmu ini
Agar kelak kau tabah menempuhi dugaan-dugaan yang mendatang,
-Ummu Taw-am-
-Ummu Taw-am-
No comments:
Post a Comment